RSS

Kotak Jerit-jerit

Friday, June 27, 2008

Kisah Pemuda Beribu-bapakan Babi

Assalamualaikum...ada seorang sahabat ana ni mengajukan seolan, bolehkan sekiranya kita menziarahi kubur ibu bapa yang tidak seagama dengan kita...ana harap cerita ni dapat dijadikan jawapan...

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”.

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.

“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.”

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
BACA LAGI...........................

Monday, June 23, 2008

Hukum Memakai Braces(Pendakap Gigi)

www.iLuvislam.com
oleh: nazrie5799




Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada dirinya yang telah sempurna tanpa ada suatu keperluan atau darurat. Perbuatan ini akan mengundang laknat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut oleh hadis;
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواشمة والموشمة، والواشرة والمستوشرة

“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”. (Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Namun jika ada keperluan seperti untuk membaiki kecacatan pada diri sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan, terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut. Di dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”. Keharusan ini disokong oleh hadis yang mengaitkan laknat Allah ke atas perbuatan mengubah gigi tadi dengan tujuan semata-mata untuk menambah kecantikan dan mengubah ciptaan Allah (bukan kerana keperluan atau darurat), iaitu sabda Nabi s.a.w.;
لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ

“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).

Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.
Wallahu a’lam.
BACA LAGI...........................

Friday, June 20, 2008

Akibat Buat Maksiat

www.iLuvislam.com
oleh: masrurah


Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan


Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata, "Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".


Maksiat mengahalangi Rezeki


Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkannya bererti menimbulkan kefakiran. "Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya". (HR Ahmad)


Maksiat Menimbulkan Jarak dengan Allah


Diriwayatkan ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa".


Maksiat Menjauhkan Pelakunya dengan Orang Lain


Maksiat menjauhkan pelakunya dari orang lain, terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri. Seorang salaf berkata, "Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang(kenderaan) dan isteriku".


Maksiat Menyulitkan Urusan


Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya.


Maksiat menggelapkan hati


Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap-gulita. Ibnu Abbas RA berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk".


Maksiat Melemahkan Hati dan Badan


Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fizik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fizik bangsa Persia dan Romawi.


Maksiat Mnghalangi Ketaatan


Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mangalami sakit berkepanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.


Maksiat Memendekkan Umur dan Menghapus Keberkahan


Pada dasarnya umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuaki jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Allah serta mementingkan keredhaanNya.


Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain


Seorang ulama salaf berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.


Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani


Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat pun dapat memutuskan keinginan untuk bertaubat.



BACA LAGI...........................

Monday, June 16, 2008

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw: "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA. Sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: "Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA."

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt:
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu." - [69:24]

UNTUK RENUNGAN DAN AMALAN BERSAMA.

Doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun:
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN" - [21:87]

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

* Menurut koleksi 100 Hadis Dha'if dan Palsu yang telah dihimpunkan oleh Syeikh Ihsan bin Muhamad bin 'Ayis al-Utaibi, hadis diatas adalah hadis dhaif.
BACA LAGI...........................

Saturday, June 14, 2008

Mimpi Rasulullah

Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi
yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan..."


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA .

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari
meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW,
"SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
BACA LAGI...........................

Friday, June 13, 2008

Air Mata Rasulullah

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannyamasuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku,orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.. Amin... Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihimu diakhirat.
BACA LAGI...........................

Thursday, June 12, 2008

7 Wajah Mayat Di Dalam Kubur

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan
perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini
jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam
Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat
lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai
dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri
dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan
keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan
ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup
aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari
baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa
banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka
amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu
bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api
neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari
kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh
tahan tak?


3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua
ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta
yang haram. Harta yang haram banyak contohnya.
Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak...
harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang
haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh
tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi,
mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air
itu baunya lebih busuk dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum.
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal
soleh.



Apa yg ana ingin kongsikan disini, mengapa wajah mayat yg ke-7 ni letakkan terakhir sekali, seperti yg kita lihat sekarang, berapa ramai manusia mengamalkan riba?? setiap saat mulut kita ini ingin mengumpat je, berapa ramai remaja Islam meninggalkan solat 5 waktu?? berapa ramai anak-anak yg menderhaka kepada org tua mereka?? Akan tetapi, terlalu sedikit org yg beriman sekarang ni...ana harapkan, semoga remaja2 diluar sana, berubahlah, berubahlah kerana Allah, kerana kita generasi bakal memegang tampuk pimpinan pada masa depan...

wallahua'lam.
BACA LAGI...........................

Tuesday, December 4, 2007

6 Perkara Allah Sembunyikan

Allah SWT sel esai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara

timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan
124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan
berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah
menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada
seorang
pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman
nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya
Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya

mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan
ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu

itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas
perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail
as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla
malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan
akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata
dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau

sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang
telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari
beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T
telah menyembunyikan enam perkara iai tu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan
Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam
solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam
semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat

yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang
bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya
meskipun dia sudah meninggal dunia...
BACA LAGI...........................

Luasnya NERAKA..

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami,
kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &
semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,
namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah
segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....



