RSS

Kotak Jerit-jerit

Tuesday, December 4, 2007

6 Perkara Allah Sembunyikan

Allah SWT sel esai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara

timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan
124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan
berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah
menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada
seorang
pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman
nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya
Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya

mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan
ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu

itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas
perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail
as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla
malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan
akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata
dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau

sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang
telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari
beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T
telah menyembunyikan enam perkara iai tu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam
semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat

yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya
meskipun dia sudah meninggal dunia...
BACA LAGI...........................

Luasnya NERAKA..

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,
kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &
semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,
namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah
segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....



.: Luasnya Neraka :.



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang

kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan

berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:







"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku

datang kepadamu di saat Allah menyuruh

supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang

yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu

benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia
merasa
aman dari padanya."





Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat

Jahannam."



Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan

selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun

sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam

gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus

engkau dengan hak,

andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar

penduduk dunia semuanya kerana panasnya.







Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli

neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati

penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau

dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam

Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke
bawah
bumi yg ke tujuh.



Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di

hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di
hujung
timur kerana

sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,

dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya
potongan-potongan
api.



Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya

yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."



Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu

rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di

bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,

tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:

iaitu yg lebih

bawah lebih panas)





Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:



"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg

kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta
keluarga
Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,



Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.



Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi

bernama Ladha,



Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.



Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."





Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga

ditanya:



"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"



Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg

sampai mati belum sempat bertaubat."





Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,

sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga

sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail,
sungguh
besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku

yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg
berdosa
besar dari ummatmu."





Kemudian nabi s.a.w . menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi

s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk
sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang

selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan

Bagi Yg Lalai")





Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat

sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.





Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:



1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat



2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah



3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung



4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah



5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik



6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak



7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum



8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular



9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi

lautan racun yang hitam pekat.



10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai



11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat





Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita

semua.Wallahua'lam.





Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159



Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami

turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami

terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat

oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.





Dari Abdullah bin 'Amr R.A,





Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu

ayat..
BACA LAGI...........................

Monday, December 3, 2007

KiSaH DaJJaL

Harap anda baca untuk bekalan di hari akan datang! Jikalau anda boleh
luangkan masa membaca & melihat benda² yang tak
berfaedah, takkan anda tidak boleh meluangkan masa utk membaca sesuatu
yang dapat membantu anda kemudian hari..


DAJJAL

Ujian Allah swt menerusi makhluknyayg bernama Dajjal ini adalah
sebesar-besar ujian yg ditimpakannya
kepada umat manusia yg beriman. Tidak ada ujian lain yg menyamainya
apakan lagi melebihinya. Dalam
hal ini Baginda Rasulullah saw bersabda:

"Sejak Allah swt menciptakan Nabi Adam a.s sampai ke hari kiamat nanti
tidak ada satu ujian pun yg lebih dahsyat
daripada Dajjal" H.R Muslim.

Fitnah Dajjal atau ujian Dajjal ini akan mudah meragut keimanan
seseorang. Oleh itu maka janganlah ada di
kalangan ummat Islam ini yg berkata: "Saya tak apa, saya dapat melawan
Dajjal" Jangan sekali-kali
berkata demikian kerana sgt sedikit org yg dapat mempertahankan keimanan
ketika berhadapan dgn Dajjal.
Oleh itu Rasulullah saw telah mengajar kita supaya berlindung dengan
Allah swt dari godaan Dajjal, seperti
yg di ajarkan oleh Baginda dlm doa tahiyyat akhir yg sunat doa itu kita
baca setiap kali kita sembahyang.
Ini menunjukkan betapa besarnya fitnah Dajjal tersebut.

"Ya Allah aku berlindung dgn engkau daripada siksa api neraka Jahanam
dan dari siksa kubur dan dari ujian dlm
kehidupan dan ujian setelah mati dan juga aku berlindung dgn Engkau
daripada kejahatan Al Masih Dajjal.." H.R
Muslim.

Menurut Imam Al Barzanji dalam kitabnya bernama "Al Isya'ah" bahawa di
antara tanda dekatnya masa
kemunculan Dajjal itu ialah apabila Umat Islam melupakan mengingati
bahayanya.

