RSS

Kotak Jerit-jerit

Tuesday, December 27, 2011

Krisis Identiti

Innalhamdalillahi nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri ‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.

[Segala puji bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya]

Tuan2 yg mulia, Allah SWT ciptakan manusia ni daripada pelbagai jenis tanah, dan juga daripada tanah yg berbeza warna. Apabila Allah SWT menyempurnakan penciptaanNya, maka lahirlah manusia dari pelbagai warna kulit, pelbagai bangsa, pelbagai bahasa. Apabila kita lihat seorang berkulit hitam kemudiannya dia bersuara dengan mengeluarkan suara dari bahasa hindi, maka kita dapat kenali dia ni berasal dari India, begitu juga apabila seorang berkulit sawo matang bercakap seperti huruf2 di dalam al-Quran maka kita dapat kenalinya bahawa dia ni dari bangsa arab.
Begitu juga apabila kita melihat seorang memakai pakai seragam berwarna biru, kita pasti akan kata itu polis. Sebab apa? Kerana kita mengenalinya melalui pakaiannya.
Tuan2 yg mulia, apa yg ingin sy ketengahkan di sini adalah, apabila lihat 1 agama ni, contohnya agama nasrani, bagaimana pakaiannya?
Tuan2 yg mulia, kenapa hari orang nasrani marah kepada orang Islam? Sebabnya kita duk pakai pakaian mereka!

Dari Aisyah r.anha berkata Rasullualah s.a.w. telah bersabda : Satu angkatan perang telah keluar untuk menyerang Kaa'bah. Bila mana mereka tiba ditanah lapang maka semua meraka ditelan bumi. Aisyah r.anha berkata :" Ya Rasullulah mengapa kesemua ditelan , padahal disana ada pengunjung pasar dan ada orang yang tidak termasuk dikalangan tentera itu" ? Rasullulah s.a.w. telah bersabda : Kesemua mereka akan ditelan dan kemudian mereka akan dibangkitkan mengikut niat masing masing .Yakni pada hari Qiamat mereka akan diperlakukan mengikut niat masing masing. (HR Bukhari)

"Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong di dalam kaum itu." (HR Abu Daud)

Tuan2 yg mulia, apabila kita menyerupai sesuatu kaum, maka di akhirat nanti kita akan dibangkitkan bersama2 kaum tersebut, kalau kita menyerupai orang2 yahudi, maka kita akan bersama mereka di padang Mahsyar nanti (Nauzubillah!), jika kita menyerupai orang nasrani maka kita akan dibangkitkan bersama2 mereka di padang Mahsyar nanti (Nauzubillah!) Kalau kita duk obsess gila2 dgn pasukan bola sepak, seperti arsenal, MU, dan lain2, 24jam cerita pasal bola, pakaian pun macam mereka, fesyen pun macam mereka, maka kita akan dibangkitkan bersama2 mereka di padang Mahsyar kelak (Nauzubillah!!!) Kalau kita menyerupai satu kaum yang diredhai Allah sejak di dunia lagi, maka Allah pun redha terhadap kita. Siapakah kaum itu? Iaitu SAHABAT2 r.hum ajmain, maka kita akan dibangkit bersama2 mereka di padang Mahsyar kelak berada di saf2 di belakang mereka (InsyaALLAH!)

Tuan2 mulia, pernah suatu ketika zaman Rasulullah, ada pembunuh upahan tuk membunuh Nabi SAW, apabila mereka tiba di kota Madinah, mereka langsung tidak dapat kenali Rasulullah, sebab apa? Kerana pakaian yg dipakai oleh sahabat2 seperti yg dipakai oleh Rasulullah telah mengaburi mata mereka. Inilah hebatnya Sunnah Kekasih Allah SWT!

“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, tanda dia kasih kepadaku, dan barangsiapa yang kasih padaku akan bersama-samaku di syurga”

“Barangsiapa yang berpegang teguh dengan sunnahku di zaman fasad (kerosakan ummat) akan mendapat ganjaran syahid”

“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku dizaman fasad (kerosakan ummat) akan mendapat ganjaran 100 syahid”

Tuan2 yg mulia, inilah pakaian kita, pakaian kekasih kita. Kita hari ni kata kasih kepada Rasulullah, tetapi pakaian kita menjerumus kearah pakaian cara orang yahudi, nasrani majusi! Bagaimana cinta kita kepada Allah dapat dicapai kalau kaedah tidak betul, malaikat pun tidak cam mana 1 orang islam. Tuk capai cinta kepada Allah kita seharus ikut jejak langkah Rasulullah SAW. Firman Allah SWT :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali Imran, 3: 31)

