RSS

Kotak Jerit-jerit

Thursday, December 23, 2010

Kayu Sugi vs Berus Gigi.


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

"Bersugilah kamu, sesungguhnya didalamnya terdapat kebaikan dan keredhaan dari Allah swt." sabda Rasulullah saw (diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ra)

---------------------------------------------------------------------------------------------------
APA ITU BERSUGI?

Bersugi adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

HUKUM BERSUGI

1. Sunat - hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran dan ketika berubah bau mulut.

2. Makruh - Orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadan) atau puasa sunat selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu zuhur.

CARA BERSUGI



HIKMAH DAN FAEDAH BERSUGI

1. Memutihkan gigi (menanggalkan plak dan kaviti).
2. Mengoptimumkan keupayaan saraf gigi mengesan getaran nutrient makanan. Setiap batang gigi akan mengesan nutrient tertentu. Sekiranya gigi tersebut bersih, maka nutrient akan dikesan dengan baik untuk membantu melancarkan proses penghadaman.
3. Mengawal biotik (menghilangkan bau dan menghalang jangkitan bakteria).
4. Mengoptimumkan penghasilan kalsium semulajadi tubuh. Sebahagian besar kalsium yang diserap oleh orang dewasa dihasilkan oleh gigi. Tubuh berkeupayaan menghasilkan kesemua nutrient kecuali asid folik dan mineral. Gigi yang bersih dan bersugi akan menguatkan tulang.

ADAB BERSUGI

1. niat bersugi untuk kebersihan diri dan keredhaan Allah swt.
2. baca bismillah dan selawat Nabi.
3. basuh kayu sugi sebelum dan selepas di gunakan.

TAHUKAH ANDA?

Kajian klinikal yang dilakukan oleh Jabatan Sains Pergigian (Pencegahan), Universiti King Arab Saudi pada 2003 menunjukkan amalan bersugi mempunyai khasiat perubatan untuk melindungi dari plak, gusi berdarah, gigi haus dan kesakitan gigi. (Arabnews)

RAHSIA SAINTIFIK KAYU SUGI

Satu satunya cara untuk membersihkan pencemaran pada gigi ialah dengan mengalirkan perturakan caj elektron. Elektrostatik boleh dijana melalui cara gosokan.

Kayu sugi yang biasa digunakan untuk mengosok gigi didapati mempunyai penjanaan elektron yang banyak apabila digosokkan.



Liang kayu sugi mempunyai geometri yang seragam. Ia dipenui dengan elektron apabila digetarkan melalui gosokan. Elektron ini sungguh bertenaga sehingga memustahilkan bakteria boleh berada di dalamnya.
Elektron terhasil melalui ruang jisim yang bergeometri yang digetarkan melalui gosokan atau tekanan.

Kesan Gigi Mendapat Elektron

Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus.

Walaupun anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat.

Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menggalkan plak dengan sendiri, insya Allah.

Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan.



Teknik Menggosok (Bersiwak)

Bersiwak atau menggosok dengan kayu sugi bukan sekadar membersih secara elektromangetik dan fizikal semata-mata, malah ia mencapai ke tahap spiritual dan merangsang kekuatan saraf gigi dan melibatkan koordinasi otak.

Teknik sebenar ialah tidak perlu gigit atau ketuk kayu tersebut untuk menjadikan ia berbulu. Ia boleh digosok terus sehingga berbulu. Apabila hujung kayu sugi berbulu, ia perlu dibuang semula kerana bulu yang terhasil itu didapati kekurangan elektron berbanding dengan kayu yang masih padat.

sumber : Super Skale

p/s: rm2 sahaja kayu sugi ni. sangat murah berbanding dengan berus gigi.

BACA LAGI...........................

Tuesday, December 21, 2010

Doa


Doa bagi sesiapa yang dibebani hutang

اللهم اكفني بحلالك عن حرامك , واغنني بفضلك عمن سواك
Allahummakfini bihalalika 'an haramika wa aghnini bifadhlika amman siwak.

