Kita dewasa ini telah semakin alpa dengan akhirat, bahkan ada yang terus melupainya.
Nauzubillah!
Memang benar apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
“Di perkirakan bahawa orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu hidangannya.” Seseorang berkata, “Apakah kerana jumlah kami sedikit di waktu itu (hingga orang-orang kafir boleh menyerbu)?” Beliau bersabda, “Bahkan jumlah kalian di saat itu ramai sekali, tetapi kalian seperti buih air bah (tidak berguna). Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuh kalian terhadap kalian serta memasukkan di dalam hati kalian (penyakit) wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah (penyakit) wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati” [HR Abu Dawud].
Oleh itu, marilah sama-sama kita kembali memikirkan tentang diri kita, apa tujuan sebenar kita berada di dunia ini? adakah untuk enjoy ataupun melakukan ibadah?
ingat balik siapakah Pencipta kita?
Janganlah jadikan wang kekayaan, harta dan pangkat sebagai matlamat kita, semuanya tidak akan kekal, kecuali 3 perkara. Iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh.
Tetapi, adakah kita semua mempunyai 3 perkara ini?
3 perkara yang akan kita bawa bersama untuk selama-lamanya, dan bukannya harta dan pangkat!
ingatlah, ingat dan ingat,
marilah kita kembali semula ke pangkal jalan, jalan yang lurus lagi benar, dan bukannya jalan yang bersimpang-siur lagi pula sesat...
Ayuh semua kita download file ni, selepas itu dengarilah ia, dalam masa yang sama kita fikir-fikirkanlah tentang maksiat dan dosa-dosa yang telah kita lakukan.
insyaALLAH akan lembutlah hati kita itu....
wallahu'alam.
Pak Ary dan Hadad Alwi-99 asma al-husna
Ustaz Dzulkarnain-Keagungan Zikurllah (1)
Ustaz Dzulkarnain-Keagungan Zikurllah (2)
Ustaz Dzulkarnain-Keagungan Zikurllah (3)
. Air mata terindah mengalir semasa kamu terpisah dengan kemaksiatan.
· Air mata terindah mengalir semasa kamu bertaubat setelah melakukan maksiat.
· Air mata terindah mengalir semasa kamu meraih tangan sahabatmu.
· Air mata terindah mengalir semasa kamu sujud.
· Air mata terindah mengalir semasa kamu rukuk.
· Air mata terindah mengalir semasa kamu berdoa dengan khusyu'.
· Air mata terindah mengalir semasa kamu bertemu keluarga setelah lama terpisah.
· Air mata terindah mengalir semasa kamu memperolehi redha kedua-dua orang tua kamu.
· Air mata terindah mengalir semasa kamu berbahagia dengan syurga dan memperoleh syafaat Rasulullah s.a.w.
Saturday, December 19, 2009
Penyembuhan Hati.
Friday, December 18, 2009
Perkara Sunat dilakukan pada Hari Asyura
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.
1. Melapangkan masa dengan belanja anak isteri.
Fadhilat-Allah akan melapangkan hidup mereka pada tahun itu.
2. Memuliakan fakir miskin.
Fadhilat-Allah akan melapangkan kubur mereka nanti.
3. Menahan marah.
Fadhilat-di akhirat kelak Allah s.w.t. akan memasukkan mereka ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat.
Fadhilat-Allah akan memenuhkan cahaya dalam iman dalam hati.
5. Menyapu/Mengusap kepala anak yatim.
Fadhilat-Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang diusap.
6. Bersedekah.
Fadhilat-Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti daripada kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seberti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri.
Fadhilat-Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi sunat.
Fadhilat-tidak sakit(sakit berat) pada tahun berkenaan. Lafaz niat : sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak.
Fadhilat-tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca surah al-ikhlas 1000 kali.
Fadhilat-Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat.
11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadhilat-Allah akan mengampunkan dosanya walaupun berlarutan selama 50 tahun melakukanya. Lafaz niat : sahaja aku solat sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.
Pada rakaat pertama dan kedua selepas baca al-fatihah dibaca surah al-ikhlas 11 kali.
12. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat-diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
13. Puasa.
Niat- sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadhilat-diberi pahala 1000 kali haji, 1000 kali umrah, dan 1000 kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
HIJRAH CINTA 1431 HIJRI
Assalamualaikum...
dan juga SALAM MAAL HIJRAH 1431HIJRI.
