RSS

Kotak Jerit-jerit

Sunday, September 11, 2011

Kekuatan Jimak di dalam Syurga

Dalam Islam,fadhilat atau kelebihan banyak diberikan dan seakan memberati kaum lelakinya.Hal ini seolah-olah menafikan kaum wanita yang juga memainkan peranan penting dalam golongan umat pada hari ini. Ahli hukama bermadah; Rosaknya dunia ini kerana rosaknya wanita, Rosaknya wanita ini kerana rosaknya si lelakinya ini. Jesturu itu,timbulah pertanyaan,kenapa si lelakinya di janjikan dengan pelbagai kelebihan sedemikian rupa,sedangkan si wanita seolah-olah tidak ada bahagian dalam agama ini.Sebenarnya,segala masalah dalam dunia ini asalnya berpunca daripada rosaknya si lelaki ini.Hal inilah,diantara hikmah Allah Swt telah janjikan banyak kelebihan untuk kaum lelaki,kerana bertujuan untuk menguatkan keimanan kaum lelaki ini supaya mereka terselamat daripada melakukan perkara yang di tegah oleh syariat.Bila mana keimanan seseorang lelaki menjadi kuat,maka secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kaum wanita.Sebagai contoh,jika si ayah punyai keimanan yang kuat,maka secara tidak langsung,si ibu dan si anak akan terpelihara dari melakukan perbuatan yang ditegah oleh syarak.Juga rujuk peranan si ayah dalam masalah dayus.Silat lihat disini dan juga disini. Hazrat Aishah r.ha berkata”sebelum Allah Swt turunkan ayat mengenai pengharaman arak di dunia,terlebih dahulu Allah Swt telah ceritakan akan kenikmatan arak di syurganya kepada diri para sahabat r.hum“.(Hayatus Sahabah) Pemahaman yang kita perolehi di sini ialah Allah Swt juga telah guna perkara-perkara kelebihan/fadhilat ini untuk menguatkan keimanan para sahabat r.hu.Hal ini adalah kerana secara fitrah bagi manusia untuk menyukai sesuatu perkara yang dilakukan,kemudianya dia mengetahui akan maanfaat yang diperolehi dari pekerjaan yang dilakukannya. Daripada keterangan beberapa hadith tentang hubungan suami dan isteri di dalam syurga,maka dapatlah disimpulkan disini bahawa hubungan suami isteri didalam syurga jauh lebih indah jika dibandingkan dengan hubungan di dalam dunia ini.Kemesraan dan dan keindahan hubungan tersebut diantarnaya disebabkan masing-masing mereka mempunyai keinginan dan kemampuan yang sama dalam melakukan jimak bahkan berjimak itu dapat di lakukan berlipat kali ganda dan tidak pernah kurang sedikit pun.Berjimak di dalam syurga itu tidak mengeluarkan air mani,tetapi hanya mengeluarkan yang sedikit rasa panas seperti gas atau angin,maka itulah di antara sebabnya ianya tidak menyebabkan kehamilan berlaku. Satu hadith daripada riwayat Imam Tirmizi dan Imam Tabrani dari Luqaid bin Amir r.hu.Ianya betanya kepada rasulullah saw”Ya Rasulullah ,apakah yang ada di dalam syurga?Baginda Saw bersabda”sungai-sungai dari madu yang di saring,sungai-sungai dari arak yang tidak menyebabakan mabuk atau sakit kepala,sungai-sungai dari susu yang tidak berubah rasanya dan air tawar yang tidak pernah berubah rasanya,buah-buahan yang lebih baik dari buah yang paling baik yang pernah kamu jumpai dan isteri-isteri yang