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)

Walaupun kita lihat pakaian sunnah ni langsung tidak berubah daripada zaman Nabi SAW sampai sekarang asyik samaaaaa je, itulah kelebihan sunnah, cuba lihat ayat2 al-Quran adakah berubah mengikut zaman? Cuba lihat cara solat, adakah berubah ikut zaman? Cuba lihat cara puasa, adakah berubah ikut zaman? Inilah agama yg kita tidak boleh fikir dengan logic aqal kita.
Jadi tuan2 yg mulia, ramai antara kita masih dalam kebingungan dalam mencari identity. Kita sebagai umat Islam, umat akhir zaman, mana lagi cara yang kita nak ikut kecuali cara kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. 

HANYA DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN!!!
BACA LAGI...........................

Monday, December 26, 2011

Betulkan Percakapan kita

Salamun alaik.

Tuan2 yg mulia, hari ni percakapan dunia kita sudah menjadi kebiasaan dan sudah sebati serta sudah jadi darah daging kita. Dalam keadaan tidak sedar, kita hari ini telah mengagungkan dunia melalui percakapan kita (Nauzubillah), apa yg kita sepatutnya kita agungkan adalah Allah SWT!

Apabila seorang penjual ubat selalu promote ubat dia bagus ubat dia berkesan, hari2 dia cakap perkara yang sama sehingga datang keyakinan kepada ubat dia. bilamana ada seorang penjual ubat juga yg berada dihujung pasar sana kata ubat dia power, pasti dan pasti penjual ubat yang kt sini akan kata,"mana ada, ubat saya lagi powerlah!"  Sebab apa dia jadi camtu? kerana hari2 dia cakap tentang kehebatan ubat dia, sehingga datangnya yakin dengan ubat dia. Oleh sebab itulah kita perlu ubah percakapan kita daripada cakap yg sia2, cakap perkara2 dunia kepada cakap perkara yg haq, perkara yg kita tidak nampak seperti kubur, mahsyar, mizan, sirat, syurga dan neraka, cakap tentang kebesaran2 Allah untuk datangkan yakin bahawa Allah Maha Berkuasa!

Firman Allah SWT :

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah lalu peringatkanlah (manusia). Dan tuhan engkau, hendaklah engkau besarkan. Dan pakaian engkau, hendaklah engkau bersihkan. Dan perbuatan dosa, hendaklah engkau tinggalkan. Dan janganlah engkau memberi (kerana hendak) mendapatkan balasan yang lebih banyak. Dan kerana (memenuhi perintah) Tuhan engkau, hendaklah engkau bersabar. (Al Mudathir : 1-7) 

dan juga :

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah, maka mereka akan dibebaskan dari rasa takut dan kesedihan. Mereka itulah penghuni-penghuni surga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan.” (Al-Ahqof: 13-14)

Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Perbaharuilah iman kamu sekalian. Sahabat bertanya: Bagaimanakah caranya memperbaharui iman kami? Ujar baginda: Hendaklah kamu memperbanyakkan ucapan La Ilaha illallah.” (Hadis riwayat Ahmad)

Imam al-Ghazali rah.alaih menafsirkan "La Ilaha" bermaksud tiada tuhan, maknanya kita perlu nafikan makhluk, dan Illallah "kecuali Allah" dan isbabkan Allah. contohnya disini; bukan mata yang kita lihat (nafikan makhluk) tapi Allah yang bagi kita lihat (isbabkan Allah), bukan telinga bagi kita dengar, yang bagi dengar Allah.. inilah percakapan yang haq!

Untuk cakap kebesaran Allah inilah kita perlu guna 4 saluran, tetapi kita telah salah guna nikmat saluran ini untuk kepuasan nafsu kita. 4 saluran itu ialah mata, telinga, aqal, dan lidah. Mata kita gunakan tuk lihat kebesaran2 Allah, lihat bagaimana Allah naikkan langit tanpa tiang, lihat bagaimana Allah tumbuhkan tumbuhan daripada tanah yang keras, lihat bagaimana Allah gantungkan planet2 tanpa tali. 

Seterusnya kita perlu gunakan telinga kita tuk dengar kebesaran2 Allah, apabila ada sahabat kita ingin cakap tentang kebesaran Allah, kita cuma perlu tadah telinga dan mengiakan apa yang dicakapkannya. Saluran yang ketiga adalah aqal kita, kita gunakan aqal kita tuk fikir tentang kebesaran2 Allah, fikir bagaimana Allah boleh keluarkan susu daripada puting2 lembu, apabila kita potong puting lembu tu, bukan susu yang keluar tetapi darah. daripada mana datangnya susu tu? daripada Khazanah Allah SWT. di dalam syurga kelak adanya sungai2 susu, tetapi dihujung2 sungai tu tiada pun lembu2. inilah Kebijaksanaan Allah!