Alhamdulillah, sepanjang 1430Hijri, telah banyak perkara telah berlaku, dan dalam tidak sedar, hanya sekelip mata sahaja kita telah beralih waktu kita.
sememangnya masa pantas berlalu,
maknanya, kalau dilihat dari satu hadith Nabi SAW,
Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Jarak masa aku diutuskan dengan berlakunya Hari Kiamat adalah seperti dua jari ini (iaitu jari telunjuk dan jari tengah)
wallahua'lam..
cuba anda ukur bagaimana jaraknya, singkat bukan.
sangat dekat, bila-bila masa sahaja kiamat akan berlaku,
Maal Hijrah pada tahun ini pula jatuh pada hari Jumaat, Hari Korban pun jatuh pada hari Jumaat, kiamat pun anda semua tahun bukan jatuh pada hari apa..JUMAAT..
jadi kena beringatlah pada setiap hari, kalau hari ini belum terjadi KIAMAT, adakah jumaat minggu depan bakal terjadi?
wallahu'alam...
Pada Hijrah tahun ini, insyaALLAH azam tetap ada, alhamdulillah akhirnya sudah mencapai usia puluhan tahun setelah meninggalkan usia belasan tahun pada 20 zulhijjah tempoh hari.
Apabila bergelar golongan puluhan tahun ini, maka makin banyaklah tanggungjawab dan juga amanah yang bakal dipikul nanti. Subhanallah. Takut tidak tergalas semuanya.
Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini...
Banyak perkara lagi yang ingin dipelajari, termasuklah mendidik diri untuk menjadi bakal suami (aduhaii..), menguruskan rumahtanggan (bukan kuruskan badan), nak belajar menguruskan jenazah, yang paling susah adalah untuk men-istiqamah-kan diri untuk melakukan ibadah, bahagian ini paling susah nak jaga, sebabnya perkara ini akan bertembung dengan perkara duniawi, dan yang paling utama adalah untuk menguruskan masalah Umat Islam dan Dunia, untuk menyebar Misi Penyatuan Ummah...Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku...
Dan kesimpulan dari perkara diatas, apa yang dapat sy simpulkan adalah azam tahun ini adalah HIJRAH CINTA 1431HIJRI, DARI CINTA DUNIA BERALIH KEPADA CINTA HAKIKI. dan juga HIJRAH PERSEFAHAMAN SEBELUM PERPADUAN...
insyaALLAH, semoga istiqamah dalam melakukan ibadah...ameen...
yang menyahut seruan hijrah 1431Hijri,
kidalisme
---------------------------
Monday, December 14, 2009
MANDI WAJIB YANG BETUL MENURUT JAKIM
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau.
Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
Pertama - niat
Kedua - menghilangkan najis di badan
Ketiga - meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."
Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. ( aku explain sket, maksudnya disini, niat korang kena serentak dengan air yang mula-mula terkena pada badan)
Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Thursday, December 10, 2009
Download Kisah Para Nabi
Assalamualaikum...
apabila disebutkan kisah para Nabi ni, teringat pula dekat ustaz dan ustazah kat sekolah dulu-dulu..
sebab mereka selalu menceritakan kisah para Nabi ni...masyuuukkk seyh!!!
dan pada hari ini, ku ingin berkongsi file yang diambil dari Mr.Smile, semoga Allah merahmatinya...ameen...
Download Kisah Para Nabi Di sini
Ini adalah Passwordnya : www.bestweh.org
Wednesday, December 9, 2009
Bila Non-Muslim Tanya, Nak Jawab Bagaimana Ya???
Assalamualaikum, sudah lama tidak ber"conference" di YM, terasa rindu lak dengan famili conference...semoga Allah merahmati mereka semua...ameen..
ini adalah conference yang kami buat pada suatu ketika dahulu, lupa lak bila ianya dibuat.. dan terima kasih kepada nurul syifak kerana sy mengambilnya tanpa kebenaran saudari, hehe...
conference ini diambil dari blog makcik syifak ni===>Orang Kafir Banyak Soalan? Nak Buat Macam Mana?
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamu 'alaikum..
Hari ni nak kongsi cerita yang aku dapat waktu conference agama yang memang aku tetiba ja suka nak join sejak kebelakangan ni..
Ada sorang ahli conference ni, namanya puyengs.. Ada je watak dia sebagai orang kafir yang suka tanya macam2 berkaitan agama suci kita.. agama Islam.
ikuti antara soalan dia=]
puyeng: Saya suka itu Islam punya keindahan.. Lu orang percaya kan? Kalau lu orang suma percaya.. saya mau tanya..
Fahmi: Camne tu dey tambi..?
Puyeng: Saya ada baca itu Islam punya buku...Itu lukun Islam.. Itu no 1 dia ada kata mahu kena mengucap..
Fahmi: Betul tu dey tambi..
Puyeng: tetapi.. saya sudah kelirula.. itu Nabi Muhammad kata dalam itu buku.. semayang itu tiang agama.. apa dia punya maksud???