"Ya Allah cukupkanlah aku dengan rezeki yang halal dan jauhkanlah aku dari sumber yang haram dan kayakanlah aku dengan kurniaanMu dari orang lain kecuali Engkau"

Doa ketika ditimpa musibah

انا لله وانا اليه راجعون, اللهم اجرني في مصيبتي واخلف لي خيرا منها
innalillahi wa innailaihi raaji'uun, allahumma' jurni fii musibati wa akhlifli khairan minha.

"Sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita kembali, wahai Allah berilah pahala kepadaku dalam musibahku dan gantilah aku dengan yang lebih baik daripadanya."

-----------------------------------
sila rujuk Muntakhab Ahadith
m/s : 452 dan 453
------------------------------------

ayuh kita amal dan juga sampaikan...insyaALLAH.

BACA LAGI...........................

Monday, December 20, 2010

Adab-adab tidur



Allah Ta’ala berfirman, "Dan kami jadikan tidurmu untuk istirahat, dan Kami jadikan malam sebagai pakaian, dan kami jadikan siang untuk mencari penghidupan.."(An naba: 9-11)

Setiap hari kita tidur tuk istirehat, tetapi apakah tidur kita itu mendapat ganjaran pahala? apakah keadaan tidur kita itu selamat daripada gangguan?
disini saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang adab-adab tidur mengikut sunnah Rasulullah SAW. saya susun mengikut flow supaya senang tuk diamalkan nanti.

1) berwudhuk sebelum tidur.

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وَضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ

”Apabila engkau ingin masuk tidur, maka berwudhuklah seperti wudhuk orang ingin melakukan solat” [Sahih Bukhari, Sunan Abu Daud]

2) membaca surah al-mulk.

sebelum tidur kita bukalah helaian-helaian al-quran, dan membaca surah al-mulk. seelok-eloknya hafallah surah ini ya.

3) Solat witir

Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur"

(riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani)

4)bersihkan tempat tidur.

ambil sehelai kain dan mengibas-ngibas tempat yang ingin kita tidur sambil membaca Laa haula wala quwwata illa billahil'aliyyul 'adziim sebanyak tiga kali. supaya kalau-kalau ada serangga yang berbisa ke.

5)membaca surah-surah.


setelah membersihkan tempat tidur, duduk berlunjur dulu dan membaca surah al-fatihah.
seusai membacanya bacalah ayatul kursi sebanyak 3 kali sebagai pendinding dari gangguan-gangguan yang tidak baik yang dapat menghalang daripada gangguan jaraknya adalah dari pintu rumah ke tempat tidur.
selepas itu membaca tiga qul yang dikumpulkan dalam kedua-dua belah tangan, dan melakukan isyarat ludah ke tangan itu dan menyapunya keseluruh badan kecuali tapak kaki dan kemaluan. lakukannya sebanyak tiga kali. kerana tuk mengelakkan daripada sihir dan pelbagai lagi gangguan makhluk halus.

6) membaca tasbih fatimah.

Rasulullah s.a.w pun bersabda; “Takutilah Allah wahai Fatimah. Perolehilah taqwa dan teruslah melakukan tugasmu terhadap Allah dan kerja-kerja mengenai urusan rumahtanggamu. Sewaktu dikau hendak tidur ucaplah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahuakbar 34 kali. Dengan ini dikau akan dapati, ianya lebih berguna daripada seorang pembantu”.

Fatimah r.a berkata: “Daku berpuas hati dengan Allah dan RasulNya”.

7) baringkan badan.

Tidur cara Rasulullah s.a.w dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
yakni tidur diatas rusuk kanan. semolek-moleknya dada mengadap kiblat.
(ini adalah cara tidur para Nabi dan Rasul)
ataupun tidur seperti dalam keadaan kita solat yakni tangan di dada tetapi kaki kanan di atas kaki kiri. kaki kepala kita kena mengadap kiblat. ( ini adalah cara tidur wali-wali Allah)

kalau kita tidur diatas rusuk kiri kita akan terasa sesak nafas sedikit kerana disini terletaknya jantung kita. ( diibaratkan tidurnya seperti raja yang haloba)

jangan tidur meniarap! kerana ini adalah cara tidur syaitan!