Saluran yg keempat inilah yang paling sukar, sebab kita hari2 sudah melatih lidah kita tuk cakap perkara2 dunia sehinggakan tuk cakap perkara yang haq yakni kebesaran2 Allah kita rasa malu. oleh sebab itulah hari2 kita perlu training cakap kebesaran Allah, supaya apa? supaya perkara2 dunia yg telah sekian lama bersarang dalam hati kita ni keluar dari hari kita, kita hanya perlu memasukkan kebesaran2 Allah dalam hati kita. Allah Maha Berkuasa, makhluk langsung tiada kuasa! siapa makhluk? Allah adalah Khaliq, selain daripada Allah adalah makhluk..manfaat adalah makhluk, mudharat adalah makhluk. kita perlu cakap lagi dan lagi tentang kebesaran Allah supaya keyakinan terhadap makhluk keluar dari hati kita. Ubat tidak boleh bagi sembuh, yang bagi sembuh adalah Allah, makan ubat tidak salah, tetapi keyakinan kepada ubat yang bagi sembuh tu salah. Makanan tidak boleh bagi kenyang, yang bagi kenyang adalah Allah. Makanan dan Kenyang adalah dua makhluk, ketika zaman Dajjal laknatullah alaih nanti dia akan mengawal makanan, air, tumbuhan dan macam2 lagi. ketika itu tiada makanan bagi org2 beriman kecuali zikir. dengan sebut Subhanallah sahaja Allah bagi kenyang. tapi tiada makanan pun. siapa yg bg kenyang? ALLAH!

jadi2 tuan2 yang mulia, jadikan percakapan ini percakapan sehari2 kita, supaya hati kita ini dipenuhi dengan kebesaran2 Allah. 

Apa yang ditulis disini adalah tuk diri saya, dan sesiapa yang membacanya akan mendapat manfaat. InsyaALLAH.



BACA LAGI...........................

Friday, November 11, 2011

Pohon Kerohanian

Maulana Syeikhul Hadith Maulana Zakaria Saheb termasuk pada urutan auliya, yang ada hubungannya sampai kepada Rasulullah SAW. Setiap orang yang ada dalam salasilah ini adalah terkemuka dengan kesolehan dan unggul dalam kerohaniannya. Tujuan dari salasilah kerohanian ini adalah merupakan pemenuhan kehendak al-Quran dan hadith dan untuk mencapai keredhaan Allah.  Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi telah diberi ijazah oleh :


 Maulana Khalil Ahmad Ambhetawi meninggal pada 1346H, daripada
 Maulana Rashid Ahmad Ganghohi 1323H, daripada
 Syeikh Imdadullah Thanavi 1317H, daripada
 Mianjee Nur Muhammad Jhinjanwi 1259H, daripada
 Syeikh Abdul Rahim Wilayati 1426H, daripada
 Syeikh Abdul Bari Amrohi 1226H, daripada
 Syeikh Abdul Hadi Amrohi 1190H, daripada
 Syeikh Adh'dud'deen Amrohi 1172H, daripada
 Ash-Shah Muhammad al-Makki, Wali daripada
 Syeikh Muhammadi Akbarabadi 1707H, daripada
 Syeikh Muhibullah Sadarpuri 1058H, daripada
 Ash-Shah Abu Said Ganghohi 1040H, daripada
 Syeikh Nizamuddin al-Balkhi 1035H, daripada
 Syeikh Jalaluddin Thaniesari 989H, daripada
 Ash-Shah Abdul Quddus Ganghohi 924H, daripada
 Syeikh Muhammad al-Farouqi 898H, daripada
 Syeikh 'Arif al-Farouqi 882H, daripada
 Syeikh Abdul Haq ar-Radolwi 832H, daripada
 Syeikh Jalaluddin Pani Pati 765H, daripada
 Syeikh Syamsuddin at-Turki 716H, daripada
 Al-Makhdum 'Ala'uddin as-Sabiry 690H, daripada
 Syeikh Farieduddin Mas'ud Shakar Ganj 669H, daripada
 Syeikh Qutubuddin Bakhtiar Kaki 633H, daripada
Syeikh Mu'enuddin as-Sanjari 627H, daripada
 Syeikh Uthman Haruni 597H, daripada
 Syeikh Syarif at-Tirmizi 584H, daripada
 Syeikh Qutubuddin Maudud 527H, daripada
 Syeikh Nasiruddin Abu Yusuf 459H, daripada
 Syeikh Abu Muhammad Chishti 311H, daripada
 Syeikh Abu Ahmad Chishti 355H, daripada
 Syeikh Abu Ishak Shami 329H, daripada
 Syeikh Mamsad Alo Daynori 299H, daripada
 Syeikh Hubairah Basri 279H, daripada
 Syeikh Huzaifah Basri 152H, daripada
 Syeikh Ibrahim Ibnu Adham 166H, daripada
 Syeikh Fudhail Ibnu 'Iyadh 187H, daripada
 Syeikh Abdul Wahid Ibnu Zaid 176H, daripada
 Imam Hasan al-Basri 110H, daripada
 Amirul Mu'minin Ali Ibnu Abi Thalib 40H, daripada
 Sayyidul Kaunain, Khatamul Anbiyak Muhammad Rasulullah SAW BACA LAGI...........................