Fahmi: Itu Islam ibarat sebuah masjid... solat tiang agama.. utk membina masjid memerlukan bahan2 asas utk pembinaan.. sama seperti Islam.. dan utk mengukuhkan masjid itu memerlukan tiang..
Puyeng: macam itu ka? saya tarak fahamla.. ammaa.. tapi kenapa itu mengucap bukan tiang agama? Kenapa mesti itu semayang?
Borakosong: Bismillah dulu baru makan.. Jangan makan dulu baru bismillah..=]
Puyeng: Kenapa x mau kata mengucap itu tiang agama? Sapa yang mengucap dia mendirikan agama.. siapa yang kasi roboh itu agama roboh..? Ayoo kadawale.. ajdi itu mengucap lagi penting dari semayang la.. betulka? kenapa Rasulullah kata solat itu tiang agama...? bukan mengucap, puasa, haji atau zakat itu tiang agama..
Fahmi: tanpa semayang mengucap hanya sekadar melepas kentut di tangga..=] Innassolaata tanhaa 'anil fahsyaai wal munkar.. lupa la.. tambi ni bukan faham bahasa arab..
Ila: camna nak cakap? susah ye kalau berada dalam situasi yg sebenar..
Puyeng: itu la saya banyak heranla.. lu orang Islam tarak tahu ka... macam mana saya mahu masuk Islam? saya mahu masuk Islamla..tapi saya mahu tahu itu selok lorong Islam... macam mana lu orang mau dakwat? errr.. betulka apa yang saya cakap?.. dakwat ka?
Ila: dakwah..
Puyeng: sudah tukarka.. ayoyo..
Fahmi: yennadey...
Puyeng: apa sebab Islam punya nabi kata itu macam?
Fahmi: sebab tu adalah part yg paling susah untuk dilaksanakan... memang mengucap tu sudah Islam..
Ila: kitorang punya Nabi kata itu macam sebab..
Fahmi: tapi, x sempurna Islam mereka.. lu tengok sekarang ni..ramai orang melayu islam.. tetapi x tutup aurat.. berhibur sana sini.. lu tanya diorang mesti diorang kata I dah Islam.. sebab I dah mengucap..tapi, Islam dengan sempurnakah dia?
Puyeng: kenapa itu semayang? kenapa bukan puasa? haji? atau zakat?
Ramai2: sebab puasa tu setahun sebulan ja..
Fahmi: solat mempengaruhi yg lain..
Puyeng: hari2 mau buat tiang ka? lu gila ka?
Ila: dalam solat ada syahadat ketika duduk tahiyyat awal dan tahiyyat akhir..
2. solat ialah mengingati..dalam solat kita mengingati Allah semata-mata..
3. dalam solat ada puasa sebab secara syariat, puasa ialah menahan diri dan dalam solat juga kita menahan diri daripada mengingati hal2 keduniaan
4. dalam solat juga ada.. saya x faham sikit yg zakat ni..
5. dalam solat juga ada haji kerana secara syariat, haji ialah mengunjungi baitullah..Dan haji dalam solat kita ialah menghadap baitullah n based on hadis Rasulullah hati orang mukmin itu pada rumah Allah
Fahmi: zakat bermaksud berkembang, tumbuh, dan boleh jadi juga maksudnya menyucikan.
Syifak: dalam solat ada memberi dan menerima.. memberi masa, tenaga dan keikhlasan terhadap Allah, kasih sayang serta rahmatNya... rezekinya.. berkongsi segalanya.. tu macam zakat gak kan?
Ila: sebab itulah solat itu tiang agama kerana dalam solat ada semua rukun Islam..
Puyeng: saya ada baca 1 buku pasal lu orang punya Tuhan.. itu buku kata.. Tuhan Allah bediri dengan sendiri.. apa itu? tarak fahamla..Tuhan Allah ada kaki ka?
Tuhan mana boleh sama macam manusia..
Puyeng: kenapa tarak sama? (oleh kerana x de jawapan.. maka dia kata..).. sini tarak orang Islam ka? apa bukti u orang punya Allah berdiri dengan sendir? saya punya tuhan sama ka dengan u punya tuhan.. sebab saya punya tuhan pun tarak sama dengan manusia..
Kidal: camnila kawan.. u dengan kawan u sama ka?
Puyeng: hmm.. tarak sama..
Kidal: kalau kembar u pun sama ka?
Puyeng: hmm.. tarak sama jugak..
Kidal: kenapa u kata tarak sama?
Puyeng: alhamdulillah.. teruskan faiz.. sila huraikan..
Kidal: ok2.. kalau u ada kembar pun.. samakah cap jari u dengan dia? tarak sama kan?
Puyeng: hmm.. tarak..