KENALI DAJJAL.

Asal-Usul Keluarganya:

Dajjal adalah seorang manusai dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau
apa jua makhluk lain selain ia
sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "Minal Munzharin" seperti halnya
Nabi Isa as yg di angkat oleh
Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau
nantinya turun semula ke atas
muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al
Munawwarah. Sama juga halnya dgn
Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh
burung. Sedangkan Ibunya pula
seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji
ada pendapat mengatakan
bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali
dgn "syaqq" manakala ibunya
adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai
hubungan dengan makhluk²
halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke
dalam penjara. Walau
bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn
jelas.

Sifat² Badannya:

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah
saw, diantaranya:

Seorang yg kelihatannya masih muda

Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan..

Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan
kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:

Pertama: Buta matanya yg kanan dan kelihatan seperti buah kismis yg
kecut, manakala mata kirinya
tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi
kedua-dua matanya adalah cacat.

Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir". Tulisan ini dapat dibaca oleh
setiap org Islam, sama ada ia pandai
membaca atau tidak.

Mengikut hadia riwayat At-Thabrani kedua-dua tanda ini, baru ada dalam
diri Dajjal setelah ia mengaku
sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu maka kedua-dua tanda yg terakhir ini
belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim" bahawa
Dajjal itu sudah wujud sejak
beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan di tunggu oleh seekor
binatang yg bernama "Al-Jassasah".

Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk di tulis.. anda
boleh baca terus dairi buku).
Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia
menunggu masa yg diizinkan oleh
Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat
"transitnya" itu ialah di sebelah Timur bukan
di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini,
selama empat puluh hari sahaja.
Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua
sama dengan sebulan dan ketiga
sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari
biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal
membuat fitnah dan kerosakkan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam
Hadis riwayat muslim ada
disebutkan:

Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka
bumi ini? Nabi saw,
menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama
seperti setahun dan hari berikutnya
seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari² yg
masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah
sama seperti hari² kamu yg biasa.

Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang
seperti setahun itu, apakah cukup bagi
kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw
menjawap: Tidak cukup. Kamu
mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap
sembahyang.."

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg
berlalu pada hari itu. Bukan
mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya
sudah berlalu tujuh jam selepas
sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor,
maka hendaklah kita
sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor
itu tiga jam setengah misalnya,
maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah
seterusnya Sembahyang
Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu
sama panjangnya dgn masa satu
tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan
sembahyang setahun yg kita
lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh
kerana itu, Allah memberikan
kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal
ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku
akan mematuhinya.

Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn
kemarau panjang selama 3 tahun
berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari
biasa dan pada tahun kedua akan
kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.
Umat akan dilanda kebuluran dan
kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka Daerah
mana yg percaya Dajjal itu
Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu
hujan pun turunlah dan bumi menjadi
subur; Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil
pada org² yg bersekutu dgn
Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal.. mereka
akan tetap berada dlm kebuluran
dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti
(makanan) sedangkan org² yg tidak
percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah saw bertanya:

"Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai
Rasulullah?"

Nabi menjawab:

"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan
bertaubat. Jadi zikir-zikir itu
menggantikan makanan." H.R Ibnu Majah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:

Diantara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga
dan neraka dan juga sungai air
dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji
iman org Islam kerana hakikat
yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga
itu sebenarnya Neraka dan apa yg
dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kecepatan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:

Kecepatan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu. Kalau
hari ini maka bolehlah kita
mengatakan kecepatan itu seperti kecepatan jet-jet tempur yg digunakan
oleh tentera udara atau lebih
cepat lagi dari itu sehingga beribu-ribu kilometer dapat di tempuh dalam
satu jam

"… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kecepatan perjalanannya di
atas muka bumi ini?

Nabi menjawab:

"Kecepatan perjalanannya adalah seperti kecepatan "Al Ghaist" (hujan
atau awan) yang di
pukul oleh angina yang kencang" H.R Muslim

Namun demikian Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat
Islam iaitu Makkah Al
Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:

Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi Syaitan inilah
masa yg terbaik utk
menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam as.