.: Luasnya Neraka :.



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang

kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan

berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:







"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku

datang kepadamu di saat Allah menyuruh

supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang

yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu

benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia
merasa
aman dari padanya."





Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat

Jahannam."



Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan

selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun

sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam

gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus

engkau dengan hak,

andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar

penduduk dunia semuanya kerana panasnya.







Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli

neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati

penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau

dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam

Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke
bawah
bumi yg ke tujuh.



Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di

hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di
hujung
timur kerana

sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,

dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya
potongan-potongan
api.



Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya

yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."



Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu

rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di

bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,

tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:

iaitu yg lebih

bawah lebih panas)





Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:



"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg

kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta
keluarga
Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,



Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.



Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi

bernama Ladha,



Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.



Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."





Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga

ditanya:



"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"



Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg

sampai mati belum sempat bertaubat."





Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,

sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga

sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail,
sungguh
besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku

yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg
berdosa
besar dari ummatmu."





Kemudian nabi s.a.w . menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi

s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk
sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang

selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan

Bagi Yg Lalai")





Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat

sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.





Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:



1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat



2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah



3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung



4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah



5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik



6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak



7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum



8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular



9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi

lautan racun yang hitam pekat.



10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai



11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat





Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita

semua.Wallahua'lam.





Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159



Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami

turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami

terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat

oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.





Dari Abdullah bin 'Amr R.A,





Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu

ayat..
BACA LAGI...........................

Monday, December 3, 2007

KiSaH DaJJaL

Harap anda baca untuk bekalan di hari akan datang! Jikalau anda boleh
luangkan masa membaca & melihat benda² yang tak
berfaedah, takkan anda tidak boleh meluangkan masa utk membaca sesuatu
yang dapat membantu anda kemudian hari..


DAJJAL

Ujian Allah swt menerusi makhluknyayg bernama Dajjal ini adalah
sebesar-besar ujian yg ditimpakannya
kepada umat manusia yg beriman. Tidak ada ujian lain yg menyamainya
apakan lagi melebihinya. Dalam
hal ini Baginda Rasulullah saw bersabda:

"Sejak Allah swt menciptakan Nabi Adam a.s sampai ke hari kiamat nanti
tidak ada satu ujian pun yg lebih dahsyat
daripada Dajjal" H.R Muslim.

Fitnah Dajjal atau ujian Dajjal ini akan mudah meragut keimanan
seseorang. Oleh itu maka janganlah ada di
kalangan ummat Islam ini yg berkata: "Saya tak apa, saya dapat melawan
Dajjal" Jangan sekali-kali
berkata demikian kerana sgt sedikit org yg dapat mempertahankan keimanan
ketika berhadapan dgn Dajjal.
Oleh itu Rasulullah saw telah mengajar kita supaya berlindung dengan
Allah swt dari godaan Dajjal, seperti
yg di ajarkan oleh Baginda dlm doa tahiyyat akhir yg sunat doa itu kita
baca setiap kali kita sembahyang.
Ini menunjukkan betapa besarnya fitnah Dajjal tersebut.

"Ya Allah aku berlindung dgn engkau daripada siksa api neraka Jahanam
dan dari siksa kubur dan dari ujian dlm
kehidupan dan ujian setelah mati dan juga aku berlindung dgn Engkau
daripada kejahatan Al Masih Dajjal.." H.R
Muslim.

Menurut Imam Al Barzanji dalam kitabnya bernama "Al Isya'ah" bahawa di
antara tanda dekatnya masa
kemunculan Dajjal itu ialah apabila Umat Islam melupakan mengingati
bahayanya.

KENALI DAJJAL.

Asal-Usul Keluarganya:

Dajjal adalah seorang manusai dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau
apa jua makhluk lain selain ia
sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya "Minal Munzharin" seperti halnya
Nabi Isa as yg di angkat oleh
Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau
nantinya turun semula ke atas
muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al
Munawwarah. Sama juga halnya dgn
Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh
burung. Sedangkan Ibunya pula
seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji
ada pendapat mengatakan
bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali
dgn "syaqq" manakala ibunya
adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai
hubungan dengan makhluk²
halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke
dalam penjara. Walau
bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn
jelas.

Sifat² Badannya:

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis² Rasulullah
saw, diantaranya:

Seorang yg kelihatannya masih muda

Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan..

Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan
kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:

Pertama: Buta matanya yg kanan dan kelihatan seperti buah kismis yg
kecut, manakala mata kirinya
tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi
kedua-dua matanya adalah cacat.

Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir". Tulisan ini dapat dibaca oleh
setiap org Islam, sama ada ia pandai
membaca atau tidak.

Mengikut hadia riwayat At-Thabrani kedua-dua tanda ini, baru ada dalam
diri Dajjal setelah ia mengaku
sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu maka kedua-dua tanda yg terakhir ini
belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim" bahawa
Dajjal itu sudah wujud sejak
beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan di tunggu oleh seekor
binatang yg bernama "Al-Jassasah".

Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk di tulis.. anda
boleh baca terus dairi buku).
Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia
menunggu masa yg diizinkan oleh
Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat
"transitnya" itu ialah di sebelah Timur bukan
di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini,
selama empat puluh hari sahaja.
Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua
sama dengan sebulan dan ketiga
sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari
biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal
membuat fitnah dan kerosakkan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam
Hadis riwayat muslim ada
disebutkan:

Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka
bumi ini? Nabi saw,
menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama
seperti setahun dan hari berikutnya
seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari² yg
masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah
sama seperti hari² kamu yg biasa.

Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang
seperti setahun itu, apakah cukup bagi
kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw
menjawap: Tidak cukup. Kamu
mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap
sembahyang.."

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg
berlalu pada hari itu. Bukan
mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya
sudah berlalu tujuh jam selepas
sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor,
maka hendaklah kita
sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor
itu tiga jam setengah misalnya,
maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah
seterusnya Sembahyang
Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu
sama panjangnya dgn masa satu
tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan
sembahyang setahun yg kita
lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh
kerana itu, Allah memberikan
kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal
ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku
akan mematuhinya.

Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn
kemarau panjang selama 3 tahun
berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari
biasa dan pada tahun kedua akan
kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.
Umat akan dilanda kebuluran dan
kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka Daerah
mana yg percaya Dajjal itu
Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu
hujan pun turunlah dan bumi menjadi
subur; Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil
pada org² yg bersekutu dgn
Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal.. mereka
akan tetap berada dlm kebuluran
dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti
(makanan) sedangkan org² yg tidak
percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah saw bertanya:

"Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai
Rasulullah?"

Nabi menjawab:

"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan
bertaubat. Jadi zikir-zikir itu
menggantikan makanan." H.R Ibnu Majah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:

Diantara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga
dan neraka dan juga sungai air
dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji
iman org Islam kerana hakikat
yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga
itu sebenarnya Neraka dan apa yg
dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kecepatan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:

Kecepatan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org² dahulu. Kalau
hari ini maka bolehlah kita
mengatakan kecepatan itu seperti kecepatan jet-jet tempur yg digunakan
oleh tentera udara atau lebih
cepat lagi dari itu sehingga beribu-ribu kilometer dapat di tempuh dalam
satu jam

"… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kecepatan perjalanannya di
atas muka bumi ini?

Nabi menjawab:

"Kecepatan perjalanannya adalah seperti kecepatan "Al Ghaist" (hujan
atau awan) yang di
pukul oleh angina yang kencang" H.R Muslim

Namun demikian Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat
Islam iaitu Makkah Al
Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:

Syaitan² juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi Syaitan inilah
masa yg terbaik utk
menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam as.


CARA UTK SELAMAT DARI FITNAHNYA:

Rasulullah saw juga telah meninggalkan kepada kita beberapa cara yg
perlu diikuti supaya kita dapat
selamat dari fitnah Dajjal ini. Cara-cara itu ialah:


Pertama: Memahami bahawa Dajjal itu adalah pendusta dan pembohong serta
mempunyai beberapa
kelemahan yg ketara sekali. Diantaranya ialah buta mata sebelah kanan.
Seandainya ia sebagai tuhan sudah
tentu ia dapat menghindarkan cacat cela yg jelas dapat dilihat di
mukanya itu. Dajjal takut kalau ada orang
yg sempat memperhatikan kekurangannya ini. Oleh kerana itu apabila ia
selesai memfitnah org disuatu
tempat, ia akan segera beredar dari situ. Ia takut ada orang yang
meneliti keaibannya ini.

Kedua: Tertulis didahinya perkataan "Kafir" yang bererti ia adalah
seorang kafir, dimana tulisan ini akan
dapat dibaca oleh setiap muslim, sama ada dia pandai membaca atau tidak.
Jadi orang Islam tidak perlu
terpedaya dgn godaannya. Apakah lagi nak mengatakan dia sebagai tuhan.

Ketiga: Menghindarkan diri daripadanya, smaada pergi ke Makkah atau
Madinah atau duduk di rumah dan
jgn bergaul langsung dgn masyarakat yg telah tergoda oleh fitnah Dajjal
dan hendaklah ia menghalang
golongan perempuan dari keluar rumah kerana kebanyakkan pengikut Dajjal
ini dari kalangan orang Jahil
dan golongan perempuan

Keempat: Membaca sepuluh ayat pertama (atau yg terakhir) dari surah
Al-Kahfi seperti yg disebutkan dalam
hadis Rasulullah saw:

"…. Sesiapa yg hafal sepuluh ayat dari ayat awal surah Al-Kahfi ia akan
terpelihara dari godaan Dajjal dan dalam
riwayat lain, siapa yg hafal sepuluh ayat yg terakhir daripadanya.." H.R
Muslim


Petikan ini di ambil dari Buku bertajuk "Kiamat Hampir Tiba" oleh Abu
Ali Al-Banjari An Nadwi. Petikan ini hanyalah sebahagian
kecil. Sebenarnya banyak lagi yg harus di ketahui dan dibaca. Buku ini
di edar di IPT² di Malaysia. Ia tidak "complicated"
dan sangat di fahami. Harga sebuah RM6.00.
BACA LAGI...........................