RSS

Kotak Jerit-jerit

Thursday, April 29, 2010

Pelajar UIA mimpi bertemu Rasullulah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani… Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w.


Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri.

Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.

Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..”

Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak saya..”

Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda!

Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah.

Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..” Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…”

Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..”

Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..”

Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: “Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar.

Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..”

Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..” Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Nabi, keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..” Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah! (kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W… banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’alam.

BACA LAGI...........................

Saturday, April 10, 2010

KETA'ATAN LUAR BIASA KEPADA SUAMI

Siapakah sebenarnya wanita yang pertama akan masuk syurga sebelum Sayyidatuna Fatimah binti Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam? Dalam sebuah hadis menceritakan, setengah daripada kegemaran Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam ialah suka bergurau yang sopan untuk memberi pengajaran.

Suatu hari ketika Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sedang melayani puteri kesayangannya Sayyidatuna Fatimah, Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Wahai anakandaku ! Ketahuilah olehmu bahawa ada seorang perempuan kebanyakan akan masuk syurga terlebih dahulu daripadamu."

Mendengar kata-kata ayahandanya ini, dengan serta merta berubahlah air muka Sayyidatuna Fatimah, lantas dia pun bertanya kepada Baginda sambil menangis : "Siapakah perempuan itu wahai ayahanda, macamana halnya dan bagaimana pula amal ibadatnya sehingga dia terlebih dahulu masuk syurga daripada anakanda ? Ayahanda ! khabarkanlah di mana dia sekarang, anakanda mahu jumpa dia." Tanya Sayyidatuna Fatimah ingin tahu.

Lalu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menjelaskan : "Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di sebuah kampung kawasan pedalaman hampir Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Kota Madinah. Nama Perempuan itu ialah Muthi'ah.

Tanpa membuang masa, setelah mendapat keizinan daripada ayahandanya, Sayyidatuna Fatimah pun keluar mencari perempuan yang dikatakan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam itu.

Setelah bertanyakan penduduk setempat, banyak yang tidak tahu dan mengenali perempuan yang bernama Muthi'ah ini. Dia bukan perempuan yang terkenal. Masing-masing mengatakan tidak pernah mendengar dan tidak mengetahui hal perempuan ini.

Setelah berbagai usaha mencarinya, dengan izin Allah jua akhirnya berjumpalah Sayyidatuna Fatimah dengan rumah perempuan yang dimaksudkan itu. Rumah Muthi'ah berada di kawasan pedalaman, jauh daripada orang. Mungkin sebab itulah susah mencarinya.

Sebaik saja memberi salam dan beberapa kali mengetuk pintu beliau mendapati hanya suara saja kedengaran menjawab salam dari dalam sedangkan orangnya belum juga muncul. Setelah agak lama Sayyidatuna fatimah menunggu, penghuni rumah itu pun menunjukkan mukanya melalui jendela, sambil bertanya siapakah gerangan di luar dan apakah hajat kedatangannya tanpa mempelawa dan menjemput tetamunya itu masuk. Mereka hanya bercakap melalui jendela sahaja.

Sayyidatuna Fatimah memperkenalkan dirinya : "Saya Sayyidatuna Fatimah binti Rasulullah, datang kemari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan kamu." Mendengar tetamu yang datang itu ialah anakanda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, maka perempuan itu menjawab : "Terima kasihlah kamu datang ke rumah saya, tetapi saya tidak dapat membenarkan kamu masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin dulu apabila dia balik dari bekerja. Sila datang esok hari sajalah."

Dengan langkah yang amat berat sekali Sayyidatuna Fatimah pun pulang dengan perasaan yang sangat hampa kerana tidak dapat masuk dan berbual panjang dengan perempuan itu untuk mencungkil rahsia amalan-amalannya.

Keesokan harinya, Sayyidatuna Fatimah datang lagi bersama-sama anaknya Hasan. Sebaik sahaja sampai dia memberi salam dan perempuan itu pun terus membuka pintu kerana dia sudah mengetahui tetamu yang datang itu ialah Sayyidatuna Fatimah. Apabila hendak mempersilakan masuk, tiba-tiba dia terlihat ada seorang budak bersama-sama Sayyidatuna Fatimah lalu dia bertanya : " Fatimah, ini siapa ?"