Kidal: walaupun tumbuhan... kalau kita buat 1 eksperimen.. 2 jenis tumbuhan yg sama, ditanam pada hari yg sama, disiram pada hari yg sama..
lysam_ust: x sama sebab tuhan u boleh dilihat, boleh dipegang, boleh nak sekeh dia punya kepala.. tapi, tuhan kami tak boleh semua tu..tuhan u sama dengan manusia.. ada tangan, ada kaki, mulut.. tapi, Allah x sama dgn mana2 kejadian makhluk ciptaanNya..
Puyeng: saya sudah fahamla itu macam.. tapi, saya ada mau tanya satu lagi soalan.. apa itu qayaamuhu binafsihi? ayoyo.. betulka kata ni..
Ila: berdiri dengan sendiri..
Puyeng: sapa berdiri? lu ka?
Ila: bukan Allah berdiri dengan kaki, tetapi Allah x bergantung pada sesiapa
Puyeng: ooo, itu macam ka? apa u punya bukti?
Kidal: try u tengok itu langit.. x pun matahari ka..
Abdullah: langit x de tiang.. rumah kalau x de tiang robohla.. langit Allah cipta, rumah makhluk buat...
Puyeng: ooo, itu macam ka..
Kidal: u tengok itu pokokla.. tetiba je, ia dah tumbuh dgn sendiri..itu kerja siapa? Allah kan.. u nampak x Allah?
Puyeng: hmmm.. tarak nampak sebab itu saya tarak percaya.. tetapi saya ada mintala ini Islam..itu pasal la saya mau tanya.. lu percaya hindu punya tuhan ka?
Kidal: saya tarak percaya maa..
Puyeng: kenapa lu tarak percaya?
Kidal: sebab u punya tuhan orang buat maa.. kan u tau, setiap manusia cipta akan musnah satu hari nanti..
Puyeng: ayoyo.. janganla itu macam kawan..saya tarak kutuk lu punya tuhan..
Fahmi: haha..maafla kawan..
Puyeng: tarak apa..
Fahmi: u punya tuhan pernah hilang kepala x? sebab kena curik dgn budak2 nakal.. kena conteng ka..
Puyeng: tapi kan.. u punya tuhan pernah kena bakar... dia punya kalimah..
Kidal: kena bakar macam tu ka ramesh? sapa yg bakar?
Puyeng: saya punya kawan bakar..
Kidal: u punya kawan tarak suka kot..
Puyeng: itu pasal la..
Kidal: kenapa dia tarak suka? sedangkan u punya kawan pun Allah cipta jugak.. kenapa u ingin tahu pasal islam?
Kidal: saya mau masuk Islamla.. kenapa u punya kawan benci Islam?
Puyeng: kenapa u x mau masuk saya punya agama?
Kidal: sebab saya tengok diri saya sendiri.. ada 1.. semua orang kat sini pun 1.. dalam Islam kata.. Allah itu Maha Esa.. u punya tuhan ada brapa sebenarnya? banyak kan? mana 1 mau ikut?
Puyeng: yg saya percaya la..
Kidal: yg lain tarak percaya ka? lebih baik u caya yg 1 ka yg banyak?
Puyeng: percaya yg 1.. betul la macha..
Kidal: dalam Islam ada 1 je tuhan.. kan senang
Puyeng: saya fahamla macha.. hehe..
Ini cumalah 1 gambaran dalam menyeru orang kafir masuk Islam.. Sekiranya benar2 berlaku, adakah kita sudah bersedia? Kadang-kadang ilmu yg kita peroleh belum tentu dapat mejawab persoalan umat Islam sendiri, apatah lagi kalau soalan yg ditujukan oleh orang kafir..
Sebenarnya, akidah kita sendiri masih goyah dan itu merupakan perkara yg bagi saya biasa jika kita sendiri mempersoalkannya..(maaf jika saya salah). Tetapi, awas! Berhati-hatilah jika hendak mempersoal bab akidah ini kerana akidah merupakan tunjang dalam kehidupan kita.
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata:
"Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati". Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu?". Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku)." Allah berfirman: "(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu. Lalu letakkan di atas tiap-tiap satu bukit satu bahagian dari bahagian-bahagian itu, kemudian panggillah mereka, nescaya mereka datang kepadamu dengan segera." Dan ketahuilah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al-Baqarah, ayat 260)
Nah, lihatlah! Sedangkan seorang rasul pun masih bertanyakan tentang kekuasaan Allah menghidupkan dan mematikan sesuatu agar keimanannya benar-benar mantap, apatah lagi kita manusia biasa, pastinya mempunyai pelbagai kerenah lagi. Lalu, baginda bertanya terus kepada Allah. Begitulah yang sepatutnya dipraktikkan oleh kita. Kita sebenarnya tidak dapat lari daripada memikirkan bab akidah ini dalam proses kita mencari hidayah dan rahmat daripada Allah.