8) doa dan lafaz syahadah.

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

bismikallahumma ahya wa amut

Artinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

setelah itu kita baca lafaz syadahah, mana kita kalau-kalau kita mati ke. dan sesungguhnya tidur itu juga mati sementara.
dan jadikan ianya sebagai zikir sebelum tidur yakni membaca Laa Ilahaaillah. bacalah sehingga kita tertidur.
dan ini juga tips untuk sesiapa yang susah nak lelapkan mata.

9) semasa tidur.

sekiranya kita tidur di dalam masjid kenalah niat iktikaf terlebih dahulu.
dan di dalam masjid ini juga bukan kita saja yang mendiami masjid itu, ada juga makhluk-makhluk lain yang sedang beribadah yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar kita.
kalau dalam tidur itu kita mengalami gangguan, baca auzubillahi minalsyaitannirrajim sebanyak 3 kali serta membuat isyarat ludah sebelah kiri.
kalau masih berlaku perkara yang sama, beralihlah tempat tidur kita itu ke tempat yang lain.
sekiranya semasa tidur kita bermimpi yang menakutkan, bangun dan beristighfarlah sebanyak 3 kali.
dan sekiranya kita bermimpi perkara yang elok, contohnya kita menang motosikal ke, rumah bungalow ke, isteri lagi 1 ke; bangun ambil wudhuk dan solat hajat supaya apa yang kita mimpikan itu menjadi kenyataan.

10) keluar air mani.

situasi ini jika berlaku di dalam masjid.
apabila kita dapat tahu yang kita ni keluar air mani, maka cepat-cepatlah keluar dari masjid kerana kita sedang dalam keadaan hadas besar. dan minta pertolongan sahabat tuk ambil kelengkapan mandi kita.

11) bangun tidur.

kita akan diikat dengan 3 ikatan oleh syaitan, dan bagi melepaskan ketiga-tiga ikatan itu, begini caranya :

ikatan pertama :

mula-mula kita buka mata ni, sebutlah ALLAH.
selepas itu baru kita baca doa selepas tidur.

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur

Artinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

ikatan kedua : mengambil wudhuk.

ikatan ketiga : solat sunat 2 rakaat.

selepas itu bolehlah kita solat subuh berjemaah tanpa rasa berat.

diharap apa yang saya kongsikan ini dapat kita amal dan sampaikan,
insyaALLAH.

BACA LAGI...........................

Monday, December 13, 2010

Siapakah Allah itu?




Allah adalah Tuhan Yang Menciptakan bumi dan langit beserta segala isinya. Gunung, batu, lembah, sungai, binatang, tumbuh-tumbuhan, bintang-bintang, planet, dan sebagainya diciptakan oleh Allah. Kita juga diciptakan oleh Allah. Kawan-kawan kamu juga demikian. Ibu bapa kawan-kawan kamu juga demikian. Semuanya diciptakan oleh Allah .

Selain Allah adalah Tuhan Yang Maha Pencipta, Dia juga Tuhan yang wajib disembah. Justeru, Allah adalah Tuhan Yang Menciptakan sekali gus Tuhan Yang wajib kita sembah.

(Demikianlah ajaran dan peringatan Allah Yang Maha Adil) maka bagi Allah jualah tertentu segala pujian, Tuhan Yang Mentadbirkan langit dan Tuhan Yang Mentadbirkan bumi, Tuhan sekalian alam.
(surah al-Jaatsiyah : 36)


Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku, oleh itu beribadatlah kamu kepadaKu.
(surah al-Anbiya : 25)


