Dengan nama Allah yang maha pengasih.
Nafsu membawa pengertian kepada apa sahaja tabiat-tabiat atau kelakuan yang membabitkan perasaan marah, nafsu berahi dan syahwat dan semua sifat-sifat yang keji. Tetapi apabila nafsu -nafsu ini diasah dengan ibadah seperti zikir, maka dapatlah nafsu-nafsu ini berubah dari yang keji menjadi nafsu yang terpuji.
Adapun martabat-martabat nafsu itu terbahagi kepada 7 martabat.
1. Ahli Nafsu Amarah.
-suka melakukan perbuatan yang keji dan hina dan tidak pernah terasa menyesal akan perbuatanya. Contohnya, dia tidak akan berasa kesal dan sedih bila meninggalkan solat. Inilah sehina-hina martabat nafsu dan tempatnya ialah neraka jahannam. Antara sifat orang yang memiliki nafsu ini ialah bakhil, sukakan dunia, panjang angan-angan, sombong dan bongkak, gemarkan pembaziran, hasad dengki, inginkan keagungan, dendam, khianat, lalai kepada Allah dan lain-lain lagi.
2. Ahli Nafsu Lawamah.
-ahli nafsu ini suka mengkritik diri sendiri atau mencela diri sendiri apabila melakukan kesalahan atau dosa. Nafsu ini lebih elok dari nafsu amarah tadi. Dia akan mencela diri sendiri kerana berbuat dosa dan salah. Namun nafsu ini tidak dijamin syurganya. Antara sifat-sifat nafsu ini ialah mencela diri sendiri, terdapat perasaan kecut hati bila melakukan kesalahan, ria', sifat-sifat keaipan hati, suka mendapat pijian, menyangkakan dirinya lebih baik dan bertabiat berfikir(bertafakur).
3. Ahli Nafsu Mulhimah.
-tatkala nafsu amarah dan lawamah tadi dapat dileburkan, maka berpindah pula kepada nafsu yang lebih tinggi dipanggil mulhimah. Di mana terkikis segala prasangka kotor yang datang dari syaitan dan diganti dengan malaikat atau Allah iaitu "ilham". Antara sifat nafsu ini ialah tidak sayangkan harta, berilmu laduni, sentiasa berasa cukup, timbul perasaan merendah diri pada Allah, taubat yang benar, sabar yang hakki, tahan menanggung kesusahan dan macm2 lagi sifat terpuji. NAmun begitu, peringkat nafsu ini masih belum dijamin syurganya kerana ia masih berada diawangan yang mana boleh berubah bila-bila masa sahaja. Jika tidak diasah dengan betul, ia akan lenyap kembali.
4. Ahli Nafsu Mutmainnah.
-ahli nafsu ini adalah terpuji dan termasuk dikalangan wali kecil. Ahli nafsu ini dijamin syurganya. Biasanya ahli-ahli ini mempunyai keramat kecil seperti mengetahui hal-hal loh mahfuz dan mendapat ilmu secara ilham dari Allah. DAn tidak semestinya keramhnya dapat dilihat dengan zahir. DAn ahli nafsu ini doanya bersih dan makbul. Antara sifat ahli nafsu ini ialah, bermurah hati,tawakal yang benar, kuat beribadat, arif dan bijaksana, syukur yang benar, redha, taqwa, dan lain2 lagi sfat terpuji.
5. Ahli Nafsu Radiah.
-ahli ini memang dah ternyata menjadi wali Allah yang mulia. Ahli nafsu ini bertabiat luar biasa. Ia tidak takut akan bala Allah. Ia tidak memikirkan dosa dan pahala melaikan keredhaan Allah sahaja yang dinginkan. Duka dan gembira sama bagi mereka. Apa yang mereka katakan dianggap keramah. Seperti halnya Syeikh Abdul Qadir Jailani dmana tatkala setelah habis makn, dia menyeru kembali kepada segala tulang2 ikan yang dimakannya agar hidup kembali. Maka ianya hidup kembali. Begitulah keramahnya ahli nafsu ini.
6. Ahli Nafsu Mardiah.
-Ahli nafsu ini segala percakapan dan bicara mereka diredhai Allah. Jadi segala penumbuk mereka, airliur mereka, penglihatan mereka, pendengaran mereka, pergerakkan mereka, dan seterusnya diredhai Allah. Seperti halnya Junaid, syekh Abdul Qadir Jailani dan ramai lagi.
7. Ahli Nafsu Kamil.
-makam nafsu yang tertinggi sekali. Mereka ini hidupnya didunia ini dengan jasadnya bergaul dengan orang ramai, namun jiwa, ruh dan batinnya tetap dengan Allah semata2. Mereka ini sentiasa berada di dalam fana kepada Allah. Makam ini dipunyai oleh wali2 besar, para2 nabi dan rasul.
Maka, mungkin mustahil untuk kita menjangkau ketaraf nafsu mardiah, radiah dan kamil. Tetapi masih ada peluang untuk mengusahakannya. Namun begitu, menurut guru saya, cukuplah sekadar kita mencapai makam nafsu Mutmainnah jika nafsu yang tiga ini terasa berat untuk mencapainya. Kerana nafsu mutmainnah adlah selemah-lemah nafsu yang terpuji tetapi dijamin syurganya berbanding lawamah, amarah dan mulhimah yang tidak dijamin syurganya.
Wallahu A'lam.
http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=98&thread_id=5291
No comments:
Post a Comment