Prezi.com

Salamun 'Alaikum.

Post kali ni saja nak sharing software presentation yang agak cool la, grafik dia pun cantik.
sesuai tuk semua jenis presentation.
lagipun ini pun pakai flash je. tapi menarik la dan mudah tuk digunakan oleh semua peringkat umur.

dah berapa tahun dah pakai Microsoft Power Point, dah meluat dah tengok. sekurang-kurangnya ada juga pengganti yang macho sikit.

try2 la surf kat website ni :

Prezi.com ini adalah contoh presentation

BACA LAGI...........................

Kepentingan Tahajjud

Solat 5 waktu adalah solat orang-orang mukmin dan solat tahajjud adalah solat orang-orang soleh. Menurut satu hadith, Rasulullah SAW besabda; "jika tidak kerana memberatkan umatku, nescaya aku mewajibkan Tahajjud ke atas mereka".


Kelebihannya :


Jika dilakukan solat tahajjud ini dengan istiqamah maka Allah SWT memberi 3 ganjaran.




  1. Mendapat lidah yang berhikmah.
  2. Diangkat ke darjat wali
  3. Lepas dari kesakitan ketika sakaratul maut.

Doa-doa diperkenankan. Dua rakaat tahajjud lebih baik daripada dunia dan seisinya. Allah SWT akan tunjukkan mahligai di syurga semasa sakaratul maut. mendapat lampu atau cahaya di dalam kubur. Diberi kenaikkan kuda emas di akhirat nanti bagi suami isteri yang membangunkan antara satu sama lain untuk tahajjud. Dekatkan diri kita kepada Allah SWT dan jauhi kita daripada membuat dosa.

Cara untuk memudahkan bangun tahajjud :

  • Istiqamah dengan membaca 3 ayat terakhir dari surah al-Kahfi (107-110) sebelum tidur.
  • Jangan membuat dosa atau bercakap sia-sia, sewajarnya selalu rasa takut kepada Allah SWT.
  • hendaklah tahu fadhilat/kelebihan supaya ghairah untuk beramal.
  • sunat tidur selepas zohor dengan niat untuk bangun tahajjud.
  • jangan makan terlalu kenyang.
  • niat untuk bangun tahajjud sebelum tidur.
BACA LAGI...........................

Kelebihan Berpurdah


  • Allah SWT akan tingkatkan Nur pada wajah 13 kali ganda daripada wajah asli. Kecantikan wajah seseorang wanita terletak bila Allah SWT beri Nur wajah ini.

  • Manfaat di dunia dengan memakai purdah sepenuhnya. Di syurga Allah SWT beri 70 kali ganda kecantikan La'ibah (ketua bidadari). inilah manfaat rohani dan akhirat jika wanita dapat amalkan purdah. Ini merupakan satu rahmat dan nikmat dari Allah SWT.

  • Hazrat Fatimah r.ha berkata kepada Rasulullah SAW, "wahai Rasulullah SAW, jika seseorang itu dapat menjaga auratnya adalah lebih manis daripada madu tetapi untuk mengamalkannya adalah lebih halus daripada seurat rambut kerana untuk menjaga seurat rambut adalah payah.

  • Hazrat Fatimah r.ha dapat menjaga auratnya dengan sepenuhnya hingga di akhirat kelak apabila ia hendak melintasi titian Sirat, Allah SWT memerintahkan semua orang supaya tunduk dan palingkan pandangan mereka dari melihat Hazrat Fatimah r.ha. Beliau sungguh memandang berat pada aurat hingga beliau meninggalkan wasiat, jika beliau meninggal dunia maka kebumikanlah di waktu malam supaya tiada siapa dapat melihat sama ada beliau kurus atau gemuk, tinggi atau rendah.
BACA LAGI...........................

