Tuan-tuan yg mulia, kita kena syukur lagi dan lagi kepada Allah SWT kerana terlalu banyak nikmat Allah taala kurniakan kepada kita. sekiranya ranting-ranting pokok di dunia ni dijadikan sebagai pena, dan lautan sebagai dakwatnya untuk menulis kalimat-kalimatNya dan nikmat-nikmatNya, nescaya tidak mampu tuk mencatat kesemuanya. setiap saat Allah pelihara kita. setiap saat Allah jaga jantung kita tuk berdegup supaya darah terus menerus bergerak di dalam jasad sementara kita ni. setiap saat Allah memasukkan oksigen ke dalam paru-paru kita. selamanya kita perlu syukur kepada Allah. Allah Maha Memelihara. Allah mampu buat segala-galanya. Allah adalah khaliq, kita adalah makhlukNya. Allah adalah Malik, kita adalah MamlukNya, Allah adalah Raziq, kita adalah MarzuqNya.
Allah swt berfirman “ Barangsiapa yang bersyukur kepada-Ku maka akan Ku-tambah nikmat untuknya, barangsiapa yang kufur maka baginya azab yang pedih” (QS Ibrahim ; 7)
bagaimana tuk kita buktikan rasa syukur kita dengan nikmat-nikmatNya, maka kita perlu taat setiap perintah Allah dan menjauhi segala bentuk larangan Allah, inilah tanda kesyukuran kita.
tuan-tuan yang mulia, Allah SWT telah hantar 124,000 para anbia, daripada Adam a.s sehinggalah Nabi yang terakhir iaitu Muhammad SAW. seorang Nabi yang ummi dan kita adalah ummatnya yang sangat bertuah. Nabi Ibrahim a.s pernah memohon untuk jadi Nabi untuk ummat akhir zaman, tetapi Allah berfirman, "aku telah sediakan Nabi untuk mereka". begitu juga dengan Nabi Musa a.s, seorang nabi yang boleh bercakap terus kepada Allah SWT, doanya juga sama seperti doanya Nabi Ibrahim a.s. , dan jawapan Allah kepadanya juga sama. Nabi Isa a.s juga seorang nabi yang tersangat miskin, tiada rumah, tiada harta. dia hanya ada 3 benda sahaja, bantal, sikat rambut, dan cermin. suatu hari nabi Isa a.s pergi berjalan, dia ternampak seorang yang sedang menyikat rambutnya menggunakan jari jemari, lalu nabi Isa a.s memberi sikat rambutnya. dan dia meneruskan perjalanan lagi, dan dia nampak seorang sedang tidur berbantalkan batu, lalu dia memberi bantalnya itu. dia meneruskan perjalanan lagi, ternampak seorang yang sedang menilik wajahnya menggunakan air, lalu dia memberikan hartanya yang terakhir, iaitu cermin. betapa miskinnya nabi Isa a.s. , baginda pernah meminta perkara yang sama seperti nabi Ibrahim dan Musa a.s, tetapi tidak diperkenankan. lalu baginda meminta supaya dia menjadi ummat kepada Nabi yang terakhir itu, kerana dia tahu akan keistimewaan menjadi ummat akhir zaman ini.
Tuan-tuan yang mulia, betapa istimewaannya kita, betapa bertuahnya kita kerana ditiupkan roh-roh ke dalam perut-perut ibu akhir zaman ini. pernahkah kita terfikir, sekiranya kita dibangkitkan ketika zaman 1432 yang lalu, apakah kita berada di pihak yang haq, yakni bersama Rasulullah dan sahabat, ataupun kita tergolong dalam golongan yang menentang Nabi?(Nauzubillahi min zalik). jadi tuan-tuan yang mulia, atas perkara inilah kita perlu syukur, kerana dilahirkan sebagai umat yang agung. tetapi ada syaratnya tuk kita jadi umat yang agung dan terbaik ni.
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. ”(Ali Imran / 3 : 110)
syaratnya adalah "menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah". Allah SWT sudah meletakkan syaratnya, jadi kita perlu lihat pada diri kita sendiri, adakah kriteria-kriteria umat terbaik itu ada pada diri kita?
tuan-tuan yang mulia, betapa agungnya kerja kenabian ini, setelah kewafatan 124,000 anbia tiada lagi Nabi selepasnya, tetapi tuk muliakan umat akhir zaman, maka Allah tinggalkan kerja kenabian ini kepada umat ini. kerja dakwah ilallah ini adalah sunnah yang paling berat. tetapi tuan-tuan yg mulia, apabila kita lakukan sunnah yang paling berat ini, insyaALLAH sunnah-sunnah yang ringan akan mudah tuk kita amalkan. akan tetapi, dimanakah buktinya cinta kita kepada sunnah-sunnah Rasulullah? kita nak buat dakwah, tetapi cara dakwah kita gunakan hari ini cara majusi, yahudi, nasara. apabila kita guna cara yahudi,majusi, nasara ini, maka kita telah terpesong dari jalan nabi Muhammad.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. 3:31)
Oleh sebab itulah, tuk mencapai cinta kepada Allah, kena ikut cara, jalan, sunnah Nabi Muhammad SAW. ini yang perlu kita risaukan. risau tentang hidup kita. hidup kita sekarang ni semakin jauh dari jalan Nabi. tuk mencapai cinta kita kepada Rasulullah, mari kita muhasabah diri seketika :
adakah maksud saya dihantar ke dunia ini sama seperti Rasulullah dihantar?
(kalau yang selalu zikir, solat, tapi tidak buat dakwah, maka jalannya seperti umat abid, bukan umat dai'e. Nabi SAW juga solat, zikir, dalam masa yang sama Nabi buat dakwah)
adakah malam saya sama seperti malam Rasulullah?
(setiap malam Nabi bangun tuk doakan hidayat kepada umatnya, menangisi, ketakutan menyelubungi Baginda)
adakah fikir risau saya seperti fikir risau Rasulullah?
(setiap saat Rasulullah fikir risau akan keadaan umatnya, sedangkan ketika maut menjelang tiba pun kerisauan yang sama yang difikirkan, bagaiamana seluruh umatnya dapat selamat dari neraka Allah, dan masuk syurga Allah)
adakah cara dakwah saya sama seperti cara dakwah Rasulullah?
(bagaimana cara dakwah Rasulullah? melalui facebook ke? melalui blog ke? melalui lembaran-lembaran kertas ke? mana sunnah yang sebenarnya?
Nabi setiap hari pergi ziarah rumah ke rumah, hati ke hati berjumpa seluruh manusia di tanah hijaz, berenang dalam lautan umat tuk mengajak manusia kepada Allah. cara inilah adanya mujahadah, susah payah. as sebab susah payah inilah Allah buat keputusan tuk sebarkan hidayat. tetapi bagaikan keadaan dakwah kita? cut/copy dan paste? tampal poster? konsert? duduk di masjid sahaja tanpa buat ziarah? gagal semuanya cara ni!
sebab itulah hari-hari kita perlu bagi harta diri masa, berenang dalam lautan umat tuk ingatkan manusia kepada perkara yang haq. apa perkara yang haq? yaa ayyuhannas, quluu laa ilahailallah tuflihuun! wahai manusia ucaplah laa ilahailallah, kamu akan berjaya!
(post ini bukan niat tuk dakwah, tetapi sekadar perkongsian)

No comments:
Post a Comment