RSS

Kotak Jerit-jerit

Monday, December 13, 2010

Siapakah Allah itu?




Allah adalah Tuhan Yang Menciptakan bumi dan langit beserta segala isinya. Gunung, batu, lembah, sungai, binatang, tumbuh-tumbuhan, bintang-bintang, planet, dan sebagainya diciptakan oleh Allah. Kita juga diciptakan oleh Allah. Kawan-kawan kamu juga demikian. Ibu bapa kawan-kawan kamu juga demikian. Semuanya diciptakan oleh Allah .

Selain Allah adalah Tuhan Yang Maha Pencipta, Dia juga Tuhan yang wajib disembah. Justeru, Allah adalah Tuhan Yang Menciptakan sekali gus Tuhan Yang wajib kita sembah.

(Demikianlah ajaran dan peringatan Allah Yang Maha Adil) maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan Yang Mentadbirkan langit dan Tuhan Yang Mentadbirkan bumi, Tuhan sekalian alam.
(surah al-Jaatsiyah : 36)


Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, oleh itu beribadatlah kamu kepadaKu.
(surah al-Anbiya : 25)


Kerana Allah adalah Rabb, Pencipta dan Pemelihara alam semesta, maka alam semesta menjadi bukti bahawa ia memang diciptakan dan dipelihara. Demikian itu alam semesta menjadi ayat-ayat Tuhan yang patut untuk dipelajari, diselidiki dan direnungkan. Banyak isi dalam al-Quran yang menyuruh manusia untuk mempelajari ayat-ayat ini. Ketika manusia benar-benar mempelajari ayat-ayat ini, maka manusia akan sampai pada kesimpulan bahawa alam semeta ini memiliki ciri-ciri yang teratur dan harmoni, terbatas yang kesemuanya membuktikan adanya Pencipta, iaitu “Rabb” (Allah). Tuhan sebagai Rabb inilah yang sesungguhnya dicari oleh Cendekiawan dan ingin dibuktikan oleh kaum athies. Allah sebagai Rabb merupakan wujub al-wajib bagi memenuhi kehausan jasmani manusia.

Selain Allah sebagai Rabb, al-Quran menyebut-Nya sebagai Ilah. Perhatikan konteks ayat al-Quran di atas, kita akan mendapati bahawa ayat ini dirujuk secara khusus dalam konteks penyembahan dan pemujaan. Allah sebagai Ilah merupakan wujub al-wajib bagi memenuhi kehausan spiritual manusia.

Oleh itum kerana Allah adalah Rabb Pemelihara dan Pencipta alam semesta dan alam semesta lebih bersifat kebendaan daripada spiritual, maka tidak ada alas an bagi manusia untuk menolak kewujudanNya. Manusia yang memiliki kecenderungan kebendaan di mana kecenderungan ini seringkali menuntut adanya pemenuhan yang bersifat fizikal, melalui pengalaman, rasional dan positif. Maka mereka dapat menyingkap alam semesta yang bersifat fizikal, melalui pendekatan yang rasional dan positif pula. Allah sebagai Ilah menjadi jawapan atas kecenderungan spiritual manusia. Dalam konteks Allah sebagai Ilah, Dia harus dipuja dan disembah, kita harus beribadah kepadaNya dalam konteks Allah sebagai Rabb, Dia adalah sebab kewujudan alam semesta ciptaanNya.

Catatan bagi Ibu bapa :

Bagi memberikan jawapan terhadap pertanyaan anak-anak di atas, sebaiknya ibu bapa memilih contoh-contoh ciptaan Allah yang sudah diketahui oleh anak. Misalnya gunung, laut, air, tumbuh-tumbuhan, haiwan manusia dan sebagainya. Berdasarkan contoh-contoh ini, anak-anak kita diajak untuk merenungkan bahawa segala sesuatu itu pasti ada penciptanya, dan Maha Pencipta segala sesuatu adalah Allah.

Pertanyaan, siapakah Allah itu menjadi dasar bagi pertanyaan-pertanyaan anak-anak berikutnya, dan oleh kerana itu saya menempatkannya pada pertanyaan yang pertama. Bagi menjawab pertanyaan inim kebih baik ibu bapa tidak menunjukkan ke-Diri-an Allah. Seperti halnya ketika kita menjelaskan siapakah manusia, maka jawapannya bukan pada ciri-ciri fizikal manusia, tetapi sifat-sifat kemanusiaan manusia.


Dipetik dari buku “bila anak-anak bertanya tentang Allah dan alam ghaib; inilah 48 jawapannya…”

2 comments:

  1. perihal kpd sesorg yg x mndirikan solat...

    apekah dia x mmpercayai ALLAH itu wujud?
    apekah dia x takut bile ALLAH mmerintahkannye mndirikan solat dan dia xwat lgsung? xtakut ke??

    -peringatn utk diri sndri juge

    ReplyDelete
  2. dia sebenarnya TAHU akan kewujudan Allah.
    cume dia masih lagi belum MAHU dan MAMPU dalam beragama.
    cuba tanya org yang xsolat, berdosa atau tidak kalau xsolat.
    psti dorg kata berdosa, sebab dorg hanya TAHU.
    tetapi tidak MAHU dan MAMPU melaksanakannya lagi.
    kalau cmtu, sama taraf je la ngn org2 kafir...
    xgitu?

    ReplyDelete