CARA UTK SELAMAT DARI FITNAHNYA:

Rasulullah saw juga telah meninggalkan kepada kita beberapa cara yg
perlu diikuti supaya kita dapat
selamat dari fitnah Dajjal ini. Cara-cara itu ialah:


Pertama: Memahami bahawa Dajjal itu adalah pendusta dan pembohong serta
mempunyai beberapa
kelemahan yg ketara sekali. Diantaranya ialah buta mata sebelah kanan.
Seandainya ia sebagai tuhan sudah
tentu ia dapat menghindarkan cacat cela yg jelas dapat dilihat di
mukanya itu. Dajjal takut kalau ada orang
yg sempat memperhatikan kekurangannya ini. Oleh kerana itu apabila ia
selesai memfitnah org disuatu
tempat, ia akan segera beredar dari situ. Ia takut ada orang yang
meneliti keaibannya ini.

Kedua: Tertulis didahinya perkataan "Kafir" yang bererti ia adalah
seorang kafir, dimana tulisan ini akan
dapat dibaca oleh setiap muslim, sama ada dia pandai membaca atau tidak.
Jadi orang Islam tidak perlu
terpedaya dgn godaannya. Apakah lagi nak mengatakan dia sebagai tuhan.

Ketiga: Menghindarkan diri daripadanya, smaada pergi ke Makkah atau
Madinah atau duduk di rumah dan
jgn bergaul langsung dgn masyarakat yg telah tergoda oleh fitnah Dajjal
dan hendaklah ia menghalang
golongan perempuan dari keluar rumah kerana kebanyakkan pengikut Dajjal
ini dari kalangan orang Jahil
dan golongan perempuan

Keempat: Membaca sepuluh ayat pertama (atau yg terakhir) dari surah
Al-Kahfi seperti yg disebutkan dalam
hadis Rasulullah saw:

"…. Sesiapa yg hafal sepuluh ayat dari ayat awal surah Al-Kahfi ia akan
terpelihara dari godaan Dajjal dan dalam
riwayat lain, siapa yg hafal sepuluh ayat yg terakhir daripadanya.." H.R
Muslim


Petikan ini di ambil dari Buku bertajuk "Kiamat Hampir Tiba" oleh Abu
Ali Al-Banjari An Nadwi. Petikan ini hanyalah sebahagian
kecil. Sebenarnya banyak lagi yg harus di ketahui dan dibaca. Buku ini
di edar di IPT² di Malaysia. Ia tidak "complicated"
dan sangat di fahami. Harga sebuah RM6.00.
BACA LAGI...........................

Friday, November 23, 2007

Nama-Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

(Hati2 membaca Al-Fatihah)
Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
> apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
> bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
> kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
> nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita
> tidak berhati-hati.
>
> Nama syaitan
>
> 1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH
>
> 2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB
>
> 3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU
>
> 4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK
>
> 5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS
>
> 6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'
>
> Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada
> mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
> pertolongan" !!!!
>
> 7) SIROTHOLLAZI. ......... ... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
> henti.
>
> 8) AMIN ............ ...hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
> iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan
> dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang
> sentiasa membaiki bacaannya.

Semoga Ibadah kita semua diterima oleh Allah S.W.T...AMIN..
BACA LAGI...........................

Keajaiban Nombor Di Dalam Al-Quran

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang
cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara
telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor,
astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan
sebagainya.Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111
peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.Begitulah
kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada ¡§The
Series Of The Scientific Miracles In Quraan,?oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.


"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan,
Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat
dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah
mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke
atas mereka.


Amin, ya Rabbal A'lamin."
BACA LAGI...........................

Jangan Melintas Di Hadapan Orang Yang Sedang Solat

Satir maksudnya batasan bagi orang yang solat. orang yang solat di atas
sajadah bererti sajadahnya itu dianggap sebagai satir. Orang solat di atas
lantai ruangan yang luas begitu juga orang yang solat di padangpasir
misalnya, disuruh membuat satir atau batas. satir itu boleh dibuat dengan
memacakkan kayu di hadapan kita, boleh dengan menggaris tanah, boleh
dibuat dengan meletakkan sesuatu benda dan sebagainya.