"Ini anak saya, Hasan," sahut Sayyidatuna Fatimah. Perempuan itu pun berkata : " Saya dukacita Fatimah, kerana saya belum minta izin dari suami saya, yang dibenarkan hanyalah Sayyidatuna Fatimah seorang sahaja, saya kenalah minta izin dahulu dari suami lagi, silalah datang esok hari saja."

Sayyidatuna Fatimah jadi serba salah. Hendak balik jauh, hendak ditinggalkan anaknya diluar, takut dia menangis. Hendak dibawa masuk belum mendapat keizinan. Akhirnya setelah berfikir panjang lebar, dia pun ambil keputusan untuk balik saja.

Keesokan harinya, Sayyidatuna Fatimah datang pula dengan membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Setelah memberi salam, mereka segera disambut oleh penghuni rumah itu.

"Itu Fatimah dengan Hasan ke?" Tanya perempuan itu minta kepastian.

Jawab Sayyidatuna Fatimah : "Tidak, kami datang bertiga kerana anak saya yang satu ini (Husin) mahu ikut juga."

Apabila jendela dibuka perempuan itu mendapati ternyata benarlah Sayyidatina Fatimah membawa kedua-dua orang anaknya Hasan bin Husin.

"Fatimah, saya rasa dukacita lagi kerana budak yang satu ini (Husin) belum saya minta izin dari suami saya, harap maaf, sila datang esok hari sajalah," tegas perempuan itu. Mendengarkan kata-kata itu, Sayyidatuna Fatimah tersipu-sipu menyahut: "Baiklah kalau begitu esok saya datang lagi kemari."

Dalam perjalanan pulang ke rumahnya, hatinya berkata-kata : "Heh, perempuan ini takut sangat akan suaminya, sehingga perkara yang sekecil begini pun dia tidak berani melakukannya. Pada hal jika dia benarkan aku masuk, takkanlah suaminya marah. Tak usahlah pandang aku ini siapa, anak siapa dan dua budak ini cucu siapa, pandanglah (hormatilah) aku ini sebagai tetamu yang datang dari jauh saja sudahlah, " bisik hatinya kesal.

Dalam pada itu sebaik sahaja suaminya pulang, perempuan itu pun memberitahu tentang budak yang satu lagi ini. Suaminya terkejut dan hairan sambil berkata : "Kenapa engkau tergamak begitu sekali. Bukankah Sayyidatuna Fatimah itu puteri Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam) dan dua orang anaknya itu adalah cucu Baginda. Lebih daripada itu pun engkau patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung kepada keredhaannya (Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam). Jangan sekali-kali engkau buat seperti itu lagi. Jika mereka datang lagi ke mari dengan membawa apa pun dan siapa pun, terimalah dengan baik, dan engkau hormatilah mereka semua sebagaimana yang patut bagi darjat mereka."

Sahut perempuan itu : "Baiklah, tetapi ampunkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa apa yang saya tahu keselamatan diri saya juga bergantung pada keredhaan suamiku. Oleh itu, saya tidak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati suamiku."

"Terima kasih," sahut suaminya. "Tapi takkanlah pula sampai engkau tidak menerima tetamu perempuan melainkan dengan izin aku, kerana menghormati tetamu perempuan itu wajib pada adat dan agama kita."

Pada hari berikutnya, Sayyidatuna Fatimah pun datang sebagaimana yang dijanjikan dengan membawa dua orang puteranya itu. Setelah dijemput masuk dan dijamu dengan sedikit buah kurma dan air secara ala kadar mengikut adat waktu itu, mereka pun berkenalanlah serta memulakan perbualan.