Adab Memasak mengikut sunnah


untuk memasak juga ada beberapa adab, jika kita ikuti akan mendatangkan keberkatan dan menjadikan waktu memasak kita sebagai satu ibadat di mana akan memperolehi ganjaran dari Allah SWT. apabila kita hendak mula memasak seeloknhya ada wudhu' dan bawalah 6 sifat dalam diri kita. hendaklah tutup kepala dan anggota aurat. dan semasa berada di dapur, disarankan lakukan halaqah iman yakin, halaqah tajwid, dan halaqah 6 sifat sahabat.


Doa masuk dapur

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]


Doa Waktu Sukat Beras

الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا  مِنْ جُوعٍ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.

Doa Buka Periuk

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)
p/s :  sunnahnya buka tudung periuk hanya separuh sahaja, insyaALLAH ada keberkatan.

Zikir Waktu Masak

لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ

Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau lawan jam)

Doa Potong Sayur & Buah

فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ

Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]

Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur

فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]

Doa Simpan Beras

وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ

Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]

Doa Untuk Sedapkan Makanan
Selawat Nabi 3x, Istighfar 3x
dan dalam masa yang sama kita kena banyakkan dakwah dekat dapur tu, bukan makanan yang bagi sedap, yang bagi sedap adalah Allah. bukan makanan yang bagi kenyang, yang bagi kenyang Allah, bukan air yang bagi hilang dahaga, yang bagi hilang dahaga adalah Allah.
sama-sama kita amal dan juga sampaikan!
BACA LAGI...........................

Wednesday, November 9, 2011

Solat Hajat

solat hajat ini dipetik dari kitab fadhilat amal karangan Sheikul Hadith Maulana Zakaria khandalawi Rah. dalam bab fadhilat solat, bab pertama hadith ke 5 muka surat 14.

Rakaat pertama

  • baca surah al-Fatihah
  • baca surah al-Baqarah ayat 45
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu' "

Rakaat kedua

  • baca surah al-Fatihah
  • baca surah Taha ayat ke 132


"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa"

setelah selesai memberi salam, seterusnya baca doa di bawah ini :-



sekiranya masalah masih lagi belum selesai, maka tambahkan lagi dua rakaat, jika masih lagi tidak selesai tambah lagi sehingga masalah kita selesai.

tanda doa kita makbul adalah bulu roma kita menegak dan air mata keluar.

insyaALLAH boleh amal dan juga sampaikan.

BACA LAGI...........................

Yaa Ayyuhanas!

Salamun 'Alaikum.

Tuan-tuan yg mulia, kita kena syukur lagi dan lagi kepada Allah SWT kerana terlalu banyak nikmat Allah taala kurniakan kepada kita. sekiranya ranting-ranting pokok di dunia ni dijadikan sebagai pena, dan lautan sebagai dakwatnya untuk menulis kalimat-kalimatNya dan nikmat-nikmatNya, nescaya tidak mampu tuk mencatat kesemuanya. setiap saat Allah pelihara kita. setiap saat Allah jaga jantung kita tuk berdegup supaya darah terus menerus bergerak di dalam jasad sementara kita ni. setiap saat Allah memasukkan oksigen ke dalam paru-paru kita. selamanya kita perlu syukur kepada Allah. Allah Maha Memelihara. Allah mampu buat segala-galanya. Allah adalah khaliq, kita adalah makhlukNya. Allah adalah Malik, kita adalah MamlukNya, Allah adalah Raziq, kita adalah MarzuqNya. 

Allah swt berfirman “ Barangsiapa yang bersyukur kepada-Ku maka akan Ku-tambah nikmat untuknya, barangsiapa yang kufur maka baginya azab yang pedih” (QS Ibrahim ; 7)

bagaimana tuk kita buktikan rasa syukur kita dengan nikmat-nikmatNya, maka kita perlu taat setiap perintah Allah dan menjauhi segala bentuk larangan Allah, inilah tanda kesyukuran kita.