Kerana Allah adalah Rabb, Pencipta dan Pemelihara alam semesta, maka alam semesta menjadi bukti bahawa ia memang diciptakan dan dipelihara. Demikian itu alam semesta menjadi ayat-ayat Tuhan yang patut untuk dipelajari, diselidiki dan direnungkan. Banyak isi dalam al-Quran yang menyuruh manusia untuk mempelajari ayat-ayat ini. Ketika manusia benar-benar mempelajari ayat-ayat ini, maka manusia akan sampai pada kesimpulan bahawa alam semeta ini memiliki ciri-ciri yang teratur dan harmoni, terbatas yang kesemuanya membuktikan adanya Pencipta, iaitu “Rabb” (Allah). Tuhan sebagai Rabb inilah yang sesungguhnya dicari oleh Cendekiawan dan ingin dibuktikan oleh kaum athies. Allah sebagai Rabb merupakan wujub al-wajib bagi memenuhi kehausan jasmani manusia.

Selain Allah sebagai Rabb, al-Quran menyebut-Nya sebagai Ilah. Perhatikan konteks ayat al-Quran di atas, kita akan mendapati bahawa ayat ini dirujuk secara khusus dalam konteks penyembahan dan pemujaan. Allah sebagai Ilah merupakan wujub al-wajib bagi memenuhi kehausan spiritual manusia.

Oleh itum kerana Allah adalah Rabb Pemelihara dan Pencipta alam semesta dan alam semesta lebih bersifat kebendaan daripada spiritual, maka tidak ada alas an bagi manusia untuk menolak kewujudanNya. Manusia yang memiliki kecenderungan kebendaan di mana kecenderungan ini seringkali menuntut adanya pemenuhan yang bersifat fizikal, melalui pengalaman, rasional dan positif. Maka mereka dapat menyingkap alam semesta yang bersifat fizikal, melalui pendekatan yang rasional dan positif pula. Allah sebagai Ilah menjadi jawapan atas kecenderungan spiritual manusia. Dalam konteks Allah sebagai Ilah, Dia harus dipuja dan disembah, kita harus beribadah kepadaNya dalam konteks Allah sebagai Rabb, Dia adalah sebab kewujudan alam semesta ciptaanNya.

Catatan bagi Ibu bapa :

Bagi memberikan jawapan terhadap pertanyaan anak-anak di atas, sebaiknya ibu bapa memilih contoh-contoh ciptaan Allah yang sudah diketahui oleh anak. Misalnya gunung, laut, air, tumbuh-tumbuhan, haiwan manusia dan sebagainya. Berdasarkan contoh-contoh ini, anak-anak kita diajak untuk merenungkan bahawa segala sesuatu itu pasti ada penciptanya, dan Maha Pencipta segala sesuatu adalah Allah.

Pertanyaan, siapakah Allah itu menjadi dasar bagi pertanyaan-pertanyaan anak-anak berikutnya, dan oleh kerana itu saya menempatkannya pada pertanyaan yang pertama. Bagi menjawab pertanyaan inim kebih baik ibu bapa tidak menunjukkan ke-Diri-an Allah. Seperti halnya ketika kita menjelaskan siapakah manusia, maka jawapannya bukan pada ciri-ciri fizikal manusia, tetapi sifat-sifat kemanusiaan manusia.


Dipetik dari buku “bila anak-anak bertanya tentang Allah dan alam ghaib; inilah 48 jawapannya…”
BACA LAGI...........................

Sunday, December 12, 2010

SEJARAH ABDUL MUTTALIB MENGGALI ZAMZAM



Daripada kalangan anak Qusai bin Kilab adalah Abdul Manaf. Antara ana-anak Abdul Manaf adalah Muttalib dan Hasyim. Antara anak-anak Hasyim adalah Syaibah. Syaibah adalah anak Hasyim daripada isterinya yang bernama Ummu Hasyim; seorang wanita bangsawan di kalangan kaumnya yang tinggal di luar Mekah. Hasyim tidak panjang umurnya. Semasa Syaibah masih kecil lagi dia sudah meninggal dunia.

Syaibah dibesarkan oleh ibunya dalam suku kaum ibunya di luar Mekah. Apabila Syaibah sudah remaja, bapa saudaranya Muttalib ingin mengambilnya supaya dibawa ke Mekah.