Jadi, sekiranya kita mempunyai masalah yang berkaitan dengan akidah, sewajarnya kita merujuk semula pada Allah Yang Maha Esa.. Sesungguhnya, Allah pasti akan membantu kita apabila kita memerlukan bantuanNya. Janganlah terlalu mengharap bantuan makhluk kerana Allah yang memberi ilham kepada makhlukNya. Allah yang membantu kita melalui hamba-hambanya. Tetapi, janganlah pula langsung tidak meminta sebarang pertolongan kerana kita ini hanyalah insan yang lemah dan sentiasa bergantung harap kepada Allah. Berusahalah mencari ilmu akhirat yang kekal serta mengamalkannya.
Monday, December 7, 2009
City Made of Toothpicks
It took Stan Munro (38) 6 years to build this toothpick city. He used 6 million toothpicks and 170 litres of glue. He can spend until 6 months to create a building and each of his creations is built to 1:164 scale. He works at the Museum of Science and Technology in Syracuse, New York (USA).
Look after the jump the amazing works of one of the most patient men in the world.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Sunday, December 6, 2009
Gerun dengan Doa Tok Guru Nik Aziz
Posted on Sunday, November 29 @ 02:08:13 PST by tokdalang
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Akhbar arus perdana bising-bising mengenai isu DOA TuanGuru. Dilaporkan kononnya tokoh agama dan ulama membidas hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.
Kononnya perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam tanpa mengira pelakunya berpangkat dan berkedudukan, apatah lagi pihak dimaksudkan itu saudara seagama dan seorang pemimpin beragama Islam.
Persoalan pertama yang perlu dijawab oleh mufti berkenaan ialah apakah pemerintahaan kerajaan negara ini pemeritahan kerajaan Islam, yang kedua apa hukumnya pemerintah yang zalim yang merompak hak rakyat dan yang ketiga siapa kafir harbi di dalam negara ini?
Yang pertama, perlu diakui pemerintahan negara ini bukan pemerintaan kerajaan Islam. Buktinya banyak:
(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif
(Ucapan Tun Dr. Mahathir
(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.
(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)
(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)” Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”
.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”
(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan
rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”
(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”
(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”
(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan
kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.
(Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak 20/4/93) ‘Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan’.
(Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) ‘Apa erti negara Islam jika mundur’ pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan - pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti..
Persoalan kedua kezaliman terhadap rakyat Kelantan dengan merompak royalti minyak mereka dengan tidak mematuhi perjanjian.
Pemerintah yang zalim wajar ditentang. Apatah lagi pemerintah yang ada melakukan rampasan kuasa ke atas sebuah negeri yang telah dipilih oleh rakyatnya. Kezaliman pemerintah itu perlu ditentang walaupun ia dilakukan ke atas bukan-Islam sekalipun.
Kerana prinsip Islam adalah jelas.
Suratul-Maidah : 8
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Ketiga : Siapa Kafir harbi di negara ini?

Jadi jangan tunjuk kepada orang lain jika rakan anda sendiri lebih lama dah tentang Islam.
Saturday, December 5, 2009
Promosi Dajjal Di Balik Film 2012

Benarlah Ahmad Thomson ketika di dalam bukunya yang berjudul Dajjal – The AntiChrist mengatakan bahwa dunia yang sedang kita jalani dewasa ini –terutama sejak hampir satu abad yang lalu- telah menjadi sebuah Sistem Dajjal. Peradaban dunia semenjak raibnya sistem Islam yang bernama Khilafah Islamiyyah telah perlahan namun pasti mengarah dan membentuk diri menjadi sebuah peradaban yang sarat dengan Dajjalic Values. Kian hari kian nyata bahwa nilai-nilai Ilahi yang suci dan mulia secara sistematis mengalami marginalisasi atau penghapusan.
Sedemikian hegemoniknya sistem Dajjal sehingga menurut Ahmad Thomson bilamana dalam waktu dekat si oknum Dajjal muncul ke tengah umat manusia, maka ia akan segera dinobatkan menjadi pemimpin sistem tersebut. Sebab sistem yang dibangun dengan sebutan Novus Ordo Seclorum (the New World Order) ini sangat compatible dengan karakteristik oknum Dajjal. Berbagai lini kehidupan telah dirancang dan dibentuk agar cocok dengan the arrival of the AntiChrist (kedatangan Dajjal). Segenap lini kehidupan manusia yang mencakup ideologi, politik, ekonomi, sosial, budaya, militer, pertahanan-keamanan, pendidikan dan hukum dijauhkan dari dienullah atau nilai-nilai Islam. Bahkan aspek entertainment-pun diarahkan untuk menyambut kedatangan Dajjal.