tuan-tuan yang mulia, Allah SWT telah hantar 124,000 para anbia, daripada Adam a.s sehinggalah Nabi yang terakhir iaitu Muhammad SAW.  seorang Nabi yang ummi dan kita adalah ummatnya yang sangat bertuah. Nabi Ibrahim a.s pernah memohon untuk jadi Nabi untuk ummat akhir zaman, tetapi Allah berfirman, "aku telah sediakan Nabi untuk mereka".  begitu juga dengan Nabi Musa a.s, seorang nabi yang boleh bercakap terus kepada Allah SWT, doanya juga sama seperti doanya Nabi Ibrahim a.s. , dan jawapan Allah kepadanya juga sama. Nabi Isa a.s juga seorang nabi yang tersangat miskin, tiada rumah, tiada harta. dia hanya ada 3 benda sahaja, bantal, sikat rambut, dan cermin. suatu hari nabi Isa a.s pergi berjalan, dia ternampak seorang yang sedang menyikat rambutnya menggunakan jari jemari, lalu nabi Isa a.s memberi sikat rambutnya. dan dia meneruskan perjalanan lagi, dan dia nampak seorang sedang tidur berbantalkan batu, lalu dia memberi bantalnya itu. dia meneruskan perjalanan lagi, ternampak seorang yang sedang menilik wajahnya menggunakan air, lalu dia memberikan hartanya yang terakhir, iaitu cermin. betapa miskinnya nabi Isa a.s. , baginda pernah meminta perkara yang sama seperti nabi Ibrahim dan Musa a.s, tetapi tidak diperkenankan. lalu baginda meminta supaya dia menjadi ummat kepada Nabi yang terakhir itu, kerana dia tahu akan keistimewaan menjadi ummat akhir zaman ini.

Tuan-tuan yang mulia, betapa istimewaannya kita, betapa bertuahnya kita kerana ditiupkan roh-roh ke dalam perut-perut ibu akhir zaman ini. pernahkah kita terfikir, sekiranya kita dibangkitkan ketika zaman 1432 yang lalu, apakah kita berada di pihak yang haq, yakni bersama Rasulullah dan sahabat, ataupun kita tergolong dalam golongan yang menentang Nabi?(Nauzubillahi min zalik). jadi tuan-tuan yang mulia, atas perkara inilah kita perlu syukur, kerana dilahirkan sebagai umat yang agung. tetapi ada syaratnya tuk kita jadi umat yang agung dan terbaik ni.

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. ”(Ali Imran / 3 : 110)

syaratnya adalah "menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah".  Allah SWT sudah meletakkan syaratnya, jadi kita perlu lihat pada diri kita sendiri, adakah kriteria-kriteria umat terbaik itu ada pada diri kita?

tuan-tuan yang mulia, betapa agungnya kerja kenabian ini, setelah kewafatan 124,000 anbia tiada lagi Nabi selepasnya, tetapi tuk muliakan umat akhir zaman, maka Allah tinggalkan kerja kenabian ini kepada umat ini. kerja dakwah ilallah ini adalah sunnah yang paling berat. tetapi tuan-tuan yg mulia, apabila kita lakukan sunnah yang paling berat ini, insyaALLAH sunnah-sunnah yang ringan akan mudah tuk  kita amalkan. akan tetapi, dimanakah buktinya cinta kita kepada sunnah-sunnah Rasulullah? kita nak buat dakwah, tetapi cara dakwah kita gunakan hari ini cara majusi, yahudi, nasara. apabila kita guna cara yahudi,majusi, nasara ini, maka kita telah terpesong dari jalan nabi Muhammad.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. 3:31)

Oleh sebab itulah, tuk mencapai cinta kepada Allah, kena ikut cara, jalan, sunnah Nabi Muhammad SAW. ini yang perlu kita risaukan. risau tentang hidup kita. hidup kita sekarang ni semakin jauh dari jalan Nabi. tuk mencapai cinta kita kepada Rasulullah, mari kita muhasabah diri seketika :


adakah maksud saya dihantar ke dunia ini sama seperti Rasulullah dihantar?
(kalau yang selalu zikir, solat, tapi tidak buat dakwah, maka jalannya seperti umat abid, bukan umat dai'e. Nabi SAW juga solat, zikir, dalam masa yang sama Nabi buat dakwah)


adakah malam saya sama seperti malam Rasulullah?
(setiap malam Nabi bangun tuk doakan hidayat kepada umatnya, menangisi, ketakutan menyelubungi Baginda)


adakah fikir risau saya seperti fikir risau Rasulullah?
(setiap saat Rasulullah fikir risau akan keadaan umatnya, sedangkan ketika maut menjelang tiba pun kerisauan yang sama yang difikirkan, bagaiamana seluruh umatnya dapat selamat dari neraka Allah, dan masuk syurga Allah)


adakah cara dakwah saya sama seperti cara dakwah Rasulullah?
(bagaimana cara dakwah Rasulullah? melalui facebook ke? melalui blog ke? melalui lembaran-lembaran kertas ke? mana sunnah yang sebenarnya?
Nabi setiap hari pergi ziarah rumah ke rumah, hati ke hati berjumpa seluruh manusia di tanah hijaz, berenang dalam lautan umat tuk mengajak manusia kepada Allah. cara inilah adanya mujahadah, susah payah. as sebab susah payah inilah Allah buat keputusan tuk sebarkan hidayat. tetapi bagaikan keadaan dakwah kita? cut/copy dan paste? tampal poster? konsert? duduk di masjid sahaja tanpa buat ziarah? gagal semuanya cara ni!