Pertanyaan Sayyidatuna Fatimah banyak berkisar mengenai rahsia amal ibadat yang menjadi penyebab Muthi'ah menjadi wanita pertama masuk syurga menurut ayahandanya. Setelah memperkenalkan dirinya, Muthi'ah menjawab semua pertanyaan Sayyidatuna Fatimah dengan ikhlas. Katanya: "Tingkah laku saya sebenarnya biasa sahaja tidak ada yang istimewa, amal ibadat pun biasa saja malah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lebih mengetahui akan segalanya, dan saya hanya menuruti apa yang dianjurkan oleh Baginda dalam hal kewajiban saya sebagai isteri. Antaranya:

Saya tidak boleh meninggalkan rumah jika suami saya keluar bekerja.
Saya tidak boleh menerima tamu (terutama lelaki) jika tidak ada keizinan dari suami.
Saya tidak akan berkeluh-kesah jika suami tidak mempunyai harta.
Saya berusaha agar suami saya senang dan cinta kepada saya.
Saya tidak cepat-cepat cemburu.
Saling mengerti dan menghargai antara kami berdua.
Soal berhias dan berdandan, menurut Mith'iah dia hanya mengutamakan kecantikannya untuk suaminya yang tersayang saja, bukan untuk ditonton dan diperagakan kepada orang lain.

Setengah riwayat menyatakan Muth'iah mundar mandir berjalan ke pintu rumahnya sambil memandang ke jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang. Dia seolah-olah tidak begitu mempedulikan Sayyidatuna Fatimah. Di tangannya terdapat tongkat dan sebuah bekas berisi air, manakala tangan sebelah lagi mengangkat hujung kainnya sehingga menampakkan betis dan sedikit bahagian pehanya serta mukanya manis dengan senyuman.

Melihat keadaan hal Muth'iah yang agak aneh itu, Sayyidatuna Fatimah merasa gelisah kerana dia anak beranak tidak dipedulikan dan kurang mendapat layanan. Lantas Sayyidatuna Fatimah bertanya: "Kenapa jadi begini?" Sahut Muth'iah : "Fatimah, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan suami saya yang akan pulang dari kerja."

"Buat apa dengan bekas air itu?" Tanya Sayyidatuna Fatimah. Jawab Muthi'ah jujur : "Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik dari kerja, saya akan segera menghulur air ini kepadanya supaya tidak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah kepada saya."

Sayyidatuna Fatimah bertanya lagi : "Buat apa dengan rotan ini ?" Jawab Muthi'ah : "Jika suami saya marah atau kurang layanan dari saya, mudahlah dia memukul saya dengan rotan ini."

Kemudian Sayyidatuna Fatimah bertanya pula : "Kenapa pula engkau selak kain engkau sehingga menampakkan peha, bukankah itu tidak elok dan haram ?" Maka Muthi'ah menjawab : "Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah akan menambahkan nafsu syahwatnya dan memudahkan akan maksud hajatnya itu."

Sebaik saja habis berkenalan dan berbual dengan Muthi'ah, Sayyidatuna Fatimah termenung sejenak lalu berkata di dalam hatinya : "Jika beginilah kelakukan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Wajarlah menurut ayahandaku dia terlebih dahulu masuk syurga daripada aku. Ternyata benarlah bahawa keselamatan wanita yang telah bersuami itu bergantung kepada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya."

Fatimah minta diri. Dia terus pulang mengadap ayahandanya dan menceritakan segala apa yang berlaku.

"Wahai anakandaku, itulah rahsianya mengapa Muthi'ah wanita pertama masuk syurga." Kata Baginda kepada Siti Fatimah.

Di dalam keadaan muram dan seakan-akan merajuk dia berkata : "Tetapi anakanda tidak dapat meniru perangai dan amalan Muthi'ah."

Melihat telatah dan rintihan puterinya itu, Rasululah Sallallahu 'Alaihi Wasallam tersenyum sambil bersabda : "Wahai anakandaku, janganlah anakanda susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu (Muthi'ah) ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali tunggangan anakanda tatkala anakanda masuk syurga nanti. Jadi dialah yang akan masuk terlebih dahulu daripada anakanda." Setelah mendengar penjelasan ayahandanya itu, barulah nampak Sayyidatuna Fatimah mulai gembira dan tersenyum.

Begitulah ganjaran yang Allah Subhanahu Wataala berikan kepada Muthi'ah, semoga amalan yang dilakukannya itu sedikit sebanyak akan menjadi panduan dan dorongan kepada wanita-wanita sekarang terutama bagi mereka yang sudah berumahtangga.

BACA LAGI...........................