Oleh karenanya saudaraku, waspadailah berbagai filem yang dewasa ini menjadi primadona bentuk hiburan di abad modern. Salah satunya ialah filem box office yang dewasa ini sedang menyedot perhatian sebagian besar penduduk planet bumi, yaitu filem berjudul 2012. Apa sesungguhnya masalah filem ini?
Pertama, filem ini ingin mengkondisikan umat manusia untuk meyakini bahwa the end of time atau apocolypse atau –katakanlah- hari Kiamat bakal terjadi pada tarikh tertentu yang sudah bisa diprediksi, yaitu tarikh 21 desember tahun 2012. Ini merupakan suatu ramalan yang sangat berbahaya dari sudut pandang aqidah Islam. Mengapa? Karena Islam mengajarkan setiap kita untuk menyadari bahwa hanya Allah saja yang tahu bila persisnya hari Kiamat bakal terjadi. Bahkan Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam juga tidak tahu bila persisnya hari Kiamat.
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي
لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا
قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
”Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". (QS Al-A’raaf ayat 187)
Satu-satunya isyarat soal jadwal hari Kiamat dari Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam hanyalah bahwa ia bakal terjadi pada hari Jumat. Namun jumat tarikh, bulan dan tahun berapa? Wallahu a’lam. Hanya Allah Yang Maha Tahu. Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda:
وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ
“Dan tidak akan terjadi hari Kiamat kecuali pada hari Jum’at.” (HR Muslim)
Maka barangsiapa yang sesudah maupun sebelum menonton filem ini meyakini bahwa hari Kiamat pasti bakal terjadi pada tarikh 21 desember tahun 2012, berarti ia telah mempertaruhkan eksistensi aqidahnya. Sebab seorang muslim senantiasa meyakini bahwa hanya Allah Yang Maha Tahu perkara nyata maupun ghaib. Jika ada pihak selain Allah yang layak memberi tahu kita soal perkara ghaib seperti jadual Kiamat, maka itu sepatutnya adalah Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam utusan Allah yang seringkali memang diberitahu Allah rahasia-rahasia perkara ghaib. Namun dalam hal ini kita tidak mendapati satu hadis pun yang menjelaskan tarikh, bulan dan tahun kejadian hari Kiamat. Sikap mempercayai adanya fihak selain Allah yang mengetahui perkara ghaib bisa mengantarkan seseorang terjatuh kepada dosa syirik...! Sebab ia rela mengalihkan kepercayaannya dalam perkara ghaib kepada fihak selain Allah.
Kedua, filem 2012 ini ternyata berakhir dengan masih adanya segelintir manusia yang dapat survive atau bertahan hidup sesudah dahsyatnya peristiwa hari Kiamat. Padahal dalam keimanan Islam, kita diajarkan bahwa pada saat Malaikat Israfil meniup sangkakala pertama kali sebagai tanda Kiamat berlangsung, maka segenap makhluk bernyawa akan dimatikan Allah. Bukti bahwa semua dimatikan ialah bahwa kemudian Malaikat Israfil akan meniup sangkakala kedua kalinya sebagai pertanda berlangsungnya hari Berbangkit, yaitu hari dimana kembalilah roh-roh ke jasadnya masing-masing untuk hidup kembali.
وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ
إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ
”Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing).” (QS Az-Zumar ayat 68)
Ertinya, kita dapat menyimpulkan bahwa idea di balik filem ini sungguh mengerikan, karena ia ingin mengajak penonton mengingkari adanya Kiamat dalam pengertian aqidah Islam. Islam mengajarkan bahwa hari Kiamat merupakan the day of total destruction of the whole universe by Allah the Al-Mighty Creator (hari penghancuran total alam semesta atas kehendak Pencipta Yang Maha Kuasa, Allah Subhanahu wa ta’ala). Hari Kiamat merupakan berakhirnya kehidupan fana dunia untuk selanjutnya akan hadir kehidupan abadi akhirat yang sangat berbeda dengan dunia fana ini.
Sedangkan Kiamat menurut produser filem peradaban Sistem Dajjal hanyalah sebuah proses evolusi perjalanan kehidupan manusia di dunia. Sehingga setelah berlangsungnya apocolypse masih ada segelintir manusia yang sanggup terus hidup melewati dahsyatnya hari kehancuran tersebut. Lalu tentunya akan ada sejenis kehidupan dan peradaban baru yang muncul di muka bumi. Selanjutnya, siapakah yang bakal memimpin dan berkuasa di dunia sesudah 2012?