sebab itulah hari-hari kita perlu bagi harta diri masa, berenang dalam lautan umat tuk ingatkan manusia kepada perkara yang haq. apa perkara yang haq? yaa ayyuhannas, quluu laa ilahailallah tuflihuun! wahai manusia ucaplah laa ilahailallah, kamu akan berjaya!


(post ini bukan niat tuk dakwah, tetapi sekadar perkongsian)
BACA LAGI...........................

Tuesday, November 8, 2011

Dakwah di India, mengapa?

Daripada Saidina Tsauban r.hu menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda :
“Akan muncul dua kumpulan dari umatku yang kedua-duanya dipelihara Allah dari neraka; satu kumpulan yang berjihad/berdakwah di India dan satu kumpulan lagi yang akan bersama Nabi Isa bin Maryam as."
Ahmad [Musnad 5/278 no.22759],al-Bukhari [Tarikh al-Kabir Tarjamah Abd al-A'la bin 'Adiy al-Bahrani],al-Nasai [al-Mujtaba' no.3175] Tiada komen,al-Tabarani [Mu'jam al-Awsath 7/23-24] Komen: Tidak diriwayatkan (La Yurwa) hadis ini dari Tsauban melainkan dengan sanad ini.Tafarrud padanya al-Zubaidi,Ibn 'Adiy [al-Kaamil 2/161],al-Haitsami [Majma'uz Zawaaid no.9452] Komen al-Albani [Sahih al-Jami' no.4012,Silsilah as-Sahihah no.1934] Sahih,al-Arnaouth [Tahqiq Musnad Ahmad 37/81 no.22396] Komen(ringkasan) : Hadis hasan dan sanad ini dhaif kerana Baqiyyah bin al-Walid,Rijal yang lain tsiqah kecuali Abu Bakr bin al-Walid al-Zubaidi majhul halnya, Imam As-Suyuti menghasankan hadith ini,lihat Kitab Tanzilul Isa Ibnu Maryam,

Komentar-komentar para ulama Hadith berkenaan hadith ini.

Seorang Ulama Hadith dari benua Hindustan, Syiekh Wahiduzzaman Al-Laknawi rah di dalam komentarnya yang ringkas di dalam kitabnya“Ar-Raudhur-Raba Fi Syarhi Sunanil Mujtaba” (Sunan Nasai),manakala Imam Sayuti rah di dalam kitabnya, “Zahr al-Raba’Ala al-Mujtaba” (Sunan Nasai).

Komentar mereka adalah seperti berikut:

1- Hadith ini Sahih,kerana tiadanya komen oleh al-Imam Al-Nasai rah berkaitan hadith ini di dalam kitab “Al-Mujtaba” menunjukkan ia Hadith Sahih disisi Al-Iman Al-Nasai rah,sekiranya terdapat sanad atau isnad yang tidak benar,Al-Imam Al-Nasai rah,akan menjelaskan sebab dan punca kecacatannya.Untuk itu di dalam Sunan Al-Nasai terdapat hadith sahih,Hasan dan dhoif.Walaupun,di dalam kitab Sunan Al-Nasai terdapat hadith dhaif,namun hanya segelintir sahaja hadith dhoif yang yang di kumpulkannya.

2-. Ia juga dinilai sahih/hasan oleh al-mutaakhirin seperti Al-Imam Al-Suyuthi rah dan al-mu'assirin seperti Syiekh Nasiruddin Al-Albani rah dan Al-Arnaouth rah.

3- Komen Al-Imam Al-Tabarani rah bahawa hadith ini padanya Al-Zubaidi yg tafarrud tidak semestinya menjadikan hadith ini dhaif,tafarrud adalah salah satu petunjuk dari banyak-banyak petunjuk untuk mendhaifkan hadith,ia bukannya bermaksud secara tidak langsung menjadi dhaif.

Pendapat Ulama mengenai Al-Imam Al-Nasai rah.