suci”. Setelah mendengar jawapan itu,aku bertanya lagi “Ya rasulullah,apakah kita mendapatkan isteri-isteri yang baik.Menjawab pertanyaan tersebut ,rasulullah Saw menjawab,wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki –lelaki yang baik,dan kamu akan merasa nikmat dengan mereka seperti mana kamu merasa nikmat dengan isteri-isteri kamu di dunia ini,tetapi hanya tidak melahirkan anak ". Juga dalam satu riwayat yang lain,Ibnu Wahab dari Abu Hurairah r.hu,berkata Abu Hurairah r.hu” Ya Rasulullah apakah kita akan berjimak di syurga? “menjawab pertanyaan beliau ,Rasulullah Saw bersabda,Ya,demi Tuhan yang memegang jiwaku dengan tanganya,hebat,hebat(jauh lebih bersemangat daripada berjimak di dunia),dan bila ia selesai,si isteri akan kembali suci dan perawam”. Juga di sebut dalam hadith ini,Abu Said Al-Khudri r.hu,bersabda Rasulullah Saw’”sesungguhnya ahli syurga bila sudah berjimak dengan isterinya,maka isterinya itu akana kembali menjadi anak gadis(perawan,daranya dikembalikan”).(Hadith riwayat Imam Tabrani) Dalam pertanyaan yang lain,rasulullah Saw menjawab,”ya,di dalam syurga ahli syurga akan berjimak dengan dengan isterinya,demi yang Tuhan yang mengutuskan aku dengan membawa kebenaran bahawa zakar pada waktu itu tidak pernah lemah,faraj pula tidak pernah kendur dan nafsu syahwat tidak pernah putus” firman Allah Swt yang bermaksud.” Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan,Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersuka ria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin,Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki,Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani ".( Q.S Yassin 55-58). Kebanyak ulama kalangan para sahabat r.hum menafsirkan ayat dalam kelalaian dan bersenang-senang ialah kerana mereka tidak ada tugas lain atau kewajipan lain,jesturu itu, mereka selalu bersenang-senang dengan isteri mereka masing-masing tanpa menghirau waktu. Tdak beranak atau melahirkan anak Dalam beberapa hadith di terangkan bahawa sekalipun ,di syurga itu ,ada hubungan suami isteri dengan segala kesenangannya,bahkan dikata dengan kekuatan syahwat yang jauh lebih hebat yang di alaminya di dunia sekarang ini,tetapi dari segi perkahwinan dan persetubuhan itu tidaklah mengakibatkan lahirnya anak atau keturunan. Akan tetapi dalam sebuah hadith,rasulullah Saw bersabda”bila seseorang mukmin itu menginginkan di dalam syurga,maka jadilah anak itu di saat ia menginginnya,akan tetapi tidak adaa seseorang pun yang ingin bernak di dalam syurga.”(Hadith riwayat Imam Tirmizi) Sebagai natijahnya,mereka-mereka yang yakin kepada adanya kehidupan selepas kematian tidak akan membuang masa selain daripada masanya di infakkan untuk agama Allah Swt.Merka-mereka yang tidak mahu menunaikan syahwat mereka di dunia,maka mereka akan dapat berbuat demikian di dalam syurga nanti.Ayuh,apa kita tunggu,kita zahirkan keazaman kita dengan kita gunakan harta ,masa dan kebolehan kita denagan cara yang dikehendaki oleh Allah Swt.Semua kita sedia,InshaAllah