Diriwayatkan oleh Abdul Razaq, bahawa Umar bin Khattab melihat seorang
pemuda sedang mengerjakan solat. Beliau berkata pada pemuda itu: "Wahai
pemuda, majulah ke depan dan dekatkan badanmu ke tiang itu supaya ia
menjadi satirmu. Jangan biarkan syaitan mempermainkan solatmu. Ini
bukanlah saya katakan sendiri tetapi yang aku dengar dari Rasulullah SAW."


Riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, dari Umar bin Khattab mengatakan: " Apabila
solat salah seorang kamu hendaklah solat dengan satir supaya syaitan tidak
lalu dihadapannya ."

Umar bin Khattab adalah manusia yang amat mementingkan masalah satir.
Apabila beliau tidak mendapat sesuatu untuk dijadikan satir, beliau
letakkan songkoknya di hadapannya ketika solat. Apabila beliau melihat
orang mengerjakan solat tanpa satir atau batasan, beliau duduk di depan
orang yang solat itu untuk menjadi satir. Ini maksudnya supaya jangan ada
lagi orang yang lalu di antaranya dan diantara orang yang solat itu.

Riwayat dari Abdul Razaq, yang diterima dari Abdullah bin Syaqiq
mengatakan: Umar bin Khattab lalu di tempat orang yang mengerjakan solat
dalam tidak memakai satir. Setelah orang itu selesai solat, beliau
berkata: " Kalau engkau tidak membuat satir, nanti orang akan lalu di
hadapanmu. Tetapi kalau tahulah orang yang lalu itu bagaimana dosanya lalu
di hadapan orang yang solat, dia tidak akan melakukannya".

Apabila kita sedang mengerjakan solat, kemudian nampak orang yang mahu
lalu di hadapan kita, maka kita berhak melarangnya. Umar ada mengatakan: "
Jangan biarkan orang yang lalu di hadapanmu kerana jika dia lalu akan
diiringi oleh syaitan ."

( Daripada buku yang berjudul UMAR IBNUL KHATTAB – KEPUTUSAN HUKUM & FATWA
– FATWANYA ).
BACA LAGI...........................

Saturday, October 20, 2007

KISAH BENAR PEMUDA ARAB BELAJAR DI USA

Message: KISAH BENAR PEMUDA ARAB
BELAJAR DI USA
Subject: Kisah Benar Pemuda Arab Belajar
di Amerika

Asallammualaikum wbt,

Ada seorang pemuda arab yang baru saja
menyelesaika n bangku kuliahnya
di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang
yang diberi nikmat oleh Allah
berupa pendidikan agama Islam bahkan ia
mampu mendalaminya. Selain
belajar, ia juga seorang juru dakwah
Islam. Ketika berada di Amerika,
ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.
Hubungan mereka semakin akrab,
dengan harapan semoga Allah SWT
memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua
berjalan-j alan di sebuah perkampungan di
Amerika dan melintas di dekat sebuah
gereja yang terdapat di kampong
tersebut. Temannya itu meminta agar ia
turut masuk ke dalam gereja.
Mula-mula ia keberatan, namun karena
desakan akhirnya pemuda itu pun
memenuhi permintaannya lalu ikut masuk
ke dalam gereja dan duduk di
salah satu bangku dengan hening, sebagaimana
kebiasaan mereka. Ketika pendeta
masuk , mereka serentak berdiri untuk
memberikan penghormatan lantas
kembali duduk.

Di saat itu, si pendeta agak terbeliak
ketika melihat kepada para
hadirin
dan berkata, "Di tengah kita ada seorang
muslim. Aku harap ia keluar
dari sini." Pemuda arab itu tidak bergerak
dari tempatnya. Pendeta tersebut
mengucap kan perkataan itu berkali-kali,
namun ia tetap tidak bergerak
dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu
berkata, "Aku minta ia keluar
dari sini dan aku menjamin keselamatannya. "
Barulah pemuda ini beranjak
keluar.& lt;br>
Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada
sang pendeta, "Bagaimana anda
tahu bahwa saya seorang muslim." Pendeta itu
menjawab, "Dari tanda yang
terdapat di wajahmu." Kemudian ia
beranjak hendak keluar. Namun,
pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini
dengan mengajukan beberapa
pertanyaan, tujuannya untuk memalukan
pemuda tersebut dan sekaligus
menguku hkan ugamanya. Pemuda muslim
itupun menerima tentangan debat
tersebut.Pendeta berkata, "Aku akan mengajukan
kepada anda 22 pertanyaan dan
anda
harus menjawabnya dengan tepat."Si
pemuda tersenyum dan berkata,
"Silakan !
Sang pendeta pun mulai bertanya, "

