RSS

Kotak Jerit-jerit

Thursday, December 23, 2010

Kayu Sugi vs Berus Gigi.


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

"Bersugilah kamu, sesungguhnya didalamnya terdapat kebaikan dan keredhaan dari Allah swt." sabda Rasulullah saw (diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ra)

---------------------------------------------------------------------------------------------------
APA ITU BERSUGI?

Bersugi adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

HUKUM BERSUGI

1. Sunat - hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran dan ketika berubah bau mulut.

2. Makruh - Orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadan) atau puasa sunat selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu zuhur.

CARA BERSUGI



HIKMAH DAN FAEDAH BERSUGI

1. Memutihkan gigi (menanggalkan plak dan kaviti).
2. Mengoptimumkan keupayaan saraf gigi mengesan getaran nutrient makanan. Setiap batang gigi akan mengesan nutrient tertentu. Sekiranya gigi tersebut bersih, maka nutrient akan dikesan dengan baik untuk membantu melancarkan proses penghadaman.
3. Mengawal biotik (menghilangkan bau dan menghalang jangkitan bakteria).
4. Mengoptimumkan penghasilan kalsium semulajadi tubuh. Sebahagian besar kalsium yang diserap oleh orang dewasa dihasilkan oleh gigi. Tubuh berkeupayaan menghasilkan kesemua nutrient kecuali asid folik dan mineral. Gigi yang bersih dan bersugi akan menguatkan tulang.

ADAB BERSUGI

1. niat bersugi untuk kebersihan diri dan keredhaan Allah swt.
2. baca bismillah dan selawat Nabi.
3. basuh kayu sugi sebelum dan selepas di gunakan.

TAHUKAH ANDA?

Kajian klinikal yang dilakukan oleh Jabatan Sains Pergigian (Pencegahan), Universiti King Arab Saudi pada 2003 menunjukkan amalan bersugi mempunyai khasiat perubatan untuk melindungi dari plak, gusi berdarah, gigi haus dan kesakitan gigi. (Arabnews)

RAHSIA SAINTIFIK KAYU SUGI

Satu satunya cara untuk membersihkan pencemaran pada gigi ialah dengan mengalirkan perturakan caj elektron. Elektrostatik boleh dijana melalui cara gosokan.

Kayu sugi yang biasa digunakan untuk mengosok gigi didapati mempunyai penjanaan elektron yang banyak apabila digosokkan.



Liang kayu sugi mempunyai geometri yang seragam. Ia dipenui dengan elektron apabila digetarkan melalui gosokan. Elektron ini sungguh bertenaga sehingga memustahilkan bakteria boleh berada di dalamnya.
Elektron terhasil melalui ruang jisim yang bergeometri yang digetarkan melalui gosokan atau tekanan.

Kesan Gigi Mendapat Elektron

Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus.

Walaupun anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat.

Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menggalkan plak dengan sendiri, insya Allah.

Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan.



Teknik Menggosok (Bersiwak)

Bersiwak atau menggosok dengan kayu sugi bukan sekadar membersih secara elektromangetik dan fizikal semata-mata, malah ia mencapai ke tahap spiritual dan merangsang kekuatan saraf gigi dan melibatkan koordinasi otak.

Teknik sebenar ialah tidak perlu gigit atau ketuk kayu tersebut untuk menjadikan ia berbulu. Ia boleh digosok terus sehingga berbulu. Apabila hujung kayu sugi berbulu, ia perlu dibuang semula kerana bulu yang terhasil itu didapati kekurangan elektron berbanding dengan kayu yang masih padat.

sumber : Super Skale

p/s: rm2 sahaja kayu sugi ni. sangat murah berbanding dengan berus gigi.

5 comments:

  1. ubat gigi yang ade ekstrak kyu sugi 2 x elok ke?

    ReplyDelete
  2. ubat gigi tu dh dicampur ngn macam2 dh...dh xtulen dh...
    ko try dlu apa beza kayu sugi tu ngn ubat gigi yg diekstrak...jauh berbeza. lg best kayu sugi.

    ReplyDelete
  3. sesungguhnya Rasul kita mmang yang terbaik lagibijak sana.

    ReplyDelete
  4. Hari ini hari pertama aku guna sugi...terasa segar mulut berkali kali lebih segar dari biasa...subhanAllah...

    ReplyDelete
  5. Ubat Gigi Kayu Sugi Najwa dirumus secara saintifik dan bersih daripada extrak (pati) pokok Kayu Sugi yang tulen. Pokok Kayu Sugi ini telah digunakan sejak berabad dahulu. Ubat Gigi Najwa berkhasiat serta membuat gigi anda sentiasa bersih, bersinar, segar dan sihat.
    Digalak menggunakannya sepanjang masa. (Berus Gigi Percuma dengan setiap pembelian Ubat Gigi Najwa).
    Tiada Bahan Asas Haiwan
    Tiada Fluorida
    Tiada Alkohol
    DIJAMIN HALAL

    Kebaikan Ubat Gigi Kayu Sugi Najwa:
    Aktiviti Antiseptik & Tanpa Alkohol
    Membantu Menguatkan Gusi
    Menyembuh Ulser Mulut Anda
    Mencegah dan Mengawal Gusi Berdarah
    Membantu Mencegah Kerosakan Gigi anda
    Menjadikan Gigi Putih Berseri dan Bersinar
    Menolong Menjaga Kesihatan Gigi dan Gusi Anda
    Kandungan Semulajadi & Tiada Kesan Sampingan
    Memberi Kesegaran dan Menghasilkan Aroma yang Menyenangkan Sepanjang Hari Selepas Digunakan

    Kepentingan bersugi dalam Islam
    Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

    Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis riwayat Al-Bukhari).

    www.najwa.com.my

    ReplyDelete