3 comments:

  1. سُوۡرَةُ ٱلدَّهۡر / الإنسَان
    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    هَلۡ أَتَىٰ عَلَى ٱلۡإِنسَـٰنِ حِينٌ۬ مِّنَ ٱلدَّهۡرِ لَمۡ يَكُن شَيۡـًٔ۬ا مَّذۡكُورًا (١) إِنَّا خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن نُّطۡفَةٍ أَمۡشَاجٍ۬ نَّبۡتَلِيهِ فَجَعَلۡنَـٰهُ سَمِيعَۢا بَصِيرًا (٢) إِنَّا هَدَيۡنَـٰهُ ٱلسَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرً۬ا وَإِمَّا كَفُورًا (٣) إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلۡكَـٰفِرِينَ سَلَـٰسِلَاْ وَأَغۡلَـٰلاً۬ وَسَعِيرًا (٤) إِنَّ ٱلۡأَبۡرَارَ يَشۡرَبُونَ مِن كَأۡسٍ۬ كَانَ مِزَاجُهَا ڪَافُورًا (٥) عَيۡنً۬ا يَشۡرَبُ بِہَا عِبَادُ ٱللَّهِ يُفَجِّرُونَہَا تَفۡجِيرً۬ا (٦) يُوفُونَ بِٱلنَّذۡرِ وَيَخَافُونَ يَوۡمً۬ا كَانَ شَرُّهُ ۥ مُسۡتَطِيرً۬ا (٧) وَيُطۡعِمُونَ ٱلطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ مِسۡكِينً۬ا وَيَتِيمً۬ا وَأَسِيرًا (٨) إِنَّمَا نُطۡعِمُكُمۡ لِوَجۡهِ ٱللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمۡ جَزَآءً۬ وَلَا شُكُورًا (٩) إِنَّا نَخَافُ مِن رَّبِّنَا يَوۡمًا عَبُوسً۬ا قَمۡطَرِيرً۬ا (١٠) فَوَقَٮٰهُمُ ٱللَّهُ شَرَّ ذَٲلِكَ ٱلۡيَوۡمِ وَلَقَّٮٰهُمۡ نَضۡرَةً۬ وَسُرُورً۬ا (١١) وَجَزَٮٰهُم بِمَا صَبَرُواْ جَنَّةً۬ وَحَرِيرً۬ا (١٢) مُّتَّكِـِٔينَ فِيہَا عَلَى ٱلۡأَرَآٮِٕكِ‌ۖ لَا يَرَوۡنَ فِيہَا شَمۡسً۬ا وَلَا زَمۡهَرِيرً۬ا (١٣) وَدَانِيَةً عَلَيۡہِمۡ ظِلَـٰلُهَا وَذُلِّلَتۡ قُطُوفُهَا تَذۡلِيلاً۬ (١٤) وَيُطَافُ عَلَيۡہِم بِـَٔانِيَةٍ۬ مِّن فِضَّةٍ۬ وَأَكۡوَابٍ۬ كَانَتۡ قَوَارِيرَا۟ (١٥) قَوَارِيرَاْ مِن فِضَّةٍ۬ قَدَّرُوهَا تَقۡدِيرً۬ا (١٦) وَيُسۡقَوۡنَ فِيہَا كَأۡسً۬ا كَانَ مِزَاجُهَا زَنجَبِيلاً (١٧) عَيۡنً۬ا فِيہَا تُسَمَّىٰ سَلۡسَبِيلاً۬ (١٨) ۞ وَيَطُوفُ عَلَيۡہِمۡ وِلۡدَٲنٌ۬ مُّخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيۡتَہُمۡ حَسِبۡتَہُمۡ لُؤۡلُؤً۬ا مَّنثُورً۬ا (١٩) وَإِذَا رَأَيۡتَ ثَمَّ رَأَيۡتَ نَعِيمً۬ا وَمُلۡكً۬ا كَبِيرًا (٢٠) عَـٰلِيَہُمۡ ثِيَابُ سُندُسٍ خُضۡرٌ۬ وَإِسۡتَبۡرَقٌ۬‌ۖ وَحُلُّوٓاْ أَسَاوِرَ مِن فِضَّةٍ۬ وَسَقَٮٰهُمۡ رَبُّہُمۡ شَرَابً۬ا طَهُورًا (٢١) إِنَّ هَـٰذَا كَانَ لَكُمۡ جَزَآءً۬ وَكَانَ سَعۡيُكُم مَّشۡكُورًا (٢٢) إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ تَنزِيلاً۬ (٢٣) فَٱصۡبِرۡ لِحُكۡمِ رَبِّكَ وَلَا تُطِعۡ مِنۡہُمۡ ءَاثِمًا أَوۡ كَفُورً۬ا (٢٤) وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ بُكۡرَةً۬ وَأَصِيلاً۬ (٢٥) وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَٱسۡجُدۡ لَهُ ۥ وَسَبِّحۡهُ لَيۡلاً۬ طَوِيلاً (٢٦) إِنَّ هَـٰٓؤُلَآءِ يُحِبُّونَ ٱلۡعَاجِلَةَ وَيَذَرُونَ وَرَآءَهُمۡ يَوۡمً۬ا ثَقِيلاً۬ (٢٧) نَّحۡنُ خَلَقۡنَـٰهُمۡ وَشَدَدۡنَآ أَسۡرَهُمۡ‌ۖ وَإِذَا شِئۡنَا بَدَّلۡنَآ أَمۡثَـٰلَهُمۡ تَبۡدِيلاً (٢٨) إِنَّ هَـٰذِهِۦ تَذۡكِرَةٌ۬‌ۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ سَبِيلاً۬ (٢٩) وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا (٣٠) يُدۡخِلُ مَن يَشَآءُ فِى رَحۡمَتِهِۦ‌ۚ وَٱلظَّـٰلِمِينَ أَعَدَّ لَهُمۡ عَذَابًا أَلِيمَۢا (٣١)

    ReplyDelete
  2. Surah Al-Insan
    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
    Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)? (1) Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. (2) (Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka). (3) (Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): Beberapa rantai dan belenggu serta Neraka yang menjulang-julang. (4) Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: Sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur". (5) Iaitu sebuah mata air (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya. (6) (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini. (7) Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, (8) (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, (9) Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Dia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: Masam berkerut-kerut. (10) Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka) dan perasaan ria gembira (di hati). (11) Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. (12) Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk; (13) Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya. (14) Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): Bejana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya). (15) (Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya. (16)

    ReplyDelete
  3. Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil", (17) Iaitu sebuah mata air dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai "Salsabil". (18) Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan. (19) Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya). (20) Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci. (21) (Serta dikatakan kepada mereka): Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah). (22) Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur. (23) Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu) dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka atau orang yang kufur ingkar. (24) Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang; (25) Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang) dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam. (26) Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertakwa). (27) Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya. (28) Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah dia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat). (29) Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya). (30) Dia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga) dan orang-orang yang zalim, Dia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. / (31)

    ReplyDelete