1. Sebutkan satu yang tiada duanya,
2. dua yang tiada tiganya,
3. tiga yang tiada empatnya,
4. empat yang tiada limanya,
5. lima yang tiada enamnya,
6. enam yang tiada tujuhnya,
7. tujuh yang tiada delapannya,
8. delapan yang tiada sembilannya,
9. sembilan yang tiada sepuluhnya,
10. sesuatu yang tidak lebih dari
sepuluh,
11. sebelas yang tiada dua belasnya,
12. dua belas yang tiada tiga belasnya,
13. tiga belas yang tiada empat
belasnya.
14 . Sebutkan sesuatu yang dapat
bernafas namun tidak mempunyai ruh!
15. Apa yang dimaksud dengan kuburan
berjalan membawa isinya?
16. Siapakah yang berdusta namun
masuk ke dalam surga?
17. Sebutkan sesuatu yang diciptakan
Allah namun Dia tidak
menyukainya ?
18. Sebutkan sesuatu yang diciptakan
Allah dengan tanpa ayah dan
ibu!
19. Siapakah yang tercipta dari api,
siapakah yang diadzab dengan
api dan siapakah yang terpelihara dari api?
20. Siapakah yang tercipta dari
batu, siapakah yang diadzab dengan
batu dan siapakah yang terpelihara dari
batu?
21. Sebutkan sesuatu yang diciptakan
Allah dan dianggap besar!
22. Pohon apakah yang mempunyai 12
ranting, setiap ranting mempunyai
30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3
di bawah naungan dan dua di
bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda
itu tersenyum dengan keyakinan
kepada& lt;br>Allah. Setelah membaca
bismalah ia berkata,
1. Satu yang tiada duanya ialah
Allah SWT.
2. Dua yang tiada tiganya ialah
Malam dan Siang. Allah SWT
berfirman,
"Dan Kami jadikan malam dan siang
sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra' : 12).
3. Tiga yang tiada empatnya adalah
kesilapan yang dilakukan Nabi
Musa
ketika Khidir menenggelamkan sampan,
membunuh seorang anak kecil dan
ketika menegakkan kembali dinding yang
hampir roboh.
4. Empat yang tiada limanya adalah
Taurat, Injil, Zabur dan
al-Qur'an.
5. Lima yang tiada enamnya ialah
Solat lima waktu.
6. Enam yang tiada tujuhnya ialah
jumlah Hari ketika Allah SWT
menciptakan makhluk.
7. Tujuh yang tiada delapannya
ialah Langit yang tujuh lapis.
Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan
tujuh langit berlapis-lapis.
Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan
Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu
yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
8. Delapan yang tiada sembilannya
ialah Malaikat pemikul Arsy
ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan
malaikat-mal aikat berada di
penjuru-penjuru langit. Dan pada hari
itu delapan orang malaikat
menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas
(kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
9. Sembilan yang tiada sepuluhnya
adalah mu'jizat yang diberikan
kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan
yang bercahaya, angin topan,
musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*
10. Sesuatu yang tidak lebih dari
sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT
berfirman , "Barang siapa yang berbuat
kebaikan maka untuknya sepuluh
kali lipat." (Al-An'am: 160).
11. Sebelas yang tiada dua belasnya
ialah jumlah Saudara-Saudara
Nabi Yusuf .
12. Dua belas yang tiada tiga
belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa
yang terdapat dalam firman Allah, "Dan
(ingatlah) ketika Musa memohon air
untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah
batu itu dengan tongkatmu.'
Lalu& lt;br>memancarlah daripadanya dua
belas mata air." (Al-Baqarah: 60).
13. Tiga belas yang tiada empat
belasnya ialah jumlah Saudara Nabi
Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
14. Adapun sesuatu yang bernafas
namun tidak mempunyai ruh adalah
waktu Subuh. Allah SWT ber-firman, "Dan
waktu subuh apabila fajarnya
mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).
15. Kuburan yang membawa isinya
adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
16. Mereka yang berdusta namun masuk
ke dalam surga adalah saudara-sa udara Nabi Yusuf , yakni
ketika mereka berkata kepada
ayahnya,"Wahai ayah kami, sesungguhnya kami
pergi berlumba-lumba dan kami
tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang
kami, lalu dia dimakan
serigala. "
Setelah kedustaan terungkap, Yusuf
berkata kepada mereka, " tak ada
cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah
mereka Ya'qub berkata, "Aku akan
memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.
Sesungguh nya Dia-lah Yang Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)
17. Sesuatu yang diciptakan Allah
namun tidak Dia sukai adalah
suara Keldai. Allah SWT berfirman,
"Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah
suara keledai." (Luqman: 19).
18. Makhluk yang diciptakan Allah
tanpa bapa dan ibu adalah Nabi
Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing
Nabi Ibrahim.
19. Makhluk yang diciptakan dari api
adalah Iblis, yang diadzab
dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara
dari api adalah Nabi Ibrahim.
Allah SWT berfirman, "Wahai api
dinginlah dan selamatkan Ibrahim."
(Al-Anb iya':69).
20. Makhluk yang terbuat dari batu
adalah Unta Nabi Shalih, yang
diadzab dengan batu adalah tentara
bergajah dan yang terpelihara dari
batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).
21. Sesuatu yang diciptakan Allah
dan dianggap perkara besar adalah
Tipu Daya wanita, sebagaimana firman
Allah SWT? "Sesungguhnya tipu daya
kaum wanita itu sangatlah besar."
(Yusuf: 28).
22. Adapun pohon yang memiliki 12
ranting setiap ranting mempunyai
30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di
bawah teduhan dan dua di bawah
sinaran matahari maknanya: Pohon adalah
Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun
adalah Hari dan Buahnya adalah Solat
yang lima waktu, Tiga dikerjakan
di malam hari dan Dua di siang hari.
Pendeta dan para hadirin merasa takjub
mendengar jawapan pemuda muslim
tersebut. Kemudian ia pun mula hendak
pergi. Namun ia mengurungkan
niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab
satu pertanyaan saja.
Permintaan& lt;br>ini disetujui oleh
pendeta. Pemuda ini
berkata, "Apakah kunci surga
itu?"
Me ndengar pertanyaan itu lidah pendeta
menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah.
Ia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil.
Orang-orang yang hadir di gereja
itu terus mendesaknya agar menjawab
pertanyaan tersebut, namun ia cuba
mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan
22 pertanyaan kepadanya dan
semuanya ia jawab, sementara ia hanya
memberi cuma satu pertanyaan
namun& lt;br>anda tidak mampu menjawabnya! "