Ketiga, jika kita buka situs www.whowillsurvive2012.com yang merupakan 2012 - Official Movie Site, maka bila Anda klik kotak berjudul ”The Experience”, maka Anda akan temukan salah satu kotak pilihan lagi dengan judul Vote For The Leader of the Post 2012 World (Pilihlah Pemimpin Dunia Paska 2012). Apakah gerangan maksudnya?
Saudaraku, sungguh saya khawatir bahwa gagasan mendasar di balik filem ini ialah keinginan produsernya untuk secara implisit mempromosikan kehadiran Sang Penyelamat Dunia Palsu yaitu Dajjal. Lalu Dajjal akan digambarkan sebagai Pemimpin dan Pelindung para survivors (orang-orang yang berhasil selamat melewati bencana 2012). Sungguh, mereka benar-benar berharap bahwa umat manusia akan memandang Dajjal sebagai figur pemilik surga dan neraka, atau dialah Tuhan. Barangsiapa mematuhinya dan merasa butuh kepadanya bakal diberikan surga kepadanya. Dan barangsiapa yang mengingkarinya dan merasa tidak butuh kepadanya bakal dimasukkan ke dalam neraka Dajjal. Sehingga Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda:
وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنَّ مَعَهُ جَنَّةً وَنَارًا فَنَارُهُ جَنَّةٌ وَجَنَّتُهُ نَارٌ
“Dan sesungguhnya di antara fitnahnya Dajjal memiliki surga dan neraka. Maka nerakanya adalah surga (Allah) dan surganya adalah neraka (Allah).” (HR Ibnu Majah)
Maka sudah tiba masanya bagi setiap muslim untuk mempersiapkan diri dan keluarganya dari fitnah yang paling dahsyat sepanjang zaman, yaitu fitnah Dajjal. Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam mengajarkan beberapa kiat untuk menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal, di antaranya:
Pertama, bacalah doa permohonan perlindungan Allah pada saat duduk sholat tahiyyat terakhir dalam sebelum salam kanan dan kiri:
اللهم إني أعوذبك بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian serta dari jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal" (HR Muslim)
Kedua, bacalah surat Al-Kahfi di malam Jumat atau hari Jumat sesuai hadits berikut:
من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة فأدرك
الدجال لم يسلط عليه ، - أو قال : لم يضره
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi di hari Jumat, maka Dajjal tidak bisa menguasainya atau memudharatkannya.” (HR Baihaqi)
Ketiga, hafalkan sepuluh ayat pertama surat Al-Kahfi sesuai hadits berikut:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ
"Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi, ia terlindungi dari fitnah Dajjal." (HR Abu Dawud)
Keempat, menjauh dan tidak berkeinginan mendekati Dajjal pada masa kemunculannya telah tiba sesuai hadits berikut:
مَنْ سَمِعَ بِالدَّجَّالِ فَلْيَنْأَ عَنْهُ فَوَاللَّهِ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَأْتِيهِ
وَهُوَ يَحْسِبُ أَنَّهُ مُؤْمِنٌ فَيَتَّبِعُهُ مِمَّا يَبْعَثُ بِهِ
مِنْ الشُّبُهَاتِ أَوْ لِمَا يَبْعَثُ بِهِ مِنْ الشُّبُهَاتِ هَكَذَا قَال
"Barangsiapa mendengar tentang Dajjal, hendaknya ia berupaya menjauh darinya, sebab -demi Allah- sesungguhnya ada seseorang yang mendekatinya (Dajjal) sedang ia mengira bahwa Dajjal tersebut mukmin kemudian ia mengikutinya karena faktor syubhat (tipu daya) yang ditimbulkannya." (HR Abu Dawud)
Kelima, menetap di Mekkah atau Madinah pada masa Dajjal telah keluar dan berkeliaran dengan segenap fitnah yang ditimbulkannya. Sebagaimana hadits berikut:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ وَلَيْسَ نَقْبٌ مِنْ أَنْقَابِهَا إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ تَحْرُسُهَا
"Tidak ada negeri (di dunia) melainkan akan dipijak (dilanda/diintervensi) oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijagai oleh barisan Malaikat." (HR Bukhari-Muslim)
Thursday, December 3, 2009
Mengumpat & Fitnah
Allah SWT mencela orang yang mengumpat bagaikan memakan bangkai:
Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)?
(Quran surah al-Hujurat, ayat 12)
RasulAllah SAW bersabda;
Setiap muslim haram darah, harta dan harga dirinya atas muslim yang lain.
Baginda SAW juga bersabda;
Takutlah mengumpat. Ia lebih buruk daripada zina. Lelaki berzina lalu bertaubat, maka Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah SWT tidak mengampuni orang yang mengumpat sebelum orang yang diumpatnya memaafkannya.
