RSS

Kotak Jerit-jerit

Wednesday, May 4, 2011

Iktibar dari Kisah Nabi Musa a.s

Petikan Pertama

Suatu hari Allah swt bertanya kepada Nabi Musa a.s dengan katanya ,” Wahai Musa tahukah kamu mengapa aku melantik kamu menjadi utusanKu serta Aku beri keistimewaan dapat berkata-kata denganKu? Jawab musa a.s ,”Enkaulah yang maha mengetahui segala sesuatu,”.

Maka Allah swt pun menerangkan,” Ingat tak kamu ketika kamu mengembala kambing, pada ketika itu salah seekor kambing kamu telah lari yang menyebabkan kamu sebok mengejarnya di atas bukit. Setelah kamu berjaya menangkapnya, kamu tetap masih bersabar dan tidak mengutuknya. Perkara itulah yang menyebabkan Aku memberi kamu keistimewaan untuk berkata-kata dengan Aku.,”

(Al-Qurtubi : Tafsir Al-Jami’ li Ahkamil Quran)

Petikan Kedua

Nabi Musa a.s berkata ,”Ya Tuhan mengapa Engkau mengangkat aku sebagai pilihanMu”? Maka jawab Allah swt ,” Kerana kesanyanganmu terhadap makhlukKu, iaitu ketika engkau mengembala kambing Nabi Syuaib a.s maka lari seekor kambing dan kamu mngejarnya sehingga kepenatan. Ketika telah kamu pegang lalu kamu dakap dan peluk kambing berkenaan sambil berkata ,” Alahai sayang kamu memenatkan aku dan memenatkan dirimu.” kerana sayangnya kamu kepada makhlukKU,maka Aku memilih kamu sebagai rasulKu.”

(Abullaits Assamarqandi : Tanbihul Ghafilin)

Targhib :

Hubungan kasih terhadap binatang pun diperkira oleh Allah swt memilih Nabi Musa a.s sebagai rasul dan diberi gelaran Musa Kalamullah. Hari ini perasaan sayang sesama manusia pun telah terkeluar dari hati-hati manusia.

Akhir-akhir ini, kita saban hari dikejutkan dengan berita pembuangan anak, cabul kanak-kanak dan yang terkini penderaan terhadap kanak-kanak. Inilah keadaan orang Islam hari ini bila usaha atas hidayat telah dipinggirkan dan sebaliknya usaha kecintaan atas ‘dananir wa darahim’ menjadi darah daging.

Terdapat gulongan yang datang dari pintu ke pintu menjaja benda dan menceritakan kebaikan /fadhilat benda dan akhirnya setiap benda ada di dalam rumah orang-orang Islam hari ini. Dari peti ais, mesin basuh hinggalah kepada hometheatre LCD. Jika ada rumah orang-orang Islam yang salah satu dari peralatan ini tidak ada, maka ianya menjadi satu kehairanan dan kejanggalan. “ Macam mana dia nak hidup kalau tak ada mesin basuh?”. “Macam mana nak berhibur kalau tak ada TV”. Macam mana nak hidup kalau tak ada peti ais?”

Kita tidak akan terjumpa kalimat ini,” Rumah kamu ada Tahajud?.Rumah kamu ada bacaan Hadis dan Al-Quran?.Macam mana kamu hidup kalau tak ada Tahajud?. Macam mana kamu hidup kalau tak ada Al-Quran dan amalan Nabi saw?”

Ini adalah kerana cerita kebaikan amalan ini tidak dijaja dan dicakapkan sebagai ucapan harian kita.Tidak ada yang datang dari rumah ke rumah meceritakan kebaikan/fadhilat amalan ini. Yang ada hanyalah kebaikan/fadhilat benda semata dan tidaklah menghairankan bila setiap benda berada di rumah orang-orang Islam hari ini. Kalau ada yang menjaja pun terbatas, malah ramai yang mengherdik dan mencaci mereka-mereka yang datang rumah ke rumah berbuat demikian.

Bila amalan-amalan ini tidak ada di dalam rumah orang-orang Islam maka rahmat Allah swt tidak berada di rumah berkenaan. Bila ketiadaan rahmat Allah swt maka hilanglah perasaan raham/kasih sayang. Bila hilang perasaan raham/kasih sayang ini maka terjadi seperti yang berlaku sekarang ini.

Saya dan saudara/saudari semua bertanggungjawab di atas semua ini. Allah swt pasti akan tanya dan apakah alasan yang akan kita kemukakan.

Fikir-fikirkanlah.
BACA LAGI...........................