Bukankah wang-wang kertas hari ini sudah bersandarkan sejumlah emas?
Tidak! Tahukah anda bahawa wang-wang kertas dalam edaran diseluruh dunia hari ini sudah tiada apa-apa sandaran kepada emas dan perak sejak tahun 1971 lagi. Sejarah mencatatkan peristiwa pecah amanah yang telah dilakukan oleh kerajaan amerika syarikat pada perjanjian brettonwoods 1945 terhadap semua 44 buah negara yang menandatangani perjanjian tersebut.
Sememangnya pada mulanya amerika syarikat menjanjikan dan menjamin bahawa setiap dollar amerika ada disandarkan pada emas (USD35/oz emas). Tetapi ini hanyalah tipu daya mereka memerangkap sebagai “matawang reseb” (reserve currency) menggantikan emas yang disimpan di 44 buah negara tersebut sahaja! Pada masa tersebut disebut dikatakan “dollar amerika adalah sama dengan simpanan emas” (dollar amerika as good as gold). Setelah semua ahli menerima dan memberi bai’ah kepada amerika syarikat, negara ini mula mencetak lebih banyak dollar daripada sandaran emas yang ada! Penipuan ini terbongkar sehingga ada pemimpin-pemimpin negara yang sedar segera meminta emas yang dijamin. Sejarah mencatatkan pada masa pemerintahan president richard nixon lah iaitu tahun 1971 amerika syarikat mengisytiharkan bahawa semua matawang kertas sudah tidak perlu bersandarkan emas lagi! Semua wang-wang kertas adalah dibebaskan terapung di pasaran matawang semata-mata menjadikan nilainya sesama sendiri tiada harga sedikit pun! Inilah penipuan yang paling hebat dalam sejarah kemanusiaan!
Dollar amerika sebagai “matawang reseb dunia” menyapu bersih semua harta ummah di abad ini!
Tahukah anda sebagai “matawang reseb duani” amerika syarikat telah/boleh membeli semua kekayaan dunia hari ini? Ini bermakna kita kononya menjual kepada mereka hasil mahsul negara kita seperti minyak, kelapa sawit, getah, barang-barang elektronik dan lain-lain dan mereka hanya perlu memberikan wang-wang kertas dollar amerika yang tiada sebarang nilai sebenar!
Bukan itu sahaja, umat islam serta semua ummah di abad ini telah ditipu sebegitu rupa sehingga matawang negara sesama ahli pun tidak laku dalam negara sesama ahli! Ini sebabnya jika kita bawa ringgit malaysia ke negara arab saudi – ringgit malaysia tidak boleh digunakan di arab saudi! Begitu juga wang- wang kertas saudi – rial tidak laku di malaysia! Ini bermakna semua urusan kehidupan di abad ini adalah tercemar! Termasuklah ibadah-ibadah kita turut terjejas! Ibadah haji & umrah, pembayaran zakat, malah setiap jual beli malah sebuah kehidupan DEENUL ISLAM adalahtercemar dengan penipuan amalan RIBA dia abad ini!
Allah SWT melarang hambaNya memberikan bai’ah mengenai harta kepada ahlul kitab!
Menurut tafsir qadi abu bakr ibnu ar arabi dalam kitab ahkamul quran pada surah ali imran ayat 75 – bahawa pengajaran dari ayat tersebut ialah : Allah SWT melarang kaum muslimin daripada mengamanahkan urusan mengenai harta pada tangan ahlul kitab. Ini adalah disebabkan mereka (ahlul kitab) tiada rasa bertanggungjawab untuk menunaikan apa-apa perjanjian dengan kaum selain mereka walaupun sudah dimeterikan dan dipersetujui!
KEMBALINYA DINAR DAN DIRHAM ADALAH JUGA BERAKHIRNYA ZAMAN DARURAT.
Jika dulu kita masih berdalih - oleh kerana umat islam sudah tiada kerajaan berkhalifah dan sudah tidak memerintah, maka umat islam terpaksa mengikut pemerintah yang berkuasa yang menggunakan matawang kertas. Inilah yang dikatakan umat islam adalah dalam keadaan darurat! Maka dengan kembalinya dinar dan dirham kelantan di negeri yang bertuah ini – zaman darurat sudah pun berakhir. Kembalinya dinar dan dirham dalam edaran bererti juga bermula di negeri kelantan umat islam di abad ini berpeluang membebaskan diri mereka daripada amalan riba. Allah mengisytiharkan PERANG keatas hambaNya sendiri pada amalan Riba!
Surah Al-Baqarah ayat 278 dan 279 : “wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkan sisa-sisa riba jika kamu orang yang beriman, jika kamu tidak melaksanakannya maka Aku dan Rasulku isytiharkan PERANG ke atas kamu...”!
Pembelaan Allah SWT dalam pengisytiharan Perang pada amalan riba!
Tahukah anda rahsia pembelaan Allah SWT adalah pada penghapusan amalan Riba? Menggunakan matawang syariah bererti anda bukan sahaja membebaskan diri anda dan keluarga anda daripada kemurkaan Allah SWT tetapi juga anda adalah terbela daripada cengkaman dakyah inflasi! Tahukah anda harga seekor ayam di zaman Rasulullah SAW 1400 tahun dahulu ialah 1 dirham dan hari ini dengan nilai 1 dirham rm 18 boleh membeli juga seekor ayam. Ini bermakna penggunaan koin-koin dinar dan dirham ditangan rakyat bermakna rakyat adalah terbela daripada tipu daya pihak yang berkuasa di abad ini. Sekaligus adalah pembelaan Allah SWT terhadap umatNya di abad ini.
APAKAH DINAR DAN DIRHAM MELANGGAR MANA-MANA UNDANG-UNDANG NEGARA KITA?
Tidak! Matawang syariah dinar dan dirham hanyalah merupakan bahan alat-alat pertukaran dalam transaksi sahaja. Penggunaan koin-koin dinar dan dirham tidak melanggar mana-mana perundangan negara kita kerana ianya bukan matawang paksaan “legal tender” (sah dipelaku). Seumpama anda membuat pertukaran barangan dengan satu barangan lain (barter trade) ; penggunaan koin-koin dinar dan dirham adalah merupakan suatu pilihan sahaja antara mana-mana cara pembayaran dalam memenuhi suatu transaksi. Di dalam surah surah an nisa’ ayat 29 yang bermaksudn “wahai orang –orang yang beriman janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil (tidak benar) kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar suka sesama suka di antara kamu” di dalam ayat ini :
Allah SWT memberikan kebebasan bukan sahaja dalam urusan penjualan / pembelian tetapi juga kebebasan memilih mana-mana bahan matawang untuk penyelesaian urusan tersebut asalkan kedua-dua belah pihak setuju antara satu sama lain.
Ini bermakna bukan sahaja umat islam ada pilihan membebaskan diri mereka daripada cengkaman penipuan yang maha dahsyat di abad ini tetapi juga membuka ruang kepada seluruh ummah di abad ini!
Dinar dan dirham adalah suatu pembebasan ummah di abad ini!!!
No comments:
Post a Comment