Ibunya tidak bersetuju tetapi Muttalib berkata, “Syaibah ini daripada keturunan Qusai bin Kilab. Dia adalah pemuka Quraisy. Tidak sepatutnya dia tinggal di luar Mekah. Lagipun dia sudah cukup umur sekarang”.

Akhirnya, si ibu meminta supaya diserah pilihan kepada Syaibah sendiri, sama ada dia hendak tinggal dengan ibunya ataupun hendak mengikut bapa saudaranya ke Mekah. Syaibah memilih bersama bapa saudaranya Muttalib dan tinggal dengannya di Mekah. Syaibah mengikuti Muttalib kembali ke Mekah. Muttalib membawa dia naik satu kenderaan dengannya. Syaibah naik di belakang Muttalib.

Apabila tiba di Mekah, orang ramai melihat Muttalib membawa seorang budak remaja di belakangnya. Masyarakat yang terbiasa dengan jual beli hamba pada masa itu menyangka Muttalib membeli hamba baru. Dari situlah Syaibah digelar oleh Quraisy sebagai “Abdul Muttalib” iaitu “Hamba Muttalib”. Akhirnya nama ini menjadi masyhur. Inilah dia Abdul Muttalib datuk Muhammad. Nama sebenarnya adalah Syaibah.

Selepas berkahwin, Abdul Muttalib mendapat anak sulung lelaki yang bernama Harith. Apabila Harith dewasa, Abdul Muttalib mendapat mimpi pelik. Imam Ibnu Ishak, seorang ahli sejarah yang besar, melaporkan daripada Ali mimpi ini; ada orang datang menyeru Abdul Muttalib dan menyuruhnya menggali al-tibah.
Abdul Muttalib bertanya kepada suara itu, “apakah al-tibah itu?” tetapi suara itu sudah hilang.

Malam kedua dia bermimpi lagi. Suara itu datang lagi menyuruhnya menggali barrah. “apa barrah itu?” suara itu sudah hilang. Abdul Muttalib dapat merasakan ada perkara penting, kerana dia tidak pernah mengalami mimpi begitu sebelum ini.

Malam ketiga dia bermimpi lagi, suara dalam mimpi itu berkata, “gali madhmunah”.

“apa itu madhmunah?” Tanya Abdul Muttalib, tetapi suara itu hilang lagi.

Semakin kuat Abdul Muttalib merasai ada perkara besar melalui mimpi tiga malam berturut-turut ini.

Malam keempat suara itu berkata lagi, “galilah zamzam.”

“dimanakah zamzam itu?”

Kali ini suara itu menjawab, “ia tidak akan kering selama-lamanya dan tidak akan berkurang, ia akan memberi minum kepada para jemaah haji tetamu Allah Yang Maha Agung, ia berada di antara perut dan darah, di sisi patukan gagak hitam yang ada bulu putih, di rumah kampung semut.”

Yakinlah hati Abdul Muttalib. Dia diperintahkan menggali zamzam. Zamzam memang tidak asing bagi masyarakat Mekah. Apatah lagi bagi Abdul Muttalib, ketua Mekah pada masa itu. Tetapi, mereka tidak tahu di mana zamzam itu terkambus. Pada masa itu, tidak masuk akal pula kalau hendak menggali sekeliling Kaabah bagi mencari zamzam. Esoknya, Abdul Muttalib mengajak anaknya Harith membantunya menggali zamzam dan mempertahankannya apabila pemuka Quraisy yang lain menghalangnya.

Abdul Muttalib mula mencari tanda-tand yang diberikan kepadanya dalam mimpi itu. Tetapi tidak adak satu pun tanda yang disebut itu di sekitar Kaabah. Tiba-tiba, semasa Abdul Muttalib mencari-cari, satu rombongan Arab datang ke situ bagi menyembelih lembu mereka berhampiran dengan berhala Isaf.

Daripada penyembelihan ini darah tumpah ke tanah. Lembu yang sudah disembelih tadi itu pula tiba-tiba bangun dalam keadaan darah menghambur daripadanya dan jatuh semula di tempat lain. Rombongan tadi menyempurnakan sembelihan mereka di situ, dikeluarkan perah dan dilapah di situ.