Pendeta tersebut berkata, "Sesungguh aku
tahu jawapannya, namun aku
takut
kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin
keselamatan anda. " Pendeta pun berkata,
" Jawabannya ialah: Asyhadu An La Ilaha
Illallah Wa Wa Aasyhadu Anna
Muhammadar Rasulullah."

Lantas pendeta dan orang-orang yang
hadir di gereja itu terus memeluk
agama Islam. Sungguh Allah telah
menganugerahkan kebaikan dan menjaga
mereka dengan Islam melalui tangan
seorang pemuda muslim yang
bertakwa.**& lt;br>
* Penulis tidak menyebutkan yang
kesembilan (pent.)
** Kisah nyata ini diambil dari Mausu'ah
al-Qisha sh al-Waqi'ah melalui
internet , www.gesah.net/ a
BACA LAGI...........................

Friday, October 19, 2007

3 Watak di Akhir Zaman

------------------------------------------------------------------------------------------------
Kedatangan Imam Mahdi
------------------------------------------------------------------------------------------------

.. Ada disebutkan dalam Atsar, kata-kata sahabat yang menerangkan tanda-tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi. Menurut riwayat apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi akan banyak terjadi peperangan, banyak bencana dan banyak bala.

Pada masa itu nanti semakin banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuh-bunuhan kerana masalah remeh-temeh. Antara satu kumpulan de-ngan kumpulan lain, begitu juga antara satu negara dengan negara lain berperang kerana masalah kecil. Bencana semakin banyak berlaku, seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung, banjir dan sebagainya. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia yang berpenyakit.

Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah Masyriq (tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama tiga malam. Pada masa itu juga nanti lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah enam puluh orang. Masa itu akan tenggelam kampung-kampung di negeri Syam. Akan datang angin yang hitam yang me-nyebabkan manusia ramai yang mati. Sungai Furat di Iraq akan melimpah (banjir) yang menyebabkan kota Kufah tenggelam. Akan terdengar suara seruan dari langit. Suara itu dapat didengar oleh semua manusia yang ada di dunia. Dan yang paling menghairankan lagi, suara itu dapat difahami oleh semua orang.

Orang yang hanya tahu atau faham bahasa Inggeris faham mendengar seruan dari langit itu, begitu juga pengguna bahasa Cina, bahasa India, bahasa Melayu, bahasa Arab dan sebagainya. Mungkin juga panggilan itu dalam bahasa Arab tetapi semua orang mendengar dalam bahasanya sendiri.

Terdengar suara pada tengah malam bulan Ramadan yang menyebabkan semua orang yang tidur terbangun atau terperanjat. Banyak pembunuhan dan banyak peperangan berlaku sehingga darah mengalir di jalan-jalan raya. Orang semkain berani berbuat jahat tidak kira tempat dan waktu.

Pada masa itu nanti yang diangkat menjadi pemimpin pun terdiri dari orang-orang jahat. Pemimpinnya jahat dan orang yang dipimpin pun sama-sama jahat. Dalam hadis dikatakan ramai manusia pada masa itu nanti yang beriman pada waktu petang tetapi esok paginya sudah menjadi kafir. Namun demikian ramai ulama yang mengertikan hadis itu dengan kafir nikmat.
Bukan bererti petang dia masih Islam esok harinya sudah Nasrani atau Yahudi misalnya. Maksud hadis itu menurut ulama menunjukkan banyaknya orang yang kafir nikmat. Apa-apa nikmat dan pemberian Allah tidak disyukuri dan tidak digunakan kepada yang diredai Allah SWT.

Menjelang turunnya Imam Mahdi dikatakan pasukan tentera dari Turki akan datang ke jazirah Arab. Mereka datang untuk menakluki tanah-tanah jazirah Arab. Mereka bunuh pemimpin-pemimpinnya dan mereka kuasai daerahnya.
Dalam keadaan dunia yang buruk dan kacau itu tiba-tiba muncullah Imam Mahdi. Beliau datang untuk meneruskan atau menyambung perjuangan datuknya (Muhammad s.a.w) untuk mengatasi kekalutan dan kekacauan yang dihadapi umat. Semua makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi itu. Bukan hanya manusia yang gembira, tetapi juga binatang buas, burung-burung dan makhluk lainnya.
Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang soleh dari keluarga Rasulullah s.a.w yang ada ketika itu (pada masa munculnya) nanti. Dia diangkat orang menjadi pemimpin ketika manusia di seluruh dunia nanti sudah begitu buruk keadaannya.

Mereka mengangkat Imam Mahdi menjadi pemimpin ketika itu nanti setelah melihatnya berilmu, berakhlak dan mempunyai banyak kelebihan. Manusia yang ada pada zaman itu nanti mengharap semoga dia dapat mengembalikan dunia kepada kebaikan. Dengan perasaan yang cukup berat, dia (Imam Mahdi) menerimanya. Dia sendiri tidak tahu yang dirinyalah Imam Mahdi yang ditakdirkan Allah SWT untuk diutus ke dunia. Begitu juga manusia sedunia yang telah mengangkatnya menjadi pemimpin dunia, tidak tahu bahawa orang yang mereka angkat itu adalah Imam Mahdi.

Kerana tidak tahu yang dirinya Imam Mahdi dan tidak berapa suka menjadi pemimpin, sudah tentu dia pun tidak ada berkempen mengajak orang untuk mengangkatnya. Setelah dia memimpin dunia dengan baik barulah orang tahu bahawa itu adalah Imam Mahdi. Dia tunjukkan perilaku yang baik, dia ajak manusia mengerjakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar, kemudian orang pun mengikuti arahannya.

