RSS

Kotak Jerit-jerit

Friday, December 10, 2010

Apabila Saat Kematian hanya di hadapan mata



Gedebuk!! (bunyi seperti seseorang jatuh)

Dari dapur lagi dapat didengari bunyi itu, tapi siapakah yang terjatuh itu? Mek Nak pergi mengesan dari manakah bunyi itu. Alangkah terkejut beliau apabila melihat sekujur tubuh yang tiada kudrat tuk bangun setelah jatuh dalam bilik air; Mek Limah binti Deraman; nama yang diberi tuk nenekku.

Mek Nak menelefon adik-beradiknya termasuklah abahku, Che Soh bin Che Long; kerana ada kecemasan yang berlaku di kampung nenekku. Di raut wajah abah aku terserlah kegelisahan kerana dia punyai dua pilihan sama ada tuk menjemput ibuku yang akan tiba di lapangan terbangan tidak lama lagi, ataupun bergegas balik ke kampung. Abahku memberi arahan kepada aku, faris dan fadli tuk menjenguk nenekku di kampung apakah keadaannya begitu serius, kerana dari panggilan telefon yang dibuat oleh makcikku, nenek aku itu sedang meracau dalam keadaan diam beribu bahasa.

Aku, dan adik-adikku terus bergegas ke kampung kalau-kalau ada yang boleh aku tolong ubatkan. Setelah sampai, aku mendapatkan keterangan lanjut dari makcik aku apa yang telah terjadi sebenarnya. Nenekku sebenarnya ingin mengambil wudhuk tuk solat isyak’ di tandas yang hanya beberapa langkah sahaja dari tempat tidurnya, tetapi kudrat seorang orang tua yang berusia 90tahun yang tiada daya dan hanya mampu mengesot sahaja apabila tuk ke tandas. Makcikku mengangkat dia tuk baringkan di atas katil. Katanya makanan yang nenek makan pada waktu asar tadi dimuntah keluar semuanya, dan selepas itulah dia meracau-racau, menempis-nempis. Apabila kami sampai pun keadaannya tetap sama. Tidak bersuara hanya menggunakan bahasa badan tuk mencerita dimanakah tempat dia sakit.

Beliau menempis-nempis dan memegang kepalanya; aku mengagak beliau pening kepala kesan daripada jatuh tadi, mungkin kepalanya terhantuk kuat pada lantai membuatkan dia pening lalu muntah. Kami memicit-micitkan di kepala; beliau memegang tangan dan kaki pula, mungkin ada sakit-sakit di situ, kami mengurut-urut di pula. Setelah itu dia sambung meracau kembali dan kali ini agak aggresif sedikit dari sebelumnya, dalam beberapa minit dia meracau; tiba-tiba sekujur tubuh itu tidak bergerak sambil memalingkan wajahnya ke sebelah kiri. Alangkah terkejutnya kami apabila memalingkan wajahnya kearah kami. Lidah terjelir!

Apakah yang sebenarnya terjadi. Kami keliru. Aku cuba lihat pada keadaan hidungnya, sudah lembik! “Ya Allah, ini adalah petanda orang yang akan menghadapi sakaratul maut”,aku bermonolog. Terus aku menyuruh faris tuk mengajarnya lafaz syahadah sedang aku dan fadhli membaca yassin. Keadaan aku gelisah dan juga sebak kerna tiada abah disisi nenekku pada waktu itu. Aku menelefon abahku bertanya hal ibuku, adakah dia telah tiba di lapangan terbang; namun jawapannya belum lagi. Lihat keadaan adikku yang sedang mengajar lafaz syahadah, tiba-tiba kakiku menggeletar, tiada asbab kesejukkan yang membuatkan aku menggeletar, tapi asbab sakaratul maut yang menjemput nenekku!

Pakcikku menegur supaya dialihkan nenekku di ruang tamu kerana keadaan bilik yang agak sempit. Tetapi ketika dalam bilik itu nenekku telah merasai dua sentakkan. Setelah dialih keluar, beliau hanya terdiam; bacaan yasin masih lagi diteruskan. Sentakkan kali ketiga berlaku, kali ini membuatkan aku terkejut, aku menyuruh fadhli membaca surah ar-rad kerana aku teringatkan pesanan ustaz sekolah pondok dulu, jika seseorang sedang menghadapi sakaratul maut, dibacakan kepadanya surah ar-rad tuk memudahkan sakaratul maut itu; dan kini tibalah giliran aku tuk mengajar lafaz syahadah kepadanya pula; lidahnya bergerak walaupun sedikit. Sentakan keempat berlaku, kini bahagian kakinya telah kaku membeku serta pada bahagian perutnya juga. Dan sentakan terakhir telah membuatkan beliau sudah meninggalkan kami buat selama-lamanya pada jam 1150 malam; 1haribulan disember yakni pada hari kelahiran beliau. Pada saat itu juga adikku seusai membaca surah ar-rad. Dan adikku faris; dia punyai kelebihan tuk melihat perkara-perkara ghaib. Ketika akhir kalam beliau, faris melihat sekujur tubuh, berwajah muda serta cahaya putih mengiringinya. Alhamdulillah…husnul qhatimah.

Terkadang aku terfikir, sepatutnya akulah yang perlu menjemput ibuku tadi. Aku sememangnya sangat-sangat sedih kerna pada waktu nenekku sedang nazak, abahku tiada disisi. Sedangkan dialah yang paling mengambil berat akan nenekku berbanding adik-beradiknya yang lain. Abahku sampai di kampung pada jam 0030 pagi. Sangat tersentuh apabila difikirkan begitu, tetapi dia amat berpuas hati kerna dapat menjaga ibunya selama ini. Ibu bapaku menyuruh kami balik ke rumah dulu tuk berehat dan datang pada waktu pagi nanti. Dalam perjalanan tuk pulang, kami berbicarakan hal tadi, dan mentafsir apa yang sebenarnya membuatkan nenekku meracau, beliau bukanlah pening kerana menempis-nempis. Akan tetapi pada saat itu beliau sedang diuji oleh gangguan syaitan yang menyerupai ibu bapanya yang membawa segelas arak dan segelas susu, kerna pada saat itu kita akan berasa dahaga yang teramat sangat. Alhamdulillah, beliau memilih jalan yang betul.

Setibanya di lebuhraya, adik-adikku tersentak tuk melihat ke sebelah kiri di mana terletaknya kampung nenekku. Subhanallah, cahaya biru malap yang hanya ada di kawasan itu. Ya Allah, itulah keajaiban yang kami lihat dan akan terus menyedarkan kami tuk sentiasa mengingati mati. insyaALLAH.

“Sesungguhnya orang yang paling bijak adalah orang yang banyak mengingati mati”

Ada hikmahnya mengapa pilihan abahku begitu.






2 comments:

  1. innalillahiwainnailaihirojiunn..
    alhamdulillah...husnul ghatimah.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...syukran jazilan yaa enti.

    ReplyDelete