Tahulah Abdul Muttalib, di antara tempat lembu itu mula disembelih tadi dan tempat dia jatuh semula, itulah kawasan untuk dia menggali zamzam. Tetapi kawasannya besar, bagaimana dia hendak menggali semua kawasan itu.

Dia mencari lagi tanda-tanda yang lain pula. Akhirnya, dia menjumpai kawasan semut; kampung semut. Tetapi, kawasannya masih tetap Cuma lebih kecil daripada kawasan pertama tadi. Semasa Abdul Muttalib berfikir, tiba-tiba datang seekor gagak hitam yang pada bulunya ada satu bulu berwarna putih. Gagak itu mematuk-matuk ke tanah dekat dengan kampung semut tadi. Tahulah Abdul Muttalib, itulah kawasan yang diisyaratkannya kepadanya dalam mimpi.

Tempat yang diisyaratkan itu terletak antara Isaf dan Nailah. Apabila Abdul Muttalib mula menggali, Quraisy mula gempar. “apa yang kamu gali ini wahai Abdul Muttalib? Mana boleh kamu menggali di sini, di tepi Kaabah.”

Pada masa itu, Abdul Muttalib memerintahkan Harith anaknya supaya menghadapi Quraisy, sementara dia menggali tanpa berhenti dan tanpa menghiraukan kekecohan orang-orang Quraisy itu. Dalam kekecohan itu, Abdul Muttalib sudah sampai kepada batu penutup telaga. Abdul Muttalib menjerit, “Maha Besar Tuhan, Maha Besar Tuhan.” Dengan itu tahulah Quraisy, Abdul Muttalib sudah menjumpai apa yang dia cari.

Mereka bertanya lagi, “ apa yang kamu gali, wahai Abdul Muttalib?” kali ini barulah Abdul Muttalib menjawab, “aku menggali zamzam.” Abdul Muttalib terus menggali sehingga dia bertemu dengan zamzam.



Pada masa itu Quraisy mula tamak. Mereka juga hendak berkongsi telaga zamzam itu dengan Abdul Muttalib. Mereka meminta Abdul Muttalib menjadikan zamzam itu hak bersama. Masing-masing tamak ingin berkongsi telaga dengan Abdul Muttalib. Ini adalah kemuliaan besar bagi mereka. Abdul Muttalib tidak bersetuju, dia yang menggali dan pada awalnya mereka semua menghalangnya. Sekarang apabila sudah jumpa telaga zamzam, mereka mahu berkongsi dengannya bagi menguruskan telaga ini. Abdul Muttalib tidak bersetuju tetapi Quraisy tetap berkeras. Perselisihan ini hampir berlaku peperangan antara mereka dan suku Abdul Muttalib.

Akhirnya, mereka semua bersetuju mencari hakim bagi memutuskan perselisihan mereka. Mereka semua bersetuju mengambil Kahinah, seorang pendeta wanita yang dihormati dalam masyarakat pada masa itu. Pendeta ini daripada suku Saad yang berada di Yathrib, apabila sampai di sana, rupa-rupanya Kahinah ini sudah pergi ke Khaibar. Mereka pun berkejar pula ke Khaibar. Begitulah kedudukan pendeta dalam masyarakat pada masa itu.


Pada pertengahan jalan, Abdul Muttalib dan orang-orangnya kehabisan air, mereka meminta air daripada Quraisy yang lain, tetapi air mereka juga tinggal sedikit dan untuk mereka pun tidak mencukupi. Di tengah-tengah padang pasir yang tidak bertepi itu mereka kehabisan air, tidak ada sumber air berdekatan dari situ. Pada masa itu, orang-orang Abdul Muttalib putus harapan bagi mendapatkan air. Akhirnya, mereka bertanya pandangan Abdul Muttalib.

Abdul Muttalib berkata, “sekarang kita gali kubur masing-masing, daripada kita semua mati tidak ditanam biarlah seorang sahaja yang tidak ditanam iaitu paling akhir mati.”

