Innalhamdalillahi
nahmaduhu wanasta’iinuhu wanastaghfiruhu Wana’udzubiillah minsyurruri
‘anfusinaa waminsayyi’ati ‘amaalinnaa Manyahdihillah falah mudhillalah Wa man
yudhlil falaa haadiyalah Wa asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa
syariikalah wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.
[Segala puji
bagi Allah yang hanya kepadaNya kami memuji, memohon pertolongan, dan mohon
keampunan. Kami berlindung kepadaNya dari kekejian diri dan kejahatan amalan
kami. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tidak ada yang dapat
menyesatkan, dan barang siapa yang tersesat dari jalanNya maka tidak ada yang
dapat memberinya petunjuk. Dan aku bersaksi bahwa tiada sembahan yang berhak
disembah melainkan Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi
bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya]
Tuan2 yg
mulia, Allah SWT ciptakan manusia ni daripada pelbagai jenis tanah, dan juga
daripada tanah yg berbeza warna. Apabila Allah SWT menyempurnakan
penciptaanNya, maka lahirlah manusia dari pelbagai warna kulit, pelbagai
bangsa, pelbagai bahasa. Apabila kita lihat seorang berkulit hitam kemudiannya
dia bersuara dengan mengeluarkan suara dari bahasa hindi, maka kita dapat kenali
dia ni berasal dari India, begitu juga apabila seorang berkulit sawo matang
bercakap seperti huruf2 di dalam al-Quran maka kita dapat kenalinya bahawa dia
ni dari bangsa arab.
Begitu juga
apabila kita melihat seorang memakai pakai seragam berwarna biru, kita pasti
akan kata itu polis. Sebab apa? Kerana kita mengenalinya melalui pakaiannya.
Tuan2 yg
mulia, apa yg ingin sy ketengahkan di sini adalah, apabila lihat 1 agama ni,
contohnya agama nasrani, bagaimana pakaiannya?
Tuan2 yg
mulia, kenapa hari orang nasrani marah kepada orang Islam? Sebabnya kita duk
pakai pakaian mereka!
Dari Aisyah r.anha
berkata Rasullualah s.a.w. telah bersabda : Satu angkatan perang telah keluar
untuk menyerang Kaa'bah. Bila mana mereka tiba ditanah lapang maka semua meraka
ditelan bumi. Aisyah r.anha berkata :" Ya Rasullulah mengapa kesemua
ditelan , padahal disana ada pengunjung pasar dan ada orang yang tidak termasuk
dikalangan tentera itu" ? Rasullulah s.a.w. telah bersabda : Kesemua
mereka akan ditelan dan kemudian mereka akan dibangkitkan mengikut niat masing
masing .Yakni pada hari Qiamat mereka akan diperlakukan mengikut niat masing
masing. (HR Bukhari)
"Barangsiapa yang
menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong di dalam kaum itu." (HR Abu
Daud)
Tuan2 yg
mulia, apabila kita menyerupai sesuatu kaum, maka di akhirat nanti kita akan
dibangkitkan bersama2 kaum tersebut, kalau kita menyerupai orang2 yahudi, maka
kita akan bersama mereka di padang Mahsyar nanti (Nauzubillah!), jika kita
menyerupai orang nasrani maka kita akan dibangkitkan bersama2 mereka di padang
Mahsyar nanti (Nauzubillah!) Kalau kita duk obsess gila2 dgn pasukan bola sepak,
seperti arsenal, MU, dan lain2, 24jam cerita pasal bola, pakaian pun macam
mereka, fesyen pun macam mereka, maka kita akan dibangkitkan bersama2 mereka di
padang Mahsyar kelak (Nauzubillah!!!) Kalau kita menyerupai satu kaum yang
diredhai Allah sejak di dunia lagi, maka Allah pun redha terhadap kita.
Siapakah kaum itu? Iaitu SAHABAT2 r.hum ajmain, maka kita akan dibangkit
bersama2 mereka di padang Mahsyar kelak berada di saf2 di belakang mereka
(InsyaALLAH!)
Tuan2 mulia,
pernah suatu ketika zaman Rasulullah, ada pembunuh upahan tuk membunuh Nabi
SAW, apabila mereka tiba di kota Madinah, mereka langsung tidak dapat kenali
Rasulullah, sebab apa? Kerana pakaian yg dipakai oleh sahabat2 seperti yg
dipakai oleh Rasulullah telah mengaburi mata mereka. Inilah hebatnya Sunnah
Kekasih Allah SWT!
“Barangsiapa yang menghidupkan
sunnahku, tanda dia kasih kepadaku, dan barangsiapa yang kasih padaku akan
bersama-samaku di syurga”
“Barangsiapa yang berpegang teguh
dengan sunnahku di zaman fasad (kerosakan ummat) akan mendapat ganjaran syahid”
“Barangsiapa yang menghidupkan
sunnahku dizaman fasad (kerosakan ummat) akan mendapat ganjaran 100 syahid”
Tuan2 yg
mulia, inilah pakaian kita, pakaian kekasih kita. Kita hari ni kata kasih
kepada Rasulullah, tetapi pakaian kita menjerumus kearah pakaian cara orang
yahudi, nasrani majusi! Bagaimana cinta kita kepada Allah dapat dicapai kalau
kaedah tidak betul, malaikat pun tidak cam mana 1 orang islam. Tuk capai cinta
kepada Allah kita seharus ikut jejak langkah Rasulullah SAW. Firman Allah SWT :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika
kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan
mengampuni dosa-dosa kamu.” Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.” (Surah Ali Imran, 3: 31)
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
“Sesungguhnya telah ada pada (diri)
Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang
mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut
Allah.” (Surah al-Ahzaab, 33: 21)
Walaupun kita
lihat pakaian sunnah ni langsung tidak berubah daripada zaman Nabi SAW sampai
sekarang asyik samaaaaa je, itulah kelebihan sunnah, cuba lihat ayat2 al-Quran
adakah berubah mengikut zaman? Cuba lihat cara solat, adakah berubah ikut
zaman? Cuba lihat cara puasa, adakah berubah ikut zaman? Inilah agama yg kita
tidak boleh fikir dengan logic aqal kita.
Jadi tuan2
yg mulia, ramai antara kita masih dalam kebingungan dalam mencari identity. Kita sebagai umat Islam, umat akhir zaman, mana lagi cara yang kita nak ikut
kecuali cara kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW.
HANYA DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN!!!
BACA LAGI...........................