Imam Al-Nasai rah cukup dikenali oleh para ulama hadith kerana beliau merupakan seorang ulama hadith terkenal yang mana kitab karangan beliau terdapat di dalam“Sahih Sittah”.Seorang Ulama Hadith,Imam Subkhi rah berpendapat,Imam Al-Nasai rah adalah lebih banyak menghafaz hadis-hadis berbanding Imam Muslim rah.Sunannya menduduki tempat yang ketiga selepas Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dari segi kurangnya bilangan hadith dhaif.Menurut pendapat Imam Al-Hakim rah dan Imam Al-Khatib rah,syarat perawi pada hadis di dalam sunannya lebih kuat berbanding dengan syarat perawi di dalam Sahih Muslim.

Dalam konteks lain,Bab Haji yang terdapat di dalam Sunan al-Nasai adalah dalam mazhab al-Syafie kerana beliau juga adalah berpegang kepada mazhab Al-Syafie.

Hadith ni diletak oleh para ulama' di bawah tajuk, tanda-tanda kecil Kiamat yang telah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku.

Penjelasan hadith ini.

Maksudnya,Selepas kedatangan British 15 Ogos 1947,benua India telah dipisah kepada dua,iaitu India dan Pakistan,dan di awal 80-an,Pakistan telah dipisah menjadi dua,iaitu Pakistan dan Bangladesh. Islam telah menakluk benua India dan memerintahnya selama 800 tahun. Kata Dr Sulaiman al-Asyqar seorang ulama Jordan, ianya merupakan tanda-tanda Kiamat kecil yang telah berlaku,yang sedang berlaku dan yang akan berlaku.

Menurut para ulamak; peperangan India telahpun berlaku di mana India telah beberapa kali dibuka oleh tentera Islam;

1. Kali pertama,tahun 92-97 hijrah, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Walid 1 rah (salah seorang khalifah Bani Umawi) yang menghantar rombongan tentera Islam dipimpin oleh panglima al-Qasim bin Muhammad as-Saqafi rah.Telah berjaya menguasai wilayah India dari daerah Sind hingga Qanuj.

2. Kali kedua,pada zaman pemerintahan Bani Abbas (al-Abbasiyah) di bawah kepimpinan panglima Mahmud bin Sabuktikin rah pada tahun 396 hijrah dan 406 hijrah. Telah berjaya menguasai banyak kota utama benua India.
Buku kedua karangan Prof Dr Yusof Qardhawi yang saya miliki

3. Menurut pendapat Prof Dr Yusof Qardhawi,di dalam kitabnya Fiqh Jihad,katanya beliau mentakrifkan maksud jihad Fisabillah bukan sahaja di atas jalan peperangan,bahkan beliau menjelaskan bahawa berdakwah itu juga termasuk di dalam kategori jihad Fisabillah.
Sebelum,berjihad,berdakwah adalah lebih utama,kerana maksud Nabi-Nabi Allah di utuskan adalah pembawa rahmat,bukan untuk melakukan pertumpahan darah sesama manusia.
Pendapat yang sama juga di kemukakan oleh Syiekh Mohamad Saad Al-Kandahlavi di dalam kitab al-malfuzatnya.

Allah SWT berfirman:
"Dan tiadalah Kami mengutusmu melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam."(Al-Anbiya': 107)

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus para Rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan), “Sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut”.” (An-Nahl, 16: 36)

Kesimpulannya,Usaha dakwah dan tabligh membuat ajakan supaya datang benua India (negara India,Pakistan dan Bangladesh) bertujuan untuk mempelajari tertib-tertib dan uslub-uslub dakwah.Jesturu itu,tidak ada lagi sebarang pertikaian berkaitan ajakan mereka ini,bahkan mereka-mereka yang datang ke benua India dengan tujuan di atas ini akan termasuk di dalam golongan umat Islam yang di maksudkan oleh Nabi SAW di dalam hadith di atas.

Alim ulama berkata"barangsiapa yang diberi keberkatan oleh Allah SWT,maka ikutilah mereka".
Pada hemat saya,usaha dakwah dan tabligh ini,sudah Allah SWT zahirkan keberkatannya,di seluruh dunia,hari ini akibat pergerakan usaha dakwah dan tabligh,sudah menunjukkan perubahan kearah kebaikan.

Peperangan/jihad di atas menjadi dalil kebenaran nubuwah (kenabian) Nabi SAW di mana baginda SAW mendedahkan kepada para sahabatnya peristiwa yang akan berlaku pada zaman selepas kewafatannya. Sudah tentu yang memberitahu baginda ialah Allah kerana tidak mengetahui yang perkara ghaib melainkan Allah SWT sahaja.
BACA LAGI...........................