Apabila sudah siap kubur, masing-masing menunggu saat kematian. Tetapi, akhirnya datang fikiran kepada Abdul Muttalib supaya berusaha lagi mencari air. Abdul Muttalib mengajak semua orang-orangnya mencari lagi air. Semasa sibuk-sibuk, unta Abdul Muttalib sambil bangun daripada duduknya terhentak kakinya ke tanah. Maka, dengan kuasa Allah, keluarlah air dari situ. Mereka semua dapat minum dan air masih ada lagi. Abdul Muttalib memanggil orang-orang Quraisy juga untuk mengambil air dari situ.

Melihat kejadian yang pelik itu, kesemua mereka berkata kepada Abdul Muttalib, “yang memberi kamu minum air di tengah-tengah padang pasir ini, dialah yang memberi zamzam pada kamu. Zamzam kepunyaan kamu.”

Mereka tahu, tanda Allah ingin memberitahu mereka zamzam untuk Abdul Muttalib. Siqayah iaitu memberi minum kepada jemaah haji dan zamzam adalah kepunyaan Abdul Muttalib dan keturunannya.



BACA LAGI...........................

Friday, December 10, 2010

Apabila Saat Kematian hanya di hadapan mata



Gedebuk!! (bunyi seperti seseorang jatuh)

Dari dapur lagi dapat didengari bunyi itu, tapi siapakah yang terjatuh itu? Mek Nak pergi mengesan dari manakah bunyi itu. Alangkah terkejut beliau apabila melihat sekujur tubuh yang tiada kudrat tuk bangun setelah jatuh dalam bilik air; Mek Limah binti Deraman; nama yang diberi tuk nenekku.

Mek Nak menelefon adik-beradiknya termasuklah abahku, Che Soh bin Che Long; kerana ada kecemasan yang berlaku di kampung nenekku. Di raut wajah abah aku terserlah kegelisahan kerana dia punyai dua pilihan sama ada tuk menjemput ibuku yang akan tiba di lapangan terbangan tidak lama lagi, ataupun bergegas balik ke kampung. Abahku memberi arahan kepada aku, faris dan fadli tuk menjenguk nenekku di kampung apakah keadaannya begitu serius, kerana dari panggilan telefon yang dibuat oleh makcikku, nenek aku itu sedang meracau dalam keadaan diam beribu bahasa.

Aku, dan adik-adikku terus bergegas ke kampung kalau-kalau ada yang boleh aku tolong ubatkan. Setelah sampai, aku mendapatkan keterangan lanjut dari makcik aku apa yang telah terjadi sebenarnya. Nenekku sebenarnya ingin mengambil wudhuk tuk solat isyak’ di tandas yang hanya beberapa langkah sahaja dari tempat tidurnya, tetapi kudrat seorang orang tua yang berusia 90tahun yang tiada daya dan hanya mampu mengesot sahaja apabila tuk ke tandas. Makcikku mengangkat dia tuk baringkan di atas katil. Katanya makanan yang nenek makan pada waktu asar tadi dimuntah keluar semuanya, dan selepas itulah dia meracau-racau, menempis-nempis. Apabila kami sampai pun keadaannya tetap sama. Tidak bersuara hanya menggunakan bahasa badan tuk mencerita dimanakah tempat dia sakit.

Beliau menempis-nempis dan memegang kepalanya; aku mengagak beliau pening kepala kesan daripada jatuh tadi, mungkin kepalanya terhantuk kuat pada lantai membuatkan dia pening lalu muntah. Kami memicit-micitkan di kepala; beliau memegang tangan dan kaki pula, mungkin ada sakit-sakit di situ, kami mengurut-urut di pula. Setelah itu dia sambung meracau kembali dan kali ini agak aggresif sedikit dari sebelumnya, dalam beberapa minit dia meracau; tiba-tiba sekujur tubuh itu tidak bergerak sambil memalingkan wajahnya ke sebelah kiri. Alangkah terkejutnya kami apabila memalingkan wajahnya kearah kami. Lidah terjelir!