Mereka berkata, “Orang yang mengumpat manusia ibarat melepaskan peluru kekanan dan kekiri. Seperti itu dia melemparkan akan kebaikannya (hilanglah segala kebaikannya) .
Telah bersabda RasulAllah SAW yang maksudnya;
Sesiapa yang mengumpat, bermaksud menghinakan saudaranya, Allah SWT meletakkannya dijambatan neraka pada hari kiamat. Hingga bebas dari apa yang dikatakannya.
Juga Baginda SAW bersabda yang maksudnya;
Mengumpat itu menuturkan keburukan kepada saudaramu samada badan, nasab, perbuatan, ucapan, agama, dunia, bahkan baju, selendang atau tunggangannya.
Hingga sesetengah orang yang terdahulu berkata, “Jika kau katakan pakaian; Pakaian sifulan kebesaran atau kekecilan (pakaiannya kecil atau besar), itupun termasuk mengumpat. Apa lagi jika kau sebut sesuatu yang menyakitkannya”.
Dirawikan bahawa seorang perempuan yang pendek telah datang kepada RasulAllah SAW untuk sesuatu keperluan. Setelah dia beredar, Aisyah r.ha berkata, “Wah, pendeknya dia!” Segera RasulAllah SAW berkata, “Engkau telah mengumpat wahai Aisyah!” Telah bersabda RasulAllah SAW;
Baginda RasulAllah SAW bersabda dalam mencela tukang fitnah;
Manusia terburuk dihari kiamat ialah bermuka dua. Iaitu tukang fitnah. Dia datang pada mereka dengan suatu muka, dan datang pada yang lain dengan muka yang lain pula. Sesiapa yang bermuka dua didunia, (maka) dihari kiamat (dia akan) berlidah dua dari api.
Diceritakan dari Amr bin Dinar, dia berkata, “Seorang lelaki Madinah ada saudara perempuan disuatu kampung sedang sakit. Lelaki itu menziarahi dan menunggunya sampai meninggal dunia. Dia mengucapkan takziah dan menghantarnya sampai kekubur. Setelah selesai, dia kembali kepada keluarganya. Kemudian dia teringat akan dompetnya tertinggal dalam kubur. Dia meminta tolong dari temannya. Temannya itu bersegera berangkat menggali kubur dan menemukan dompetnya. Lelaki itu tadi berkata, “Bagaimana keadaan saudaraku?” Lalu temannya itu membuka sebahagian lubang. Tiba-tiba api menyala-nyala. Segera lelaki itu kembali kepada ibunya dan bertanya, “Ceritakan padaku apa cela saudaraku?” Ibunya berkata, “Saudaramu suka pergi kerumah jiran menceritakan keburukan orang untuk menyebarkan fitnah”. Jelaslah bahawa hal itulah yang menyebabkan akan seksa kubur. Siapa ingin selamat, hendaklah tinggalkan mengumpat dan memfitnah”.
Abu Hafsh al-Kabir berkata, “Aku tidak berpuasa Ramadhan lebih kusukai daripada daku mengumpat orang”, lalu dia berkata, “Sesiapa yang mengumpat seorang faqih, dihari kiamat dia datang dan tertulis dimukanya – Orang ini terputus daripada rahmat Allah”.
Telah berkata Ka’ab ra., “Kubaca sebahagian kitab – Barangsiapa yang mati bertaubat dari mengumpat, (maka) dia orang terakhir yang akan masuk syurga. Barangsiapa yang mati (dalam keadaan) membiasakan mengumpat, (maka) dia orang yang pertama masuk neraka”. Allah SWT berfirman;
Celakalah untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela.
(Quran Surah Al-Humazah, ayat 1)
Wajiblah bagi orang yang mengumpat menyesal dan bertaubat agar keluar dari hak Allah. Kemudian meminta halal atas kezalimannya terhadap orang yang diumpat. Telah bersabda RasulAllah SAW;
Sesiapa yang mengumpat saudara muslimnya, Allah SWT akan memindahkan muka keduburnya pada hari kiamat.
Rujukan:
Terjemahan Kitab Mukashafah Al-Qulub, karangan Imam Al-Ghazali.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ----
`Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih? (Surah Ibrahim: Ayat 7)
`Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman? (Surah al Anfâl : Ayat 1)
`Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah? (Surah al Hasyr : Ayat 7)
`Hidup ini penuh nikmat, zahirkan kesyukuran kita dengan amal sebelum menjelma kematian. Semoga ianya memberi manfaat untuk kita ambil iktibar dalam menjalani kehidupan seharian.?
Nukilan daripada saudara Mohd Haidzir Panot (MohdHaidzir. Panot@wdc. com)