Mengapa manusia yang sudah begitu lama bergelimang dengan dosa mahu diajak kepada kebaikan? Ini tentunya samalah dengan zaman jahiliah dahulu, yang mana keadaan masyarakat sudah begitu buruk, tiba-tiba datang seorang utusan Allah untuk membaiki keadaan dunia, orang pun terus mengikutnya.

Manusia mahu diajak kepada kebaikan tentunya setelah melihat orang yang mengajak itu mempunyai banyak kelebihan, dan yang paling penting orang yang mengajak itu berjuang dengan ikhlas dan sesuai kata-kata dengan perbuatannya. Jadi nanti manusia seluruh dunia mengikut ajarannya kemudian dia pun mengatur dunia dengan baik.

Keadilan dapat ditegakkan seperti zaman Rasulullah s.a.w. dahulu. Kerana keadaan masyarakat sudah baik dan sudah beriman, malapetaka dan musibah berkurangan. Bahkan rahmat Allah pula yang datang dan rezeki melimpah ruah. Setelah dunia aman dan makmur serta melihat pemimpinnya tidak terpedaya oleh kesenangan dunia, tahulah mereka bahawa yang memimpin mereka itu adalah Imam Mahdi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

-Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

-Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

-Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
-Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

-Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah."

Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
-Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

-Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: Mengapa menangis? Saya menjawab: Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.

Rasulullah s.a.w berkata: Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.
Ada yang bertanya: Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga? Rasulullah s.a.w menjawab: Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya? Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan? Mereka semua menjawab: Ya, kami ingin. Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A'lam.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Kedatangan Dajjal
------------------------------------------------------------------------------------------------
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya. Kemudian berkata: Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang? Kami menjawab: Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.

Rasulullah s.a.w berkata lagi: Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.

Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: Makhluk apa engkau ini? Binatang itu menjawab: Saya adalah Al-Jassasah. Mereka tanya: Apa itu Al-Jassasah? Binatang itu hanya menjawab: Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: Siapakah anda? Orang seperti raksaksa itu menjawab: Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: Siapa kamu ini?

Mereka menjawab: Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.
Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya. Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu, nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: Keadaan apanya yang tuan maksudkan? Orang besar itu menjawab: Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: Aku takut pokok itu tidak berbuah.
Orang besar itu bertanya lagi: Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah. Mereka menjawab: Tentang apanya yang tuan maksudkan? Lelaki itu menjawab: Maksudku airnya apakah masih ada. Mereka menjawab: Airnya tidak susut. Lelaki itu berkata: Air sungai itu disangsikan akan kering.
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat? Mereka menjawab: Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.Lelaki itu bertanya lagi: Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab? Mereka menjawab: Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab. Lelaki itu bertanya lagi: Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka? Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya. Kata orang besar itu lagi: Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.

Kata Tamim Al-Dariy lagi, Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu? Mereka menjawab: Ya, sudah ya Rasulullah. Rasulullah s.a.w berkata lagi: Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur, kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kedatangan Nabi Isa
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Saman bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa: Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian mutiara.

Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata:
Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.

Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk me-ngenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.

Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi, sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir.

Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam,
Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: "Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi menurut riwayat itu).

Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata: "Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau." Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.

Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: "Bukakan pintu itu." Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.

Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.

Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.

Kata Rasulullah s.a.w lagi: Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam.

Mendengar yang demikian ada yang bertanya: Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu singkat ya Rasulullah? Rasulullah s.a.w menjawab: Ukur sajalah jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.

Rasulullah s.a.w berkata: Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya.

Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah.

Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.
Ibnu Katsir berkata: Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya dengannya. Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.
Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah, sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.

Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Mas'ud, dari Rasulullah s.a.w: Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi beliau hanya menjawab: Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa. Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau juga hanya menjawab: Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian tanyakan kepada Isa.

Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: Wahai orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.
Kata Nabi Isa lagi: Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang ke rumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni bertebaran dari segenap penjuru.

Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis mereka minum.

Tambah beliau lagi: Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut.

Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda: Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah, atau sehinga Allah SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah mengerjakan haji.

Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu A'lam.

Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin Ka'ab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.

Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa merupakan kuburan yang keempat.
BACA LAGI...........................