Apakah yang sebenarnya terjadi. Kami keliru. Aku cuba lihat pada keadaan hidungnya, sudah lembik! “Ya Allah, ini adalah petanda orang yang akan menghadapi sakaratul maut”,aku bermonolog. Terus aku menyuruh faris tuk mengajarnya lafaz syahadah sedang aku dan fadhli membaca yassin. Keadaan aku gelisah dan juga sebak kerna tiada abah disisi nenekku pada waktu itu. Aku menelefon abahku bertanya hal ibuku, adakah dia telah tiba di lapangan terbang; namun jawapannya belum lagi. Lihat keadaan adikku yang sedang mengajar lafaz syahadah, tiba-tiba kakiku menggeletar, tiada asbab kesejukkan yang membuatkan aku menggeletar, tapi asbab sakaratul maut yang menjemput nenekku!

Pakcikku menegur supaya dialihkan nenekku di ruang tamu kerana keadaan bilik yang agak sempit. Tetapi ketika dalam bilik itu nenekku telah merasai dua sentakkan. Setelah dialih keluar, beliau hanya terdiam; bacaan yasin masih lagi diteruskan. Sentakkan kali ketiga berlaku, kali ini membuatkan aku terkejut, aku menyuruh fadhli membaca surah ar-rad kerana aku teringatkan pesanan ustaz sekolah pondok dulu, jika seseorang sedang menghadapi sakaratul maut, dibacakan kepadanya surah ar-rad tuk memudahkan sakaratul maut itu; dan kini tibalah giliran aku tuk mengajar lafaz syahadah kepadanya pula; lidahnya bergerak walaupun sedikit. Sentakan keempat berlaku, kini bahagian kakinya telah kaku membeku serta pada bahagian perutnya juga. Dan sentakan terakhir telah membuatkan beliau sudah meninggalkan kami buat selama-lamanya pada jam 1150 malam; 1haribulan disember yakni pada hari kelahiran beliau. Pada saat itu juga adikku seusai membaca surah ar-rad. Dan adikku faris; dia punyai kelebihan tuk melihat perkara-perkara ghaib. Ketika akhir kalam beliau, faris melihat sekujur tubuh, berwajah muda serta cahaya putih mengiringinya. Alhamdulillah…husnul qhatimah.

Terkadang aku terfikir, sepatutnya akulah yang perlu menjemput ibuku tadi. Aku sememangnya sangat-sangat sedih kerna pada waktu nenekku sedang nazak, abahku tiada disisi. Sedangkan dialah yang paling mengambil berat akan nenekku berbanding adik-beradiknya yang lain. Abahku sampai di kampung pada jam 0030 pagi. Sangat tersentuh apabila difikirkan begitu, tetapi dia amat berpuas hati kerna dapat menjaga ibunya selama ini. Ibu bapaku menyuruh kami balik ke rumah dulu tuk berehat dan datang pada waktu pagi nanti. Dalam perjalanan tuk pulang, kami berbicarakan hal tadi, dan mentafsir apa yang sebenarnya membuatkan nenekku meracau, beliau bukanlah pening kerana menempis-nempis. Akan tetapi pada saat itu beliau sedang diuji oleh gangguan syaitan yang menyerupai ibu bapanya yang membawa segelas arak dan segelas susu, kerna pada saat itu kita akan berasa dahaga yang teramat sangat. Alhamdulillah, beliau memilih jalan yang betul.

Setibanya di lebuhraya, adik-adikku tersentak tuk melihat ke sebelah kiri di mana terletaknya kampung nenekku. Subhanallah, cahaya biru malap yang hanya ada di kawasan itu. Ya Allah, itulah keajaiban yang kami lihat dan akan terus menyedarkan kami tuk sentiasa mengingati mati. insyaALLAH.

“Sesungguhnya orang yang paling bijak adalah orang yang banyak mengingati mati”

Ada hikmahnya mengapa pilihan abahku begitu.